Tuesday, November 1, 2011

CE BACA NOVEL TU

Posted by erienaerin at 11:30 PM
Novel....buku cerita yang tebal tanpa perlu ada gambar yg berdialog mcm komik doraemon.tapi sebagai peminat novel yang menjiwai habis watak dalam novel tu,mesti ada rasa sakit hati,sedih,suka dsbnya.betul x?kalau xde  rasa mcm tu,ko ni,baca ke kira muka surat,wehwehweh....

Aku mmg minat membaca.sampai ada satu tahap,aku rasa mcm stress kalau x membaca,dpt baca citer kat surat khabar koyak sikit yang wat bungkus sayur tu pun jadi la.x pasti lak org len,ada x rasa mcm ni?

Novel pertama yang aku baca ialah,JOY...masa tu aku darjah 4.aku tgok kakak aku baca mcm best je,aku pun baca laa...serius aku x ingat citer tu,dan aku x ingat penulisnya.macam Ahadiat Akashah je?Pastu membaca sekadar utk mengisi buku Rekod Membaca kat sekolah.sape banyak baca,dapat hadiah tau.best kan?tapi x pernah nya aku dapat.

Satu hari tu,aku terbaca kat majalah remaja citer pasal OMBAK RINDU.ms ni aku sekolah menengah.mmg khusyuk abis la aku baca citer tu tapi stress sbb bersambung....nak cari novel,mcm byk plak duit aku.jadi,sabarkan hati utk tgu majalah remaja yg akan dtg.nak tgu sambungan.majalah remaja tu pun,sepupu aku g rembat kat kedai mana ntah.Hampeh.....

Macam hujung minggu yg sudah,aku g melepak kat rumah member aku.....nak g rumah dia kena menapak 500meter.di pendekkan cerita,aku ternampak novel OMBAK RINDU kat rumah dia.aku tanya dgn muka sopan,"Boleh x org nak pinjam?terbaca kat majalah remaja,mcm best sangat"....then,adik dia wat muka mcm kambing gurun koo...pergh,aku siap merayu tu,pas baca mlm ni gak aku hanta.dengan x merela kan,adik dia bagi gak...masa tu dah kol 4.30....aku ngan gumbiranya,balik kerumah.x sabar ko nak baca.sampaikan masa jalan tu aku membaca.teruk kan?

Sampai rumah,x sampai setengah jam,kawan aku ngan adik dia dtg.nak tau apa yg dia cakap?.."Kita nak novel,nak pulang pada member"....hah?member pnya?tiba-tiba plak.....mak oi,punya la sedih gila aku masa tu.start dari hari tu,aku nekad nak kumpul novel.

Aku kumpul duit,g beli novel OMBAK RINDU.dengan duit aku sendiri.janji,xnak pinjam lagi novel orang.terhina guwe!!!

Bermula dari penghinaan tu la,aiceh ayat...aku kumpul novel.bila aku tambah dan tambah harga2 novel tu,dah jejak ribu gak.pergh...kayo makcik!!eh silap,bukan aku yang kaya.aku kaya buku n kaya cerita jela.

Disebabkan aku ni seorang yang beremosi tinggi bila membaca,aku pernah membaling novel gara2 aku sakit hati sangat2 dgn watak dalam citer tu.nak tau novel apa?TAK SEINDAH MIMPI dan TAK SEMANIS IMPIAN.pergh!!aku pnya panas hati tu,mcm nak tumbuk2 je adik siNorjinah tu dgn Norjinah sekali.huhuhu..


.

Novel yang wat aku kemaruk sampai aku ngan adik aku jadi biol.kitaorg terlalu menghayati sgt,sampai kitaorg ckp kitaorg tgok movie,padahal kitaorg baca je.siap adik aku tanya,channel berapa ar kita tgok citer tu.channel kepala lutut mu!kita baca la weh...Nak tau citer apa?


Tapi novel bagaikan puteri tu dah kena rembat.cipan tol la...ada lagi novel2 aku tapi xkan aku nak tayang semuanya.ye x?hikhikhik.... Novelis yang paling aku minat ialah,Fauziah Ashari,Norhayati Berahim n Ramlee Awang Murshid.Kalau ada novel mereka bertiga ni,aku tolak dulu novel yang len,hihihi....

Aku mmg sayang gila kat novel2 aku.sesiapa yang nk meminjam,mmg byk pantang larang ye...
  1. Dah pinjam ngan aku,xleh pinjam kan pada org lain
  2. Masa stop membaca,jangan lipat muka surat...penanda ada la dol
  3. Sebelum aku sampul novel,jangan ada sesiapa yg baca sbb aku xkan baca selagi novel aku x sampul.
  4. Jangan letak novel semasa terbuka dgn cara telungkup kan.faham ?ti novel senget.aku x suka.
  5. Dah baca jangan wat macam harta sendiri.x pulang2,letak kat koleksi sendiri plak.
  6. Jangan sampai novel tercomot.kang pulang kena air la,sambal la...hampeh
Haaa,banyak songeh kan aku ni?huhuhu....x kisah nak cakap aku apa,aku beli guna duit aku,suka hati aku la nak letak pantang larang mcm mana.....

Tapi pas kahwin,aku dah kurang la beli novel.novel terbaru pun aku xtau dah.yang aku tau sekarang,bulan ni anak aku kena g check up bape hari bulan,hahaha......tapi pasni,nak kena ikut saranan MADAM MISAE,1 bulan 1 buku.....bulan ni dah beli,start bulan depan,nak kumpul semula novel2 RAMLEE AWANG MURSHID yang aku miz.

Yang paling aku xleh lupa,budak yang kedekut ngan aku novel OMBAK RINDU tu,dtg rumah nak pinjam novel2 aku...dengan jayanya,aku katakan,"KALAU NAK BACA,BACA KAT SINI JE".....baru padan muko ekau...huahuahua!!!!



2 comments:

Deela on November 3, 2011 at 11:27 PM said...

ombak rindu, first novel yg I beli ^^

tirahzairi on November 5, 2011 at 8:46 PM said...

sy xminat bce novel...pnah bce...lebih sebulan baru hbs....kdg2 separuh jln...kalo komik laju je baca...hihihi

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting