Saturday, February 18, 2012

Cayang Ummi Demam

Posted by erienaerin at 11:59 PM 0 comments
Aqilah demam......mula2 berhingus tau2 dah melarat ke demam.kesian anak ummi nak bermain pun x larat.tadi bawa aqilah ke klinik,kena masuk ubat kat punggung.



Budak temik xde mood nak bergurau.melekat je kat umminya......sayang aqilah,biar cepat sihat ya sayang.

Wednesday, February 15, 2012

KAMPUNGKU DISERANG GARUDA

Posted by erienaerin at 3:09 AM 0 comments
Waktu2 macam ni kat rumah abah mmg tenang.walaupun rumah abah ni bukanlah kampung pendalaman tapi suasana pada waktu ni boleh hilangkan serabut kelapa kat kepala aku ni.sebelum2 ni,waktu2 mcm ni bila hubby keje malam,aku tgh berkepit kat bawah ketiak mak.berbual,ketawa sampai mata terlelap.tapi sekarang,hanya dapat berbaring di katil mak bersama anak2 dan kenangan aku.sungguh,aku rindu......

Kali ni aku nak cerita apa yang wat aku rindu sangat kat kampung yang x berapa nak rupa kampung ni,hahaha....normal,bila dah dok kampung pagi2 dah dgr kokokan dan sahutan ayam jantan.anak ayam berdecit2 kejar ibunya mencari makanan.burung terkukur pun ada gak menyibuk nak bunyi.bila g kedai,jalan shortcut kat belakang rumah ntah sape2,kena kejar angsa.kadang2 anjing pun kejar.

Kalau xde air,bole terkedek2 g perigi.nanti awal2 pagi lepas solat subuh,mak dah berangkut kain baju utk disental kat perigi.mak xnak g lambat sbb nnt kitaorg kepanasan kena matahari.depan perigi plak ada sungai.tempat aku berkubang ngan sedara mara aku sampai kena lastik ngan atuk aku.

Bila xde bekalan elektrik,kitaorg duduk la adik beradik depan lilin main bayang2.nanti mak cerita macam2 kisah.tapi bab nak g jamban mmg x best sbb jamban kat luar.nak berangkut air,nak berteman,nak berlilin...hahaha,kelakar.jamban plak bawah pokok jambu air ngan durian yang sememangnya besar gilos.bila pokok tu berbuah,mmg lecak kat tanah jela buah jambu tu.

Jalan nak masuk kampung plak,kiri kanan pokok getah.mmm,kira estet la.jalan pun x berturap.teksi mmg xnak masukla kampung ni malam2 hari.masa kecik2 mak ngan abah blm mampu nk beli keta atau motor.jd kalau nk g belanja atau balik singapore,kenalah menapak keluar kampung.xpun tumpang orang n mak abah byr tambang.

Tapi sekarang ni,kampung aku dah xbest.depan rumah yang dulunya pokok getah,dah togel pun.simpang masuk kampung dah jd tapak kilang.kampung yang dulunya ramai yang xtau tapi sekarang dah boleh nampak dari highway pasir gudang.lapang beb.









Abih dah togel kampung aku.........hmm,lagi 5tahun ti jadi apa la gaknya ek.mcm mnla ngan penduduk setinggan kat cni.gaknya ti sungai yang dulunya tmpat aku berkubang kena tambus.haish,rindunya zaman dulu2...........nak jadi kecik semula bole x ek?hihihi.....


Monday, February 13, 2012

BIRTHDAY SIAPAKAH?

Posted by erienaerin at 11:53 PM 0 comments
Sambutan hari ulangtahun kelahiran yang pertama untuk kakak aku tanpa mak bersama.kebetulan plak rini off day kakak aku jd berkumpul ler kami adik beradik...ops lupa lak,tanpa abang aku n lala.

Mula2 aku ingat nak wat kan kek n suprise utk kakak aku tp tangguh punya tangguh,aku terlelap petang td.jadinya,kek kakak aku x sempat ler nak di solek2.yang ada,moist kek ciput utk di jamah2.bukan cik jemah ye tapi dijamah.


Makan malam plak kat Pizza.....kalau masak memasak kang,malas plak nak mengemasnya.baik g makan kat luar ye x?huhuhu....malas sungguh.
 Aqilah pun nak order gak








Yang ni plak,segala yang di bedal kami adik beradik,huhuhu...........








Adeh....tadi xnak balun cukup2.ni tgh update bole plak terkecur sendiri.perut dahlah krek~krok~krek~krok...hampeh tol la.x memasal plak kang air liur aku jadi cam yoyo.ti hubby gaji,nak pow hubby plak,huhuhuhu.................


Sunday, February 12, 2012

RINDU RINDUAN JADI KENANG KENANGAN

Posted by erienaerin at 1:40 AM 0 comments
Disaat ini kerinduan begitu mencengkam hati dan perasaan.walau diluah dengan apa cara sekalipun,tidak dapat menghapuskan kerinduan ku ini.

Aku rindukan senda gurauan mu,pelukan mu,bau haruman mu,permintaan untuk memasak makanan kegemaranmu.....benar bukan hanya aku seorang merinduimu tetapi kami semua....

Memori ini hari2 berputar kenangan kita bersama....kadang2 aku tersenyum,kadang2 aku ketawa tapi yang pasti akhirnya aku tewas sendiri.

Benar kata P.Ramlee,Dimana kan kucari ganti,serupa denganmu....bukan surat menyurat,bukan SMS dan bukan juga panggilan telefon buat kami berhubung denganmu....tetapi hanya doa kami yang akan menghubungkan kita.




Riena sayang mak............

Wednesday, February 8, 2012

KENANGAN ITU AKAN TETAP BERSAMAKU

Posted by erienaerin at 1:36 AM 6 comments
3hb,february.2012....pagi itu aku bersiap2 menunggu adik aku mama datang ke rumah.dia nak amek aku ngan anak2.kitaorg dah janji nak g rumah abah sama2.masa nak menuju ke rumah abah mama bagitahu aku dia nak tidur rumah abah malam itu kerana hati dia rasa x sedap.....

Sampai je rumah abah,niat nak mandikan mak terbatal sbb adik sedara aku dah mandikan mak.aku cium mak.terasa lain bila menyentuh muka mak.mata mak terpejam dan mak nampak terlalu lemah.aku memanggil mak,dia hanya menjawab APA.dengan suara yang serak dan lemah.

Aku terus g ke dapur untuk masak lauk abah.abah berbual dgn aku.abah terlalu risau dengan keadaan mak.tidak mahu menjamah makanan,hanya menyedut air suam.lepas siap masak,aku baring sebelah mak bersama Aqilah.hati berdetik,kenapa mak nampak lain sangat hari ni?aku sentuh badan mak.sejuk....aku bangun tatap muka mak.kenapa mata mak tidak bercahaya?aku tanyakan mak,"mak nak milo?"....soalan aku dibalas dengan angukan yang lemah.aku terus pergi dapur.milo yang abah bancuh untuk mak masih panas.

Tiba2 mama menjerit dari dalam bilik memanggil aku ngan abah.aku berlari kebilik.duduk dihadapan mak dan pegang tangan mak...mata mak memandang kekiri dan kanan dengan pandangan yang lemah.abah masuk kebilik.aku tarik tangan abah supaya duduk bersama mak.aku beralih kebelakang mak yang sememangnya baring mengiring.mak buka mata,memandang ke arah abah.semua tergamam kerana pasti mak sedang nazak.abah membisikkan kalimah syahadah ketelinga mak.terdengar halus suara mak menyahut.....abah berulang kali membisikkan kalimah yang sama ke telinga mak.mak memandang wajah abah kemudian mak pejam matanya rapat2bersama tarikan nafas terakhir yang dalam.mak pergi dihadapan aku,abah,mirul,mama dan fatin.terus terdengar azan dari masjid berkumandang..............

Seperti mimpi segalanya berlaku.tak sampai 1jam,mereka yang datang melawat mak untuk kali terakhir sudah ramai.mereka yang baru pulang dari solat jumaat juga datang kerumah.aku bersihkan mak.menyalinkan pampers dan kain.sebak sangat....kali ini mak hanya kaku.tiada lagi suara yang bertanyakan lukanya dah sembuh atau belum.bila selimutkan kain batik lepas,teringat kata2 mak yang selalu memesan,bila mak meninggal,kain ni la guna untuk tutup jenazah mak.

Aku seperti tidak peduli pada mereka yang bertanyakan di mana barang2 untuk menyediakan kelengkapan untuk mak.aku memang betul2 bingung!apabila imam membacakan yassin,kain kafan dah dibentang dan disusun atur segalanya.tong untuk memandikan jenazah sudah dibawa kehalaman rumah.aku minta supaya mak dimandikan di ruang tamu rumah.bau kapur barus dan air mawar dah semerbak di ruang tamu.bunyi kain kafan di siat berulang ulang kedengaran.

Seorang makcik bersuara,mak sudah boleh dimandikan.aku,lala dan kakak aku bersedia untuk memandikan mak untuk kali yang terakhir.paling lembut aku lakukan untuk mak.menggosok perut yang mengandungkan aku,dada mak yang menyusukan aku,tangan yang membesarkan aku.seperti ingin menjerit mengejut mak supaya bangun.mak kelihatan tidur sama seperti biasa sewaktu aku mandikannya.

Ketika mak diletak di atas kain kafan,azan asar berkumandang.aku sikat rambut mak.teringat mak kata,sikat slow2.rambut mak kusut,sakit.mak dipakaikan pakaian yang putih bersih,dipakaikan tudung,di tabur pacai kiri kanan.aku memakaikan mak celak.mak sudah rapi berpakaian putih untuk disembahyangkan.abang aku dari pahang belum juga sampai.sorang demi sorang mencium mak.sebak hati aku melihat abah yang tiba2 menangis dan lemah longlai untuk bangun.langit agak mendung jadi mereka tidak dapat menunggu abang aku sampai.jenazah mak di usung kemasjid.

Selepas jemaah solat asar,mak disembahyangkan.terasa waktu bergerak pantas.mcm mak baru je meninggal tapi sekarang dah bergerak menuju ke tanah perkuburan.macam2 perasaan dtg bila jenguk ke lahad.sebelum mak disemadikan,kucupan terakhir sekali lg diberi.cuaca yang mendung,bersama suara imam yang membacakan talkin membuatkan hati bertambah hiba.selamat tinggal mak.semoga roh mak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 mereka yang beriman.

Selepas ini,tiada lagi tempat untuk aku mengadu,berkongsi cerita,menangis dan bertanya resepi.hilang sudah penasihat untuk aku yang baran,peneman aku tidur ketika hubby kerja malam,peneman aku ketika menyiapkan tempahan kuih.perginya pencerita untuk aku.tiada lagi sambutan hari ibu dirumah abah.terngiang2 ditelinga ketika hari raya yang lepas.kata mak,"raya tahun ni takkan sama lagi dengan tahun depan.anak rina cucu mak yang last mak tengok.pasni cucu yang lain mak dah xnk tengok lagi".....

Mak mula sakit,terkena stroke pada 03.02.2011,mak meninggal pada 03.02.2012....mak lahir pada 03.08.1957 dan lot kubur mak bernombor 838.mak org yang ke 3 dalam adik beradiknya yang meninggal.segalanya bernombor 3....Al-fatihah.
 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting