Wednesday, February 8, 2012

KENANGAN ITU AKAN TETAP BERSAMAKU

Posted by erienaerin at 1:36 AM
3hb,february.2012....pagi itu aku bersiap2 menunggu adik aku mama datang ke rumah.dia nak amek aku ngan anak2.kitaorg dah janji nak g rumah abah sama2.masa nak menuju ke rumah abah mama bagitahu aku dia nak tidur rumah abah malam itu kerana hati dia rasa x sedap.....

Sampai je rumah abah,niat nak mandikan mak terbatal sbb adik sedara aku dah mandikan mak.aku cium mak.terasa lain bila menyentuh muka mak.mata mak terpejam dan mak nampak terlalu lemah.aku memanggil mak,dia hanya menjawab APA.dengan suara yang serak dan lemah.

Aku terus g ke dapur untuk masak lauk abah.abah berbual dgn aku.abah terlalu risau dengan keadaan mak.tidak mahu menjamah makanan,hanya menyedut air suam.lepas siap masak,aku baring sebelah mak bersama Aqilah.hati berdetik,kenapa mak nampak lain sangat hari ni?aku sentuh badan mak.sejuk....aku bangun tatap muka mak.kenapa mata mak tidak bercahaya?aku tanyakan mak,"mak nak milo?"....soalan aku dibalas dengan angukan yang lemah.aku terus pergi dapur.milo yang abah bancuh untuk mak masih panas.

Tiba2 mama menjerit dari dalam bilik memanggil aku ngan abah.aku berlari kebilik.duduk dihadapan mak dan pegang tangan mak...mata mak memandang kekiri dan kanan dengan pandangan yang lemah.abah masuk kebilik.aku tarik tangan abah supaya duduk bersama mak.aku beralih kebelakang mak yang sememangnya baring mengiring.mak buka mata,memandang ke arah abah.semua tergamam kerana pasti mak sedang nazak.abah membisikkan kalimah syahadah ketelinga mak.terdengar halus suara mak menyahut.....abah berulang kali membisikkan kalimah yang sama ke telinga mak.mak memandang wajah abah kemudian mak pejam matanya rapat2bersama tarikan nafas terakhir yang dalam.mak pergi dihadapan aku,abah,mirul,mama dan fatin.terus terdengar azan dari masjid berkumandang..............

Seperti mimpi segalanya berlaku.tak sampai 1jam,mereka yang datang melawat mak untuk kali terakhir sudah ramai.mereka yang baru pulang dari solat jumaat juga datang kerumah.aku bersihkan mak.menyalinkan pampers dan kain.sebak sangat....kali ini mak hanya kaku.tiada lagi suara yang bertanyakan lukanya dah sembuh atau belum.bila selimutkan kain batik lepas,teringat kata2 mak yang selalu memesan,bila mak meninggal,kain ni la guna untuk tutup jenazah mak.

Aku seperti tidak peduli pada mereka yang bertanyakan di mana barang2 untuk menyediakan kelengkapan untuk mak.aku memang betul2 bingung!apabila imam membacakan yassin,kain kafan dah dibentang dan disusun atur segalanya.tong untuk memandikan jenazah sudah dibawa kehalaman rumah.aku minta supaya mak dimandikan di ruang tamu rumah.bau kapur barus dan air mawar dah semerbak di ruang tamu.bunyi kain kafan di siat berulang ulang kedengaran.

Seorang makcik bersuara,mak sudah boleh dimandikan.aku,lala dan kakak aku bersedia untuk memandikan mak untuk kali yang terakhir.paling lembut aku lakukan untuk mak.menggosok perut yang mengandungkan aku,dada mak yang menyusukan aku,tangan yang membesarkan aku.seperti ingin menjerit mengejut mak supaya bangun.mak kelihatan tidur sama seperti biasa sewaktu aku mandikannya.

Ketika mak diletak di atas kain kafan,azan asar berkumandang.aku sikat rambut mak.teringat mak kata,sikat slow2.rambut mak kusut,sakit.mak dipakaikan pakaian yang putih bersih,dipakaikan tudung,di tabur pacai kiri kanan.aku memakaikan mak celak.mak sudah rapi berpakaian putih untuk disembahyangkan.abang aku dari pahang belum juga sampai.sorang demi sorang mencium mak.sebak hati aku melihat abah yang tiba2 menangis dan lemah longlai untuk bangun.langit agak mendung jadi mereka tidak dapat menunggu abang aku sampai.jenazah mak di usung kemasjid.

Selepas jemaah solat asar,mak disembahyangkan.terasa waktu bergerak pantas.mcm mak baru je meninggal tapi sekarang dah bergerak menuju ke tanah perkuburan.macam2 perasaan dtg bila jenguk ke lahad.sebelum mak disemadikan,kucupan terakhir sekali lg diberi.cuaca yang mendung,bersama suara imam yang membacakan talkin membuatkan hati bertambah hiba.selamat tinggal mak.semoga roh mak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 mereka yang beriman.

Selepas ini,tiada lagi tempat untuk aku mengadu,berkongsi cerita,menangis dan bertanya resepi.hilang sudah penasihat untuk aku yang baran,peneman aku tidur ketika hubby kerja malam,peneman aku ketika menyiapkan tempahan kuih.perginya pencerita untuk aku.tiada lagi sambutan hari ibu dirumah abah.terngiang2 ditelinga ketika hari raya yang lepas.kata mak,"raya tahun ni takkan sama lagi dengan tahun depan.anak rina cucu mak yang last mak tengok.pasni cucu yang lain mak dah xnk tengok lagi".....

Mak mula sakit,terkena stroke pada 03.02.2011,mak meninggal pada 03.02.2012....mak lahir pada 03.08.1957 dan lot kubur mak bernombor 838.mak org yang ke 3 dalam adik beradiknya yang meninggal.segalanya bernombor 3....Al-fatihah.

6 comments:

Diari Si Froggie on February 8, 2012 at 7:51 AM said...

Takziah buat Eriena Erin..Al-Fatihah..semoga roh ibu anda ditempatkan bersama golongan beriman..

erienaerin on February 8, 2012 at 9:53 AM said...

amin...terima kasih aida

Admin on February 8, 2012 at 11:40 AM said...

Takziah buat anda sekeluarga..

Shawn Razaleigh on February 8, 2012 at 2:04 PM said...

alfatiha. sabar

Kasmawati Jaafar on February 8, 2012 at 3:18 PM said...

salam takziah, rina. sebak akak baca entri ni. nak menitis air mata. alhamdulillah, rina sempat jaga mak selama arwah sakit. sempat tabur kasih sayang seblm dia pergi. alhamdulillah, arwah pun meninggal hari jumaat. semoga arwah diletakkan di kalangan org beriman dan diberkati allah. al fatihah.

CikTeddyCorner on February 9, 2012 at 10:37 PM said...

takziah..sama2 lah sedekahkan al Fatihah~

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting