Wednesday, February 15, 2012

KAMPUNGKU DISERANG GARUDA

Posted by erienaerin at 3:09 AM
Waktu2 macam ni kat rumah abah mmg tenang.walaupun rumah abah ni bukanlah kampung pendalaman tapi suasana pada waktu ni boleh hilangkan serabut kelapa kat kepala aku ni.sebelum2 ni,waktu2 mcm ni bila hubby keje malam,aku tgh berkepit kat bawah ketiak mak.berbual,ketawa sampai mata terlelap.tapi sekarang,hanya dapat berbaring di katil mak bersama anak2 dan kenangan aku.sungguh,aku rindu......

Kali ni aku nak cerita apa yang wat aku rindu sangat kat kampung yang x berapa nak rupa kampung ni,hahaha....normal,bila dah dok kampung pagi2 dah dgr kokokan dan sahutan ayam jantan.anak ayam berdecit2 kejar ibunya mencari makanan.burung terkukur pun ada gak menyibuk nak bunyi.bila g kedai,jalan shortcut kat belakang rumah ntah sape2,kena kejar angsa.kadang2 anjing pun kejar.

Kalau xde air,bole terkedek2 g perigi.nanti awal2 pagi lepas solat subuh,mak dah berangkut kain baju utk disental kat perigi.mak xnak g lambat sbb nnt kitaorg kepanasan kena matahari.depan perigi plak ada sungai.tempat aku berkubang ngan sedara mara aku sampai kena lastik ngan atuk aku.

Bila xde bekalan elektrik,kitaorg duduk la adik beradik depan lilin main bayang2.nanti mak cerita macam2 kisah.tapi bab nak g jamban mmg x best sbb jamban kat luar.nak berangkut air,nak berteman,nak berlilin...hahaha,kelakar.jamban plak bawah pokok jambu air ngan durian yang sememangnya besar gilos.bila pokok tu berbuah,mmg lecak kat tanah jela buah jambu tu.

Jalan nak masuk kampung plak,kiri kanan pokok getah.mmm,kira estet la.jalan pun x berturap.teksi mmg xnak masukla kampung ni malam2 hari.masa kecik2 mak ngan abah blm mampu nk beli keta atau motor.jd kalau nk g belanja atau balik singapore,kenalah menapak keluar kampung.xpun tumpang orang n mak abah byr tambang.

Tapi sekarang ni,kampung aku dah xbest.depan rumah yang dulunya pokok getah,dah togel pun.simpang masuk kampung dah jd tapak kilang.kampung yang dulunya ramai yang xtau tapi sekarang dah boleh nampak dari highway pasir gudang.lapang beb.









Abih dah togel kampung aku.........hmm,lagi 5tahun ti jadi apa la gaknya ek.mcm mnla ngan penduduk setinggan kat cni.gaknya ti sungai yang dulunya tmpat aku berkubang kena tambus.haish,rindunya zaman dulu2...........nak jadi kecik semula bole x ek?hihihi.....


0 comments:

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting