Friday, September 30, 2011

FILEM N REALITI

Posted by erienaerin at 1:10 AM 0 comments
Kalau dah menyampah+benci jgn ikut mcm citer ni.pernah x tengok citer GULAI NENAS PUCUK PAKU??x pernah?hmm,citenya mcm ni,hmm,diaorg ni bermusuhan tapi bila musuh dia masak makanan feberet dia,dlm diam2 dia makan.siap puji2 lagi ko.sampai kuah2 sekali di hirup...pastu siap terbawak2 dlm mimpi.eh mimpi tu x la,saje je tulis,hahaha......nambah2 citer plak.melebih la tu.hmm,kalau aku la aku buang je dalam tong sampah.dah benci,nak makan lagi ker?xtau la klu musuh dia teruja dgn gulai lemak pucuk paku tu.klu aku,terus set dalam kepala lauk tu ada racun jd xpayah nak cuba2 rasa lauk tu.cukup sekadar pandang saje.eh,kalau bole,pandang pun jgn sbb nanti terbawak2 sampai dlm tdo.then,bole la buang.ni x,mulut cakap benci tahap dewa tp terliur plak tgok lauk tu,tau2 g makan.bukan merasa ye tp mencekik.

Kalau nak taat mesti kena pada tempatnya.contoh,ada satu citer melayu tu,mmg aku minat giler.maklum ler,dah citer keturunan aku,mestilah suka.keturunan BINTAN beb.SULTAN MAHMUD MANGKAT DI JULANG.pernah tengok?sebab nangka,n hasutan org bawahan sultan,baginda di bunuh.Sultan mmg berdaulat,sumpahan dia mmg power tapi kalau dah x adil,kan patut di tantang.dialog yg digunakan Noordin Ahmad...RAJA ADIL RAJA KUSEMBAH,RAJA ZALIM RAJA KU TANTANG.

Kalau dah sakit hati,ikut contoh HANG JEBAT.biar mati sebagai penderhaka,dari nak taat pada Sultan yang?haish,susah la nak ckp.dialog power HANG JEBAT yang digelar penderhaka....AKAN KU AMUK KOTA MELAKA!!!mmg power ayat tu.tapi bila dah berabad2,sape yg org backup?mestila HANG JEBAT kan?

Kalau nak jadi pnyibuk paling glamour,mesti kena toton MAMI JARUM JUNIOR.~hati xkan senang kalau tidak di canang,kisah buruk rumah tangga orang~....wah,powernya lagu.

Ish~ish~ish melalut plak...baik aku layan movie kat youtube,lagi best...daa



Thursday, September 29, 2011

BEZA MALAM JUMAAT DULU2 DAN MALAM INI

Posted by erienaerin at 9:21 PM 0 comments
Khamis malam jumaat mmg di label kan sebagai malam yg agak menyeramkan.kalau tak,tak kan la budak2 sampai wat lagu untuk malam jumaat.contoh lagu yang biasa di nyanyikan budak2 pas balik ngaji;
~MALAM INI MALAM JUMAAT,MALAM ESOK MALAM SABTU~
~MALAM INI AKU JUMPA MAYAT,MALAM ESOK AKU JUMPA HANTU~
hahaha....motif di nyanyikan,untuk takutkan member tp nape ayat dia AKU ea?hmm,tapi walaupun mcm tu,lagu tu kira glamour la.hmm,lagi satu cite tahyul dulu,jangan tangkap kunang2,atau nama gelarannya kuku cina mampos.aduh,biol jap klu igt2 balik,lucu pun ya jugak.kata budak2 dulu2,klu tangkap kunang2 tu nanti pinggan kat rumah pecah.haish,mengarut tol la.

Bila waktu2 sekarang ni dulunya abah akan panggil kami adik beradik.masa tu ber empat je.duduk bersila depan abah...soalan yg akan abah kemuka kan,aiceh,mcm g kursus nikah plak
1)MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH
2)RUKUN ISLAM
3)RUKUN IMAN
4)BACAAN RUKU`
5)BACAAN SUJUD
6)AL-FATIHAH
7)NAMA2 MALAIKAT DAN TUGASNYA
8)NAMA 25 RASUL
9)SOLAT FARDHU
DAN BEBERAPA SOALAN ASAS
Masa mula2 abah ajar ni aku 6 tahun.kalau x tanya soalan2 ni,abah akan suruh ulang balik apa yg di baca masa mengaji.

Dipendekkan cerita,satu malam tu,aku tgh ralit main jadi model ngan adik aku.gelak2 mcm esok x pyh g sekolah.kitaorg pakai baju tido sepasang.baju tu berbutang di depan n ada seluar pendek paras lutut.jadi,adik aku buka baju tu dan pakai secara terbalik.maksudnya,butang tu ke belakang.boleh bayangkan mcm mana rupa pakai baju terbalik tu?dgn labelnya naik ke dagu.tiba2 bapa aku panggil.....SAYANG ABAH....DUDUK SINI.adik aku pun terlari2 g depan abah.waktu ni,aku 8tahun,adik aku 6tahun...

Seperti lazimnya,soalan yg dh biasa diberi di soalnya.kena turn mama abah tanya rukun iman,di bantainya rukun islam.mengucap dia baginya selawat.apa lagi,abah aku pun naik angin la.x perlu rotan,x perlu tali pinggang.cukup kata2 ringkas abah bg,adik aku terus melalak.biasa la,baru 6tahun...kepala ingat nak main je.betul tak?

Yang wat aku x boleh lupa kejadian malam tu,bayangkan budak kecik 6tahun yg tembam,berkulit seperti anak india,gigi lopong+ada gigi emas yg kecik2 tu(rosak),rambut rata depan,pakai baju terbalik tengah menangis,mulut merabak....serius,bg aku kelakar gila.(tgh ketawa mcm org biol jap)

Walaupun bapa aku bukan ustaz tapi hanya seorg nelayan,dia x lupa nak ajar kitaorg.bagi org lain itu hanya soalan2 biasa tp pernah x korg terjumpa,org yg x tau mana satu selawat dan kalimah syahadah?mengungkapkn ALLAH SAW BUKAN ALLAH SWT.....pernah x korg jumpa?bila terjadi kejadian ni,mak aku sampai menangis x percaya bila tengok bakal pengantin yg tgh menghadap tok kadi x tahu tentang ni.bukan terlupa ye tp TAK TAHU....tiba2 aku terasa beruntung ada abah yg x bersekolah dan x pergi darjah khas,masih punya masa mengajar kami tentang asas ini.berapa ramai org yg akan duduk dengan anak2 sambil duduk berbual tentang perkara2 ni?sungguh,aku rindukan waktu itu....terima kasih abah.

aNtArA Iktihar dAn sYIrik

Posted by erienaerin at 3:43 PM 0 comments
baru balik dari spital...dah hari ke6 mak kat ICU.perubahan yg baik pada mak.mak dah ada respon bila sakit.cuma mata mak je belum buka juz kedip2 tanpa membuka mata.cuba wat,tutup mata,pastu kedip2 kan.bole?hahaha...ti kol 4.30,kakak aku plak dtg ngan abah aku.aku fikir,mst mak aku dah overdose morfin ni.ada reaksi nak bangun tp mata masih berat.aiceh,mcm pernah kena morfin je.

semalam kakak aku berjumpa seorg pakar.hmm,aku pun x pasti nak gelarkan apa.bomoh?pakar?ustaz?kakak aku panggil ustaz.tp x semua yg bersongkok tu ustaz kan?ish,dah mula berfikiran negatif plak aku ni.dlm renungan pakar ni,dia mengatakan roh mak aku sesat dan di badan mak aku ada JIN MERAH.jin merah??ya,jin merah.bukan mambang merah ye.dia ada beri air untuk di sapu ke muka n beri mak aku minum waktu pagi.tapi,waktu melawat kol 12,mcm mana nak sapu kat muka mak pagi2?mak minum susu pun guna tubing,mcm mana nak bagi mak minum?ti mesti mak tersedak.aku bukan nak menolak perubatan seperti ini tp ada masa tertentu hati aku menolak.hati aku kot yg ada jin?ish~ish~ish...selisih kan la.oh ye,pakar ini juga mengatakn,anak abg aku,seorg 6 tahun n adiknya 6bulan.kedua2nya lelaki,ada di ekori oleh jin.tp mungkin mcm boleh percaya sbb yg umur 6tahun ni,dia x suka kalau tengok org sembahyang.bila dengar org mengaji atau azan,dia tutp telinga n pekik@nyanyi sekuat hati.ish,mcm nak tempeleng je.bayangkan,waktu maghrib,dia tutup telinga sambil pekik2,kalau korg jiran abg aku,apa korg pk?huh...

Tapi,bagi aku kita masih lagi boleh terima apa yg di anggap rasional.kalau dah agak karut marut,org sengal je yg terima.tp kalau nak percaya pun agak2,jangan terlalu taksub sehingga terjadinya syirik.syirik yang aku maksudkan ni,ialah syirik khafi iaitu syirik yg tidak terang2an.kalau syirik jali mmg semua org nampak,contohnya mempersekutukan Allah.ok,aku maksudkan syirik khafi ni ialah,contoh ea,korg berjumpa pakar,then korg sembuh...konon2nya pakar ni tau rumah korg ada jin ke,keturunan korg ada saka ke atau ada org dah sihirkan korg ke.ni contoh je,korg pun cakap dengan member2,bomoh tu terror,aku sakit dah baik sbb dia sembuhkan aku.kira korg dah letak bomoh ni no1 la dan seratus peratus dah bergantung pd bomoh.percaya pada kehebatan tangkal pun,bole dianggap syirik.adakah korg terlibat?

hmm,lagi satu...kalau dah baca ni,jgn cakap aku ni pengamal ajaran sesat plak ye.ok,kes lagi satu ni.antara sedar x sedar pun boleh jatuh kpd syirik!!betul atau x,korg tentukan ya.tgh ketakutan,korg membaca ayat kursi,dgn harapan hantu akan takut pada ayat kursi itu.atau pun,korg terambil yassin dan tutup muka hingga ke pagi dgn harapan,hantu tgok yassin tu akan lari lintang pukang.korg nampak x di mana syirik khafi itu?YA,dimana korg telah melupakan Allah dgn mendahulukan lain nya.dan dlm x sadar,ianya menjadi ikutan anak cucu kita.yela,takut je,terus mengharapkan kekuatan lain selain dari kuasa Allah.ayat kursi dan surah yassin memang suci tetapi baca la ia kerana Allah dan percaya segala Qada dan Qadar itu dtgnya dari Allah.

Aku tulis macam la aku berani sangat,padahal aku ni penakut gak,huhuhu....kalau korg agak2 pening dgn citer aku ni cari la kesahihan perkara ni.sbb syirik khafi pada zaman ni mudah terjadi dan ianya tidak kita perasan.perut pun dah lapo,baik aku pk nak masak apa yg best.

Wednesday, September 28, 2011

MY LITTLE OVEN

Posted by erienaerin at 11:30 PM 0 comments
member ada tempah CHEESE TART 50pcs....barang2 semua dah ada,cuma barang utk APAM POLKADOT je x cukup.mula2 nk beli 2~3 brg,tp dah melarat2 plak.mcm2 aku g beli.tp brg yg penting la sbb aku nk wat EGG TART.aku bab wat mmg rajin tp bab nk bergambo kan menatang tu,aku x minat benor.

member order FRUIT TART....esok kot baru aku wat.rini siapkan CHEESE TART je dulu.50pcs kejap je,kalau mula2 wat CHEESE TART ni,org g pahang patah balik johor pun aku x siap2 lagi...aiceh,ayat nak sengal.tp aku x sabar la nak wat EGG TART sok....dah ngadap YOUTUBE ngan hubby,cara2 nak wat EGG TART,tu yg kitaorg teruja.KITAORG?ya,kitaorg.maknanya hubby aku pun minat bab bakery ni.selalunya,dia penyumbang idea n modal la...(tapi kena pulang beb,loan je).

Pas hanta CHEESE TART,zikry sound baik punya...UMMI,NAK KENTANG NGAN NUGGET TAU....glupp,McD beb....selera mmg rabak mcm mak dia gak....belikan jela ye,janji anak aku nak makan.huhu...nite


Tuesday, September 27, 2011

tiDuR aTau PEngsAn??

Posted by erienaerin at 9:30 PM 0 comments
Aktiviti hari ni,melawat mak aku kat hospital...dah 4 hari mak aku kat ICU....Alhamdullilah,dh ada perubahan sikit pada mak.ada respon bila aku panggil mak.aku nampak mak nak buka mata bila aku bisik kan kat telinga dia,MAK BANGUN MAK,CUCU MAK TUNGGU MAK TU.aku nampak dahi mak bergerak,tertarik2 keatas utk buka mata tp x boleh nak buka.

Aku tunggu nurse yg jaga mak aku.ntah mana dia pergi pun aku x tau.dekat setengah jam juga aku melangok kat situ dengan abang aku.pastu dia datang sambil terbatuk-batuk.aku tanya perkembangan mak aku,jwpn dia KEJAP2...aku bisik lagi pada mak aku,kali ni dia genggam tangan aku.tp kenapa ea mak aku tak sadar lagi?hmm....mudah2an mak sembuh cepat...amin

Pas balik spital,g belanja barang dapur kat GIANT.aku x minat la belanja kat TESCO n GIANT.nak cari barang,sakit kaki aku nak menapak.aku lagi suka belanja kat MASLEE.tapi disebabkan nak bayar barang kat COURT MAMMOTH,terpaksa la sekali jalan.

Balik rumah,aku dah rasa nak tersungkur,ngantuk giler!!malam memang aku x tdo la senang citer.sadar2 je hubby x kerja.adeh,jahanam...tdo mati aku ni.Yang penting,sekarang ni aku tgh lapo giler!!!!!

Monday, September 26, 2011

aHad kEmBAli Lagi

Posted by erienaerin at 4:03 AM 0 comments
sepatutnya ada 4 jemputan untuk aku hadiri harini.minta maaf kawan2,aku x dapat hadir.aku ke hospital melawat mak.hari ni aku n hubby bawa abah.sampai ke hospital pun dah dekat kol1..aku dah terlajak bangun pas siapkan kuih td pagi.

sampai hospital,abah n hubby yg naik.aku kena tunggu kat bawah untuk jaga hero n heroin aku.lama gak menunggu,sampai kol 2lebih.rupa2nya family mak dari singapore dh dtg awal.terima kasih pada mereka,dengar je mak masuk spital,diaorg dtg dgn segera.bukan sbb dah masuk ICU diaorg dtg,tp tiap kali dgr family kitaorg x sihat atau bersalin,pasti mereka akan datang.

Lepak g minum dulu sblm balik,adik mak plak sampai.jd,dari nak balik,terus tunggu waktu melawat kol4.30......dapatla aku tgok mak aku jap.masih belum sadarkan diri.tp doktor dah stop kan ubat tidur.Family mak minta tukarkan mak ke singapore.perubatan di sana rasanya lagi bagus,mak pun sesuai dgn ubat sana.hmm..nanti2la kitaorg bincang adik beradik.

Pas hanta abah balik,dah nak dekat kol 6,aku plak ngah kelaparan,singgah kejap rumah my BFF wat open house.x lama lepak sbb dah nak maghrib n hubby nak keje.

Dan sekarang,aku tgh terkebil2,menyesal tdo rumah kakak aku.kena plak tu,sekarang hujan tgh lebat.cepatla pagi......

Saturday, September 24, 2011

JANTUNG AKU DI TEMBAK OLEH MACHINE GUN

Posted by erienaerin at 11:45 PM 0 comments
Sampai hospital dh kol2.15pm....aku ngan farah(adik aku)g kaunter pertanyaan kat HSI.dengan sopan santun mcm pengantin,aku tanya pasai mak aku.(g lmbt sbb ada hal td n skrg nk hnta farah je sbb tiap kali mak masuk spital,dia yg jaga)
AKU : saya nak tau tentang pesakit bernama (mak aku)...dia di wad mana?
NURSE :pagi tadi dia masuk tempat kecemasan,pas jumpa doktor dia balik
AKU :ish,mana bole,mak saya blom balik lagi.pagi tadi doktor kata nak masuk kn mak kat wad tp xde inform apa2.
NURSE :berapa no IC?
AKU :S ******* J
NURSE :singaporean kan?xdela rekod mak awak.kat cni mmg dah tulis mak awk balik.
dengan binggung,aku ngan adik aku g tempat kecemasan....ckp ngan farah,mst mak suka kita dtg.kesian mak tgu kita,waktu melawat dah habis plak tu.

Menapak punya menapak,aku tanya kaunter,siol la...mak aku kat ICU.....kejutan pertama utk aku n adik aku.Meluru ke guard,berdialog apa yg patut,kitaorg dpt masuk.nak g ICU pnya la jauh pusing.masuk je ICU,PANGGG!!aku rasa jantung aku dah hilang.mak x sadar,wayar berselirat sana sini.kena masuk kn tube utk oksigen kat mulut.hidung mak aku berdarah,ada tubing lg.maunya x bersepai jantung aku tgok mak mcm tu?

Paru2 berair,ada jangkitan kuman,jantung lemah,buah pinggang ada gangguan.....klu mak korg,mcm mn perasaan korang?tiba2 teringatkn sesuatu.cukup ke perhatian aku pd mak?derhaka kah aku pada mak?terbalas kah jasa2 mak?sebak,pilu aku rasa.syukur mak x pernah mengeluh layanan kami pada dia.tak berani aku nk meninggikan suara pd mak w`pun aku betul,apatah lg untuk menjeling mak.

Keluar dari wad,aku hanya mampu fikir tentang barang2 yang doktor minta,n inform pd family di singapore.

MISTERI BUNYI PAGAR

Posted by erienaerin at 10:45 AM 0 comments

Jumaat 23hb,mak aku tdo rumah aku.plak tu aku nk siapkn tempahan dari kwn aku CHEESE TART 150pcs.sambil dengar MISTERI JAM12 mlm,aku teruskanlah siapkn menatang comel ni.....kol 1lebih,bunyi pagar dari jiran belah kiri rumah aku....intai2,xde org pun??bukan nk jd busy body,cuma risau skrg byk kejadian pecah masuk n rompak,bunuh n bla~bla~bla...

Tiba2,kol 2.15pagi,mak aku sesak nafas....aku dh panik gila.dah 2x muntah plak tu.aku gosok dada n badan mak.mak kata angin tak lepas.aku bg mak air panas suam,mak masih x ok.kol3.00pagi,keadaan mak dah agak teruk.aku ajak mak g spital,mak xnk.dia risaukn aku nk drive waktu tu,nk bwk mak,2org anak+anak sedara aku(selalu mak jln x tinggalkn dia ni).aku terus call kakak aku,kakak ngan adik aku yg bawa mak.bila mak dh masuk kereta je,aku terus kunci pagar terus masuk.pas dh tenangkn kepala otak berjambul aku ni,aku sambung siapkn kerja aku.

Kol 3lebih(x pasti lebih tu sbb dah tekun ngadap CHEESE TART),aku dengar pagar jiran belah kanan plak bunyi.kali ni bunyi agak kuat mcm bunyi hentakan.aku selak langsir,skodeng lagi....lama gak aku skodeng,xde apa2 juz pagar je yg terbuka.aku sambung balik kerja aku...dlm kepala otak aku fikir,mesti anak bujang jiran aku balik.tapi,nape xde bunyi motor atau keta ea?hmmm,abaikan.......

Tengah ralit2,aku dgr azan subuh....fuhh,dah pagi.maknanya jiran2 aku dh bangun.xla risau sgt.aku berhenti kejap....6.30pagi,aku dengar pagar rumah aku plak terbuka!!!hah?skodeng lg...???

Akhirnya....pada pagi hari,aku dapat jawapan semua misteri bunyi pagar itu
KOL 1lebih,JIRAN BELAH KIRI KUNCI PAGAR SEBAB BARU MASUK DARI MELEPAK KAT LUAR
KOL 3lebih,RUMAH JIRAN BELAH KANAN KENA CEROBOH TP LUAR RUMAH JE.MOTOR ANAK BUJANG NYA KENA CURI
KOL6 LEBIH,HUBBY AKU BALIK AWAL DAAA,X OT
motif citer ni,kalau ada perkara yg mencurigakan,cepat2la call jiran




Sunday, September 18, 2011

MENUMPANG BUAT CARA MENUMPANG (PART2)

Posted by erienaerin at 11:30 PM 0 comments
Pagi2 ni aku ngan hubby bersedia dari segi mental dan fizikal.ayat nak gempak!!xdela...kitaorg tgh sibuk,nak jahanamkan ANAI2 tu....rumah aku dah tunggang langgang macam ada rusuhan layaknya....agak menggelikan bila tgok anai2 tu berkerumun banyak2...siap ada bunyi macam ketam tapi bunyi ketam size 0.5cm,hihihi....

Shieldtox dah nak habis sebotol aku spray.selak tikar getah,ada lagi highway utara selatan!!aku amek surat khabar,bakar la laluan tu supaya ke KARAK,hahaha....amek tukul,kopak kan robok tu,apalagi,KITA BAKOR JE...sambil menghayun tangan macam usop wilcha.





kopak+bakor,punggah barang2,huh?dah kol 3?aku siap2 la nak g kerja kahwin.dah siap2,amek kad....HAH??sampai kol 4 je?huk aloh...mcm mana ni?dah terlajak siap anak beranak,kitaorg g jela.sampai2,wat2 tanya pengantin kat mana.nasib baik ler bapa pengantin kata,"MAKAN LA DULU"...hihi...kalau x,balik je mkn kat kip mart.

Balik singgah g KIPMART jap.sampai je rumah,dh kol 6.hubby x tdo lg tp mlm nak keje.tgh lepak2,dgn rmh x sempat siap kemas,makcik aku dari singapore sampai.TANJAT BOBOI..aku laki bini apa lagi,mcm charles chaplin la.kemas mana yg sempat.kuih raya plak xde,apa yg ada dlm ice box,aku masak je.

Pas makcik aku balik,my BFF plak nak sampai.aku kemas mana yg dapat,terus masak lagi...tgh2 masak,gas plak habis.migrain2...hubby plak dh siap2 nk g keje.bole bayangkan hari aku yg sibuk mengalahkan TOP CHEF?tapi penat tu berbaloi...dpt jumpa sedara n kawan2....tima kasih ye,maaf ler klu layanan x memuaskan..

Saturday, September 17, 2011

BirTHday Aku eA?

Posted by erienaerin at 11:55 PM 0 comments
hari ni birthday aku.....xde yg special.tahun ni kena igtkn mak sbb mak terlupa...bukan nk hadiah,cukup sekadar ucapan dan doa dari mak.hubby ea?mestila dia igt,klu x igt mmg aku merajuk 30minit,hahaha,sengal....

patutnya,member aku dtg tadi.chacha n lisa tp aku g spital sbb nk amek mama.sampai sana rupa2nya,kakak aku dh ada.so,aku x bawak adik aku balik...aku g hanta kakak sedara aku dari singapore ke LARKIN.sebelum tu g makan kat PANDAN.last aku g PANDAN ni,masa malam raya.motif??bukan g berpeleseran tp g sana semata2 nk cari tudung yg matching ngan baju raya aku.tahun ni aku bz jual baju n amek tempahan kuih,tu yg x sempat cari tudung.Eh?kok citer mlm raya?hmm....ok la kan,masih bulan SYAWAL per...

apa lagi nak citer ea?hmm,xde dah cuma nak siapkan baju,sok nak g jemputan kahwin kat tmn mawar.huhuhu....nite

MENUMPANG BUAT CARA MENUMPANG

Posted by erienaerin at 9:42 PM 0 comments
Tengah tertinjau2 cari barang kat bilik yg dh aku wat store,telinga aku rasa terganggu dgn sesuatu bunyi.bunyi itu seperti??oh tidak!!!....menyirap kejap darah aku!!brengsek lorh...dhla menumpang,harta aku lagi ko ranapkan.ko ingat mak bapa ko yg bayar ea?ish mcm bodoh plak aku marah2 macam tu.rasa kalau jumpa duit kertas yg ber not besar pun xde makna untuk dia.mesti ranap di kerja kan.

Nak kata xde kepala otak,ada kepala.mulut tu nak menyumbat je.tapi x jadi akal!di sebabkan terlampau geram aku relax jap fikir apa yg patut aku buat.masa plak xde sbb aku nak keluar g hospital.dengan marahnya,aku bawak anak2 aku masuk dalam kereta.tenang~tenang~tenang.....aku nak drive ni.rasa2 dah ok,aku teruskan perjalanan untuk ke rumah mak aku.dalam kepala,aku tgh merancang mcm mana nak membalas perbuatan makhluk yg durjana tu.nanti la kau,pasti kau akan dapat balasan yg setimpal.berani2 mengganggu kehidupan aku!!

Masuk je mak aku dalam kereta,aku terus meluahkan panas hati aku ni.
"MAK TAHU TAK,ANAI2 PENUH BELAKANG ROBOK RINA....SAYANG ROBOK TU.KEMARIN RINA CAT BILIK TU,XDE PUN ANAI2.GERAMNYA!!!KALAU DAH MELARAT TI,HABIS RUMAH"

Tu la sebenarnya kisah aku....ANAI2 BRENGSEK!!AWAS LORH.PASTI GUWE HABISI RIWAYAT KAMU!!
(bersambung....)

Tuesday, September 13, 2011

2 kEjuTAn

Posted by erienaerin at 2:15 AM 0 comments
Bulan september,ulang tahun aku ngan hubby.5hari mak mertua dlm pantang,aku pun lahir,huhuhu....mungkin sebab zodiac kami sama,perasaan,tingkah laku,pemikiran lebih kurang...boleh masyukk....yg x sama,hubby penyabar,aku baran.

Petang tadi aku berkira2 untuk wat suprise for my hubby.plak tu kakak aku dtg,aku pun ngajak la dia g KIP MART beli apa yang patut.siap beli kek lagi kau....di sebabkan aku nyibuk ngajak kakak aku,kena la ikut dia g setelkan urusan dia.keta mmg dah penuh,ada mak aku,makcik,kawan kakak aku,2 org anak aku+aku.boleh bayangkan bagaimana keadaan keta tu pada petang yg sibuk?pusing masai tu sampai la kol 4 lebih.

Sampai rumah dah kol 4lebih,kakak aku kata,nak g rumah adik aku kat cahaya masai.dia nak bawa Zikry.mmg berat nak bagi anak aku ikut org beb.tp fikir ti aku boleh siap masak dengan cepat,aku bagi la.Zikry plak mcm berat hati nak ikut.dia tarik bantal dia,turun dari kereta.nangis xnak ikut.klu x,pantang org keluar,mesti nak ikut je.kakak aku pujuk suruh naik keta.aku pun meneruskan la apa yg aku dah plan.

Pas 60% keje aku nak siap,aku text nadia(adik ipar aku).ajak dia bawa mak mertua aku join birthday hubby.dia nak tolong tp aku kata x payah ler,sbb aku lg suka wat keje sorg2.lg cepat siap.dah nak dekat kol7,hati aku x sedap,aku asyik teringat zikry je.tup2,adik ipar aku(suami mama)call.dia kata,mama n dia kena tetak ngan parang kat rumah sewa mereka n zikry still kat rumah dia.macam nak pitam aku dengar .otak aku terus jam.

15min aku jadi bangang,makanan kat atas meja dah siap semua lg td,dah x menarik perhatian aku.Zikry sampai je rumah,kakak aku dah melalak.zikry pun sama melalak+aqilah yg kat dlm buai.mcm nak pecah hati aku tgok zikry penuh dengan darah adik aku kat kaki dia.baru aku nak tepon nadia,dia sampai ngan hubby dia.

Mak aku citer balik kejadian tu.adik aku di rompak!!di rumah sewa dia,di hadapan mak ngan kakak aku.bukan kakak aku x boleh membantu tp dia risau kn keselamatan mak ngan anak aku+kawan dia mengandung pun ada di tempat tu...beraya.adik aku melawan,dia bergelut dgn jantan haram tu siap sempat jirus air panas.sbb tu dia cedera teruk.syukur mak,anak n kakak aku selamat.20min pastu,mak mertua n kakak hubby sampai.Pas mak aku siap2 g spital,hubby pun sampai.

Akhirnya,kejutan untuk suami aku,bertukar menjadi kejutan untuk aku sekeluarga.mood untuk celebrate dh hilang.gambo pun aku mls nk amek.yg ada pun hubby amek kn.





Sunday, September 11, 2011

aKu sEbaGAi uMMi

Posted by erienaerin at 11:00 PM 0 comments
Mak oi...dah nak dekat setahun aku xde wat n3???kemanakah hilangnya minat aku sebagai penulis?hmm,mula la nak perasan.sebenarnya aku dh terlupa blog aku.klu on9 pun,aku sibuk ngadap RESEPI ngan FB.Anak2 aku lg td dh tdo.sebelum ni n3 aku anak je tp skrg dh jd anak2,hihi...Alhamdullilah,dh dpt sepasang skrg ni.hmm,baby Aqilah blm interframe lg ye?huhuhu.....AQILAH,nama yg ringkas,mudah di ingat dan mudah di panggil.semuanya mudah,semudah kelahirannya.Alhamdullilah,berkat doa MAK AKU N SUAMI,x sampai 1 jam aku kat labour room,Aqilah pun lahir...sblm g spital tu,aku siap lenggang kangkung mcm nak g MASLEE.xde sakit,juz lebih 2hari...bila g bilik saringan,rupa2nya dah ada jln 4cm.nasib baik aku g spital,klu x beranak kat rumah gaknya.pssst,sblm ni ada org doakan aku biar ssh bersalin,Alhamdullilah...doanya x makbul.yela,kata org,doa org yg teraniaya,di makbulkan.bukan nak takbur tp yela org yg suka aniaya kan diri sendiri kan pasti dpt sendiri susahnya.hmm,ada aku kisah?lantak la.muka ala senyummmmmm Hmm,apala aku g selit cerita x penting ni.shuh~shuh,g jauh2...pejam celik pejam celik,Aqilah dh 3bln,raya pun nak habis dh.tp aku x wat lagi hand n foot print utk dia.masa zikry,aku wat masa dia 8bln,tu pun ada org complain,knp x wat masa zikry 1tahun.Anak aku,suka hati aku la kan.sibuk giler....complain2 ntah2 nk tiru,huhu...eh,termasuk lg,shuh~shuh,hak ptuih!! Disebabkan masa byk utk Aqilah,Zikry telah memberontak menunjukkan ketidak puasan hati,lalu bertukar menjadi agresif.telah membuli Aqilah yg x faham apa2,sambil tersenyum2 tgok abgnya.Bila adiknya nak menyusu,dia pun sibuk dtg menempelkan diri dkt aku.ish~ish~ish...dh besar pun nak nenen lg.mmg happy tgok pembesaran anak2.dgn keletah zikry yg baru pandai bercakap,aqilah yg terkinja2 bila kena agah,hmm...bila dh siap kerja,aku menghadap tv dgn zikry.WONDERPETS,SPONGEBOB,FAIRY ODD PARENTS(zikry panggil kartun ayah),tu kartun wajib yg aku akan tonton dgn dia.Aqilah pun tgok jgk walaupun x faham.huh,kang dia gelak kuat2,pengsan plak aku. Kalau aku masih bekerja,xdpt wat semua ni.hubby pun makan ikut time lunch hour.g keje bawa bekal.bukan control suami ye tp bantu suami save kn duit dia.klu rasa nk save lg,ti hari2 aku masak sardin n maggi.maklum ler,aku ni terlebih suka msk.klu msk,utk 2 org pun aku msk briyani la,nasi myk la,nasi ayam la,arr mcm2 lg la.mahal gak kos tu.maggi ngan sardin ni,mgkin 2@3bln sekali kot. Berbalik pada cerita Aqilah,masa berpantang aku uruskan sendiri.hari ke 4,aku dah mandikan Aqilah sendiri,menyapu,basuh baju.hari ke 7 baru aku mula memasak.yelah,yg pantangnya aku,xkan hubby aku nak mkn ikan bilis goreng je kan?xsampai hati aku.baju pun aku x sanggup bg hubby basuh,malu beb.nasib baik masa bersalin kan zikry,MAK AKU dah ajar uruskan anak.kali ni agak mencabar sbb 2org sekali gus nak kena uruskan.masuk hubby,3 la ye.MAK AKU pesan,belajar sendiri,jgn bergantung pada org.YESS MOM,I CAN DO IT,HAHAHA..... Ish,dahla melalut sgt dh ni...nnt aku kepo2 lagi la yer...
 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting