Wednesday, November 7, 2012

AKU DAN MOTOR

Posted by erienaerin at 9:08 AM
6.50pagi aku g merempit beli sarapan.nak cari karipap sebenarnya.ni gara2 berjanji dengan Zikry nak buat karipap tapi buatnya x juga.kentang dah sekotak beli,haish....mood "mengaripap" belum sampai lagi ~ngeee~......

Bawa motor pepagi hari memang tergegel la.sejuk la weh!!...sampai je simpang,adoyai....accident la plak.kesian la,nak g kerja tapi terbabit dah.yang aku nampak ada motor dah terpleot.aku tak tengok lama lah,aku nak cepat,hubby pun nak keje dah.tapi yg pasti  jam sekejap kat situ.

Kat jalan raya ni,kadang2 kita dah bawa elok mcm manusia pun bole berlaku kemalangan.mana taknya,kita bawa mcm manusia,ada sesetengah ni bawa x mcm manusia la plak...hampeh.tapi rasanya kemalangan tu xde yg tercedera teruk.

Selama aku bawa motor ni,sekali betul la aku terbongkang.maklum ler,budak baik kan.diam2 aku g merembat motor EX-5 yang mak aku baru beli.arwah mak aku beli motor tu untuk kemudahan mak nak ke pasar.boleh la abah atau abang aku bawak arwah mak.arwah memang x percaya kalau aku yang bawa,dia lebih sanggup naik ngan adik aku berbanding ngan aku.sebab?arwah mak dulunya semangat la badannya,adik aku ni lebih tinggi dari aku jadi kakinya lebih panjang untuk jejak ke tanah berbanding kaki aku yang ketot lagi comel ni,hahaha......

Nak di jadikan kenangan,1 petang tu aku g la merembat motor tu secara senyap2.dah hampir maghrib la jugak masa tu.dengan kereknya aku g ronda 1 kampung.tiba satu selekoh tu,aku belok ler cam biasa.tau2 kepala aku dah kejalan.aik?aku peng sampai jejak telinga ke apa?kena hempap dek motor lagi.terkebil2 jap aku kat situ.dah agak tersadar dengan jayanya,kelam kabut aku angkat motor.tengok kiri,ada sekeluarga yang tgh melepak kat beranda rumahnya tercengang2 sambil terlopong mulutnya tgok.suasana sepi seketika mcm malaikat lalu.diaorg pun terkaku jap.wahh....cerita cam kemalangan teruk dah,hahaha....apalagi,cepat2 aku start motor terus balik rumah dgn perasaan malu tahap tingkat 16.

Sampai je rumah aku belek la  apa yang sakit sangat neh.mak aih.....tangan kiri aku dah terkehel,bahu aku tersopak,pergelangan tangan dah terlubang kecik,siku dah terkoyak.perit woooo....kaki kiri pun terluka.aku tutup tangan aku dengan tuala,nak g mandi untuk cuci la kononnya.keluar je bilik,terkujat kena marah ngan abang aku.aik?camne dia bole tau neh?hmmm,rupa2nya side mirror terpleot dahh.....

Masa mula2 belajar bawa motor xdela terbongkang camni.cuma masa tu gara2 merembat motor juga,kelam kabut aku turun bukit sebelah rumah.x sempat pijak brake,muka aku tersangkut cadar yang mak aku sidai kat ampaian.tau2 aku dah melekat kat dinding rumah atok aku dengan cadar kat kepala mcm hantu bungkus.habis cover depan ronggak terhentam dinding.kelakar la plak bila ingat semua tu.

Nak bawa motor dulu2 pnya la payah tapi budak2 skrg ni,kaki x sampai pun dh bawa motor mcm pelesit.dengan helmet yg bole pusing habis.anak jiran aku,darjah6 dh pandai bawa kereta.mungkin dulu2 nak beli motor sebiji mcm nk beli keta sshnya.jadi mak abah jaga betul2 harta diaorg.skrg ni plak  cam senang je beli motor. plaktu  dh bermcm2 jenis.

Mungkin bagi mak bapa skrg,itu satu kemudahan buat diaorg.ialah kang suruh anak g kedai ke,amek adik balik sekolah ke.x ramai la bebudak sekolah menengah sekarang nak mengayuh basikal ke hulu hilir lagi.mungkin juga masa zaman aku sekolah menengah dulu tgh glamour budak2 bike ni.mcm2 gaya diaorg ngan basikal diaorg.jadi masa diaorg dgn basikal lagi banyak berbanding ngan bebudak skrg yg x sudahnya dgn motor.adoyai....rindu plak zaman sekolah dulu.

Apa2 pun,berhati2la semasa menunggang kuda motor tu.tunggang dengan elok,hormat org lain yang kat jalan raya.jgn bikin ini jalan laya selupa lu punya bapak punya.ok ho?.....sbb org lain pun bayar road tax,hahaha......
ZIKRY KATA NI MOTOR AWEK,HIHIHI....

3 comments:

Kasmawati Jaafar on November 7, 2012 at 9:30 AM said...
This comment has been removed by the author.
Kasmawati Jaafar on November 7, 2012 at 9:31 AM said...

harharhar.. tergelak beso akak baca kes riena eksiden kepala tersangkut kat cadar. serius lawak!!!

Diari Si Froggie on November 23, 2012 at 1:09 PM said...

haha.. adesh.. terkonar baring lah pulak :P mesti sakit kan berminggu2.. teruk gak tu cedera. betul2 sekarang nie bebudak agresif dah.. pernah jumpa budak darjah 5 naik kereta perdana tengah2 jalan jem tu.. peh! nie mesti mak pak tak tahu nie..

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting