Showing posts with label home. Show all posts
Showing posts with label home. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

KAMPUNGKU DISERANG GARUDA

Posted by erienaerin at 3:09 AM 0 comments
Waktu2 macam ni kat rumah abah mmg tenang.walaupun rumah abah ni bukanlah kampung pendalaman tapi suasana pada waktu ni boleh hilangkan serabut kelapa kat kepala aku ni.sebelum2 ni,waktu2 mcm ni bila hubby keje malam,aku tgh berkepit kat bawah ketiak mak.berbual,ketawa sampai mata terlelap.tapi sekarang,hanya dapat berbaring di katil mak bersama anak2 dan kenangan aku.sungguh,aku rindu......

Kali ni aku nak cerita apa yang wat aku rindu sangat kat kampung yang x berapa nak rupa kampung ni,hahaha....normal,bila dah dok kampung pagi2 dah dgr kokokan dan sahutan ayam jantan.anak ayam berdecit2 kejar ibunya mencari makanan.burung terkukur pun ada gak menyibuk nak bunyi.bila g kedai,jalan shortcut kat belakang rumah ntah sape2,kena kejar angsa.kadang2 anjing pun kejar.

Kalau xde air,bole terkedek2 g perigi.nanti awal2 pagi lepas solat subuh,mak dah berangkut kain baju utk disental kat perigi.mak xnak g lambat sbb nnt kitaorg kepanasan kena matahari.depan perigi plak ada sungai.tempat aku berkubang ngan sedara mara aku sampai kena lastik ngan atuk aku.

Bila xde bekalan elektrik,kitaorg duduk la adik beradik depan lilin main bayang2.nanti mak cerita macam2 kisah.tapi bab nak g jamban mmg x best sbb jamban kat luar.nak berangkut air,nak berteman,nak berlilin...hahaha,kelakar.jamban plak bawah pokok jambu air ngan durian yang sememangnya besar gilos.bila pokok tu berbuah,mmg lecak kat tanah jela buah jambu tu.

Jalan nak masuk kampung plak,kiri kanan pokok getah.mmm,kira estet la.jalan pun x berturap.teksi mmg xnak masukla kampung ni malam2 hari.masa kecik2 mak ngan abah blm mampu nk beli keta atau motor.jd kalau nk g belanja atau balik singapore,kenalah menapak keluar kampung.xpun tumpang orang n mak abah byr tambang.

Tapi sekarang ni,kampung aku dah xbest.depan rumah yang dulunya pokok getah,dah togel pun.simpang masuk kampung dah jd tapak kilang.kampung yang dulunya ramai yang xtau tapi sekarang dah boleh nampak dari highway pasir gudang.lapang beb.









Abih dah togel kampung aku.........hmm,lagi 5tahun ti jadi apa la gaknya ek.mcm mnla ngan penduduk setinggan kat cni.gaknya ti sungai yang dulunya tmpat aku berkubang kena tambus.haish,rindunya zaman dulu2...........nak jadi kecik semula bole x ek?hihihi.....


Monday, January 2, 2012

BALIK KAMPUNG...OoOoO...BALIK KAMPUNG

Posted by erienaerin at 11:50 PM 2 comments

Selamat tahun baru di ucapkan kepada pakcik selamat dan mereka2 yang selamat,ahakz....apa aktiviti yang korang wat cuti2 ni?aku?guwe balik kampung,ohoi....hubby kerja jadi aku bawak ler anak2 aku balik kampung.adik aku blm balik asrama jadi dia la yang teman mak kat rumah,aku g merayap,hahaha.....

 Sebelum balik kampung,posing dulu kat depan bunga2 yang aku ternak tu,hahaha....bunga orkid yang telah togel pun.
 Handsome kan anak aku?haha...eh,anak aku suka hati ar nak puji.xkan aku nak suruh orang yang puji lak.
 Haaa,ni tempat abah aku letak bot...tong2 tu guna untuk ternak kupang.tapi bukan abah aku yang ternak.abah aku tangkap ikan je....
Tu dia.....Encik Hasim yang hensem,hehehe....
Sibuk sangat nak naik bot atuknya.....x gerak pun xpe,janji dpt naik lorh.....

Ni adik sedara aku.dia la yang masak kan untuk abah ngan adik aku.rumahnya sebelah je ngan rumah abah.
Sama tak muka kitaorang?dah sedara mara,mesti la sama kan....ngeee....
Sebelum balik,nyibuk tengok diaorang ni ngemas ngan bakor dedaun kering
Aktiviti bergotong royong,huhuhu....
Gemuk eh?hahaha....ada aku kisah?
Awek2 ni,anak kepada adik sedara aku...dalam istilah lain,semestinya la anak sedara aku

Sebenarnya x jauh pun kampung aku....dalam beberapa kilogram kilometer je.boleh g balik 5x dalam 1 hari.tapi apa kejadahnya ulang alik 5x ye x?xde motif langsung.ada masa ti nak balik lagi.nak g honggat pokok rambutan belakang rumah abah.dah berwarna warni tu.nyum~nyum.....ti sembang lagi.anak guwe mau bobok.daaa......

Thursday, October 6, 2011

RUTIN HARIAN JIRAN AKU.....kepo seh...

Posted by erienaerin at 10:23 AM 0 comments
Start dari kol 5am,mesin basuh jiran sebelah aku dah bunyi....gedebang~gedebung~gedebang~gedebung....di ikuti plak jiran belakang aku.ti dengar plak suara emeknya panggil anak2 suruh bangun,mandi n solat.....jiran sebelah n belakang ni,suri rumah sepenuh masa.

Nanti terdengarlah bising sikit sbb nak siapkan sarapan.bermula la bunyi lesung,bunyi blender,bunyi cerek....AKU?juz bunyi cerek jela....hubby breakfast roti+milo je.xnak makan yg berat katanya pagi2 ni.ti badan rasa malas nak wat keje sbb perut dah padat.kalau nak breakfast nasi@mee goreng,hujung minggu je.

Terbit je matahari,jiran belakang dh siap2 nk hanta anak ke sekolah.jiran sebelah kanan plak meneman anak n suami hingga ke depan pagar.jiran belah kiri aku,suami isteri bekerja....anak2 plak 2 bekerja n 2 sekolah lagi.jadi,rumahnya agak sepi kecuali waktu anak2 nak kesekolah atau anak2 bergaduh,hihihi....masa tu baru ada bising sikit.

Dalam kol 8 lebih,jiran kanan aku akan mula menjemur baju,sapu sampah,siram pokok n susun pokok2 kecil depan rumah dia.jiran kiri aku pun akan siram pokok.kadang2 terdengar la perbualan ringkas antara jiran kanan dan jiran kiri aku.xpun bunyi jiran aku panaskan enjin keta atau motor.AKU?hubby dh g keje aku masuk rumah ler...on tv,tgok kartun.kalau membasuh baju pagi je aku menjemur waktu mcm ni tapi biasanya aku wat masa malam.jadi siang aku x banyak keje.tinggal masak je.

Dekat tengahari,jiran kanan dan jiran belakang aku akan mula memasak.maklum ler,di rumah mereka ada yg bekerja dan bersekolah.jadi,makan kena ikut waktu ler....12tghri,waktu makan...nanti terdengarlah jiran kanan aku sedang memasak.jiran belakang pun sama.

Aku pulak,kol12 baru mula nak masak...hubby balik mkn kol1.....anak2 dah siap mandi,buka kartun untuk zikry baru la masak.pas makan tengahari,aku tgok tv n tidur la sama anak2 aku.waktu2 mcm ni aku x pasti jiran aku watpe.

Dah petang masa nak masuk asar....jiran belakang sibuk semula di dapur.jiran sebelah kanan aku plak akan mula membasuh lagi.mesti aku akan dengar dia cakap 'kerja mak x siap2 lagi ni"....jiran kiri?x perasan.sbb kakak sebelah kiri aku dia kerja ikut shift....jadi jarang sikit la nak bersua...aiceh...

Dalam kol 6lebih,kadang2 aku nampak anak jiran belakang aku berbasikal dgn ayah mereka di depan rumah aku.jiran kiri aku,kadang2 melepak di luar rumah.jiran kanan?masih ada kerja di dapur.....

Hmm 2 jela serba sikit kisah jiran aku.di pagi hingga petang hari....kesian diaorg,banyak keje SETIAP HARI.siang hingga malam ada keje.ti anak2 aku dah besar gitu la gamaknya aku kena kot.haish,pendek kata,selagi x tutp mata,ada je kerja.silap2 malam ngigau lipat baju atau iron baju,huahuahua....
 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting