Thursday, September 29, 2011

aNtArA Iktihar dAn sYIrik

Posted by erienaerin at 3:43 PM
baru balik dari spital...dah hari ke6 mak kat ICU.perubahan yg baik pada mak.mak dah ada respon bila sakit.cuma mata mak je belum buka juz kedip2 tanpa membuka mata.cuba wat,tutup mata,pastu kedip2 kan.bole?hahaha...ti kol 4.30,kakak aku plak dtg ngan abah aku.aku fikir,mst mak aku dah overdose morfin ni.ada reaksi nak bangun tp mata masih berat.aiceh,mcm pernah kena morfin je.

semalam kakak aku berjumpa seorg pakar.hmm,aku pun x pasti nak gelarkan apa.bomoh?pakar?ustaz?kakak aku panggil ustaz.tp x semua yg bersongkok tu ustaz kan?ish,dah mula berfikiran negatif plak aku ni.dlm renungan pakar ni,dia mengatakan roh mak aku sesat dan di badan mak aku ada JIN MERAH.jin merah??ya,jin merah.bukan mambang merah ye.dia ada beri air untuk di sapu ke muka n beri mak aku minum waktu pagi.tapi,waktu melawat kol 12,mcm mana nak sapu kat muka mak pagi2?mak minum susu pun guna tubing,mcm mana nak bagi mak minum?ti mesti mak tersedak.aku bukan nak menolak perubatan seperti ini tp ada masa tertentu hati aku menolak.hati aku kot yg ada jin?ish~ish~ish...selisih kan la.oh ye,pakar ini juga mengatakn,anak abg aku,seorg 6 tahun n adiknya 6bulan.kedua2nya lelaki,ada di ekori oleh jin.tp mungkin mcm boleh percaya sbb yg umur 6tahun ni,dia x suka kalau tengok org sembahyang.bila dengar org mengaji atau azan,dia tutp telinga n pekik@nyanyi sekuat hati.ish,mcm nak tempeleng je.bayangkan,waktu maghrib,dia tutup telinga sambil pekik2,kalau korg jiran abg aku,apa korg pk?huh...

Tapi,bagi aku kita masih lagi boleh terima apa yg di anggap rasional.kalau dah agak karut marut,org sengal je yg terima.tp kalau nak percaya pun agak2,jangan terlalu taksub sehingga terjadinya syirik.syirik yang aku maksudkan ni,ialah syirik khafi iaitu syirik yg tidak terang2an.kalau syirik jali mmg semua org nampak,contohnya mempersekutukan Allah.ok,aku maksudkan syirik khafi ni ialah,contoh ea,korg berjumpa pakar,then korg sembuh...konon2nya pakar ni tau rumah korg ada jin ke,keturunan korg ada saka ke atau ada org dah sihirkan korg ke.ni contoh je,korg pun cakap dengan member2,bomoh tu terror,aku sakit dah baik sbb dia sembuhkan aku.kira korg dah letak bomoh ni no1 la dan seratus peratus dah bergantung pd bomoh.percaya pada kehebatan tangkal pun,bole dianggap syirik.adakah korg terlibat?

hmm,lagi satu...kalau dah baca ni,jgn cakap aku ni pengamal ajaran sesat plak ye.ok,kes lagi satu ni.antara sedar x sedar pun boleh jatuh kpd syirik!!betul atau x,korg tentukan ya.tgh ketakutan,korg membaca ayat kursi,dgn harapan hantu akan takut pada ayat kursi itu.atau pun,korg terambil yassin dan tutup muka hingga ke pagi dgn harapan,hantu tgok yassin tu akan lari lintang pukang.korg nampak x di mana syirik khafi itu?YA,dimana korg telah melupakan Allah dgn mendahulukan lain nya.dan dlm x sadar,ianya menjadi ikutan anak cucu kita.yela,takut je,terus mengharapkan kekuatan lain selain dari kuasa Allah.ayat kursi dan surah yassin memang suci tetapi baca la ia kerana Allah dan percaya segala Qada dan Qadar itu dtgnya dari Allah.

Aku tulis macam la aku berani sangat,padahal aku ni penakut gak,huhuhu....kalau korg agak2 pening dgn citer aku ni cari la kesahihan perkara ni.sbb syirik khafi pada zaman ni mudah terjadi dan ianya tidak kita perasan.perut pun dah lapo,baik aku pk nak masak apa yg best.

0 comments:

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting