Saturday, December 31, 2011

U KNOW MERAPU?HUH...........

Posted by erienaerin at 10:00 PM 2 comments
bila tengok tarikh.......fuhh...lama dah x wat entry.aku mmg bz bangat deh...lagi pun dok terperuk kat rumah,idea pun x mai g....aku xtau nak citer pasal apa.nak citer pasal kucing,aku x bela kucing.nak citer pasal ikan emas ke kumbang berlaga pun,aku x ternak menatang tu.

Hmmm,nnt cari mood lebih2 sikit,baru bole kepo2 g.menulis sbb suka2,jadi....update blog time suka2 la jugak,huhu......arghhhh!!aku benci wat entry masa xde mood.macam budak tadika jwb peksa spm plak.hampeh....

Friday, December 16, 2011

KERANA MULUT SENDIRI BINASA

Posted by erienaerin at 10:58 PM 2 comments
Sepasang suami isteri berjalan2 di tepi sungai...mereka kelihatan amat lesu sekali.si isteri yang kepenatan menarik tangan suaminya untuk duduk di bawah pohon yang teramat besar.sambil bersandar si isteri berkata,

"Besar nak mampuih ha pokok ni kan pak nya.pokok ke KLCC ni?hahaha!!!"....si isteri ketawa dengan rabaknya.
"Awak ni mak nya,mulut tu cakap biar la elok sikit.dah la kita tumpang berteduh di bawah pohon ni,awak lagi nak mengomel bukan2....pasal mulut awak ni la kita selalu dapat malang.duduk diam2 kat situ,jangan nak memeningkan kepala hotak berjambul saya ni"........balas si suami yang telah duduk bersandar sambil cuba melelapkan mata.

Si isteri terasa bengang kerana suaminya tak melayan omelannya.sambil duduk2,matanya meliar kesana sini.kepalanya memikir2 dimana mereka akan bermalam hari ini.hidup mereka tidak tentu hala setelah di halau oleh orang kampung gara2 mulut si isteri yang mcm puaka tebing biru ni.ada ke patut dia fitnah bini imam ada skandal dengan bai jual karpet.biasanya fitnahnya terhadap org kampung menjadi tapi tidak untuk kali ini.di sebabkn tidak tahan dgn kerenahnya,penduduk kampung sepakat menghalau mereka suami isteri.

Tiba-tiba mata keponya terpandang benda yang berkilau....

"Eh,apa kejadah tu?"....dengan gelojohnya dia meluru.
"Pergh.....telur puyuh emas tuuu!!!!pak nya,mari sini.awak tengok ni,telur puyuh emas"...katanya dgn gumbira.
"Mana awak jumpa ni?pulangknla.bukan hak kita pun"...balas si suami
"Awak ni gila ke bodoh?dahla kita tgh merempat,kebulur...kita jual je,mesti kaya!!"...sergah isterinya.
"Jadi manusia tu,biarlah jujur...merempat pun merempatlah janji kita tak ambil hak orang"....

Tidak semena2 terdengar suara garau berkata,

"WAHAI MANUSIA,KAMU AMAT BERTUAH KERANA TERJUMPA TELUR PERMINTAAN.GUNAKANLAH IA SEBAIK MUNGKIN.1 TELUR,1PERMINTAAN...GUNA LAH KETIGA2NYA UNTUK KEBAIKAN KAMU............"

Si isteri dengan gembiranya dan x sabar2 nk menggunakan telur itu.di bersungguh2 inginkan 1set barang kemas HABIB SEWEL yang mahal.si suami menasihatinya agar berfikir dgn bijak.baik minta wang ringgit untuk kaya,dah confirm bole beli banyak2.tapi isteri ttp berdegil,mereka bertekak dan terus bertekak.sampai telur pun naik retak.

Disebabkn hilang sabar,si suami terlepas kata,"ko ni,xde mulut lagi bagus ar!!bosan aku dengar ko memekak!hari2 nak bertekak ngan aku"....dengan tidak sengaja,sebiji telur permintaan jatuh ke tanah dan pecah.lalu.......

PLING!!!!

Uit?mulut isterinya hilang?hahaha,si suami ketawa terbahak2 melihat isterinya meronta2 sambil menangis tapi xde suara yang dengar sbb mulutnya xde.si suami gembira sambil berzapin kerana inilah pertama kali dalam hidupnya dia merasa aman...........tetapi tidak lama.di pandang isterinya penuh kasihan.di tenung telur yang berada di depannya....tinggal 2,apa yang patut aku buat?pentingkan diri sendiri atau pulihkan isterinya?dia berkira2...si isteri datang menumbuk badannya.dengan nekad,si suami meminta,

"Aku minta mulut untuk isteriku!!"....

PLING!!!!

Terdengar dengungan seperti lebah di depannya....hah!!!badan si isteri penuh dengan mulut.mukanya juga.OMG!!!apa yang aku minta ni...si isteri membebel dengan mulut yang banyak itu.aduhhhhh,pening kepala si suami.1 mulut dia tak tahan ini kan pula mulut yang penuh 1 badan.di ambil telur yang tinggal lagi sebiji tu,si suami meminta...

"Aku minta,mulut isteri ku kembali sedia kala!!"....

PLING!!!!

Mereka memandang sesama sendiri.isterinya telah kembali normal....tetapi masing2 di landa kekesalan.tidak tahu mahu salahkan siapa.suami yang salah atau isteri yang salah.hrmmm,suami memikir,kenapala aku menghampakan isteri ku.si isteri pula,memikir kenapala dia x pernah bersyukur memiliki suami yang penyabar dan tidak mementingkan diri sendiri.akhirnya,mereka diam seribu bahasa dan bersandar kembali dipokok yang besar itu.

Hmmm,ni la akibatnya kalau dah xde idea....merapu je la kejenya....tapi,aku x suruh pandang merapu tu,sila pandang isi tersurat dan tersirat ye.oh yea....MAHARAJA LAWAK MEGA dah start.adios!!nanti aku merapu lagi ye,PEACE YOOO!!!


Thursday, December 15, 2011

GADIS YANG DIGELAR MAHADEWI MALAS

Posted by erienaerin at 8:39 PM 2 comments
Pagi-pagi lagi telah terdengar pengumuman di hujung kampung .semua penduduk kampung di minta berkumpul di balai raya.penduduk kampung yang tercengang2 mula berkumpul.ada yang tidak berselipar,mata yang masih terpisat2,aik?yang berjalan sambil memberus gigi pun ada?hmm,semua sedia maklum dengan perangai gonjeng ketua kampung itu.sesuka hati beliau bila ingin memanggil penduduk untuk berkumpul.tak kira waktu plak tu.hatta di awal pagi pun beliau sanggup,semata2 untuk meminta penduduk mencari gigi emasnya yang hilang.huh!!

Setelah penduduk Kampung Lalang  berkumpul,tak kira la yang duduk atas tanah lot atau tanah setinggan.semua berdiri tegak ala-ala ingin menyanyikan lagu negaraku.kelihatan kepala ketua kampung yang tersenguk2 kerana kepenatan menunggu anak2 buahnya datang.bila tersedar,beliau pun berdiri dengan gaya macho sambil menyikat misainya yang melentik macam A.Galak tu.

"Pada hari ini,saya ingin membuat pengumuman,bahawa saya ingin mengadakan pertandingan.gadis2 yang merasakan dirinya malas tahap kodok ngorok,sila tampil kehadapan!!!"......suasana sepi seketika.hanya kedengaran bunyi angin bertiup sepoi2 budi bahasa."Ulang suara,sesiapa yang rasa dirinya malas,sila tampil kehadapan!!sesiapa yang menang,hadiahnya amat menarik,tertarik,memang da boom!!berbaloi untuk jejaka kampung"........kelihatan,separuh anak gadis dari keseluruhan bilangan anak gadis kampung tampil kehadapan.

Ketua kampung merasa malu tahap pokok semalu.beliau memikir2 sambil tersenyum bajek hensem.pasti kali ini,agenda beliau menjadi.hihihi...."untuk kesejahteraan kampung,aku mesti bertindak".begitulah kata hati kecil beliau yang hanya boleh didengar oleh dirinya sendiri.

Setelah melalui ujian saringan ,hanya 3 yang benar2 layak ke pusingan akhir dan akan di gelar MAHADEWI MALAS....!!hahaha.......ketiga2,gadis itu diberi tempat penginapan selama 7hari 7malam,complete dengan makan free yang di hantar tuu.baju2 yang cukup,serta dapat menonton ASTRO B-YOND dan boleh melanggan ASTRO FIRST ikut suka hati diaorang.fuhh!!mmg selesa la untuk,seminggu.

Setelah pertandingan bermula,semua penduduk balik ke rumah masing2.mereka tidak sabar menunggu 7hari itu berlalu.ini bukan rancangan MASTER CHEF atau AKADEMI FANTASIA jadi tak perlu pasang CCTV di tempat penginapan..........

7hari telah berlalu,masing2 menunggu dengan debar.sebab ada plak penduduk yang sempat betting sape yang menang.di pagi jumaat yang ceria itu,ketua kampung berjalan menuju ke arah mereka.dengan lafaz Bismillah....pintu bilik dibuka............

BILIK PERTAMA
Kelihatan gadis itu sedang bersarapan.kain baju kotor terkumpul didalam bakul.pinggan mangkuk x berbasuh,berlonggok di atas sinki,lantai x bersapu.nak mop?lagi hampeh.ops,bilik airnya bersih."gadis ini rajin bangun pagi tapi malas mengemas"...begitulah ketua kampung berkira2.

BILIK KEDUA
Ish,teruknya bilik!!kain baju bersepah,pinggan mangkuk kat atas sinki,x bersapu,tempat tidur siap ada makanan.bakul sampah xde sampah tapi sampahnya kat atas lantai.bilik air dah macam tandas awam.gadis itu?sedang tidur laaa.apa yang dia boleh buat ni??betul2 malas.

BILIK KETIGA
Biliknya berhabuk,bau masam peluh terpempam....bilik air kotor.biliknya gelap,air cond tidak  terpasang.kelihatan makanan yang di hantar,tidak terusik.aik?gadis itu sedang menggigil diatas katil.adakah dia sakit?ketua kampung masuk bersama isterinya.beliau bertanya,"adakah kamu sakit?"....geleng..."apakah makanan itu tidak sedap?"....geleng lagi...."jadi?mengapa kamu tidak makan?"........jawab si gadis poyo bermuka cun gila itu dengan terketar2...."sesungguhnya saya sangat lapar,teringin menonton tv LED itu,teringin merasa kesejukan air-cond itu tetapi..........SAYA SANGAT MALAS UNTUK MENYUAP MAKANAN,MALAS MENGAMBIL REMOTE TV DAN AIR-COND ITU......"ketua kampung terbuntang biji mata!!

Selepas keluar dari bilik itu,ketua kampung dengan lantangnya bersuara bahawa baliau telah bertemu dengan pemenangnya......hadiahnya ialah,"KO BERAMBUS DARI KAMPUNG NI.AKU MENYAMPAH TENGOK MUKA ORANG PEMALAS MACAM KO!!BINAWE BETUL.TAK PERNAH AKU JUMPA ORANG YANG PEMALAS MACAM KO NI,HARAP MUKA JE CUN TAPI??.....ARGH,X PENTING SEMUA TU.YANG PENTING,KO NGAN KELUARGA KO,NYAH HARI INI JUGA!!!"

Haaaa,moral citer ni ialah,G SEKOLAH BELAJAR PENDIDIKAN MORAL LA,hahaha....aku?malas yang biasa2 aje.xdelah cenggini ko....biasala,mana ada org yang super duper rajin.dah penat,aku relax ar tdo.xkan aku nak kerah tenaga aku macam buruh paksa plak 24jam,huhuhu....hmm,cukupla aku melalut rini.ti aku melalut lagi,hihihi.....

Saturday, December 10, 2011

AKU XNAK CERITA TAPI....HMM PERLU KE?

Posted by erienaerin at 11:59 PM 0 comments
Gila babeng pnya penat daa arini.aku rasa klu washer machine tu bernyawa,maunya dia muntah terbelahak ar.mau taknya,dari pagi tadi aku membasuh.segala yang aku rasa patut dibasuh,aku sumbat.yang tak patut pun,aku humban jgk.last2 dh kering,aku plak yg rasa nk muntah ngadap nk melipat baju.kenapa la xde org cipta mesin melipat pakaian,confirm semua surirumah minta laki diaorg beli.

Aku xde xtvt rini,tu yang memenatkn badan.sementara ada adik aku,lala ada kat rumah bantu aku uruskan mak,aku g alihkn almari,katil,meja makan,ice box,susun balik bilik tamu,ntah apa2 la gilos aku ni.dah nk kol6 keje x siap lg.last2  aku stop dulu.surrender utk arini.sok sambung lg.sbbnya,Aqilah dah nyanyi lagu mentari merah di ufuk barat,hahaha.....

Bila dh petang,sibuk plak ngan anak,last2 pokok bunga aku x berjirus.ops lupa plak,aku ada ternak pokok bunga...ternak?hahaha...hubby nk ada pokok bunga kat rmh,jadinya,aku la yg kena peliharakan.mak aih,aku gak jd mangsa.nasib baik bunga orkid laa...jd lasak sikit.

Mula2,idok la teman berkenan ngan bebunga ni.bila dh ada kat rumoh,teman layan jela.hikhikhik....ok,sebenarnya dalam banyak2 bunga,antara jenis bunga yang aku suka ialah bunga orkid ngan mawar.tapi mawar ni bunganya x tahan jadi,x payah la nak menyemak kat rumah.kang,semua pokok togel je xde bunga.jadi,baik letak orkid.pokok yang lasak,bunga pun tahan lama.ti ada masa,sebelum kuntum2 bunganya arwah,aku tayang bebunga aku,tu pun kalau aku rajin la ye.

Aku kat rumah lebih suka tengok kartun,tido n masak.memang malas nak bercampur sangat ngan org.maklum ler,x semua org ni hati,isi perut baik.bak kata bob bawal power,mulut manis j***r masam.pagi bila dah bangun,aku mmg x buka tingkap dulu.aku wat apa yang patut.nak masak,baru aku buka pintu tingkap.jadi aku tau la sape yang bersarapan umpat org.berlenggang kangkung di pagi hari bertandang rumah jiran.lepas sorg,sorg di umpatnya.aik?aku yang x campur org pun kena?ni kan plak,yang bersembang ngan dia tiap2 petang....huhuhu kesian...poning2.
 
Hmm,sayang...solat,insyaAllah x tinggal siap terpekik2,ei dot,dot,dot sembahyang!!!....,mengaji Quran,alhamdullilah rajin tapi bab mengata,menyindir tu jadi kebiasaan kat mulut yang dah kerepot.x boleh tinggal.kenapa mesti nak jadi manusia yang suka mencari salah manusia lain?sedangkan bukan tugas kita untuk memberi markah tentang kebaikan dan keburukan org lain.apa?kiri kanan ko,ko yang catit sendiri ye?

Ish,aku ni teremosi plak.hmm,aku x kisah apa pun.ko nak mengata ke nak menyindir ke lantak ko la.mulut jamban kan,ada t**k isi la penuh2..kita hidup pun,bukan tau bila matinya...kang tgh sedap2 mengata anak org,mati katak plak.x sempat nak minta maaf.dh tua pun,xkn x khatam g bab hidup berjiran?aku?ish mls nk citer,kang korang kata aku ni ikut ajaran sesat plak,hahaha.....

Apa2pun,aku tulis ni sekadar untuk meningatkn diri aku sendiri yg mudah alpa.jangan la menyakiti hati jiran kita.seandainya senyuman yang aku beri membuatkan modal untuk ko mengumpat aku,sumpah aku xkan senyum ngan ko lagi.kalau aku senyum pun ko dah boleh wat modal mengumpat,apatah lagi kalau aku bersembang.adeh.....x faham la manusia macam ko ni.DAHLA RINA OI....AKU LAGI X FAHAM NGAN KO NI,TADI CITER POKOK,KNP PLAK KO NGUMPAT ORG NI???hmm,yela2 baik aku membuta lagi baik.kang terlebih plak ngumpat org.

Thursday, December 8, 2011

SENJA YANG MENDEBARKAN

Posted by erienaerin at 11:50 PM 3 comments
Pas mandikan mak petang tadi,aku suap mak makan mcm biasa sambil tu aku bercerita la ngan mak aku.pastu,aku tengok mak macam lain cara percakapannya.aku tenung mak lama2,confirm!!aku x faham butir tutur kata mak.aku panggil2 mak,mak x sahut.mak bercakap lagi tapi aku masih x faham.tangan ngan kaki mak x boleh gerak,makanan yang dalam mulut makin perlahan di kunyah,akhirnya terhenti.............

Kol 6petang,aku call adik ngan kakak aku tapi x dapat.aku call abah suruh siap2 ti aku amek kol6.30.kebetulan plak adik aku,mama sampai.aku terus g rumah abah.sampai je kat rumah abah,makcik aku nak ikut.aku bawa la sekali,tapi tiba2 mama call sambil menangis.aku kaget!!mama jarang menangis bab hal remeh temeh tapi kenapa dia menangis??

Sampai je rumah,bilik mak dah terabur barang2.cadar,bantal ngan tilam basah kena muntah.mak lemas sbb muntah masuk hidung,mak kena kancing gigi lagi.patutla mama menangis.....keadaan mak agak teruk berbandingkan semalam.sedih tengok mak macam ni.

Aku xtau kenapa keadaan mak macam ni.mak lapar ke?mak penat ke?lambat makan ubat ke?mak jatuh?hmmm,xde plak.nanti aku nak cari kat GOOGLE,kenapa keadaan macam ni boleh terjadi dan langkah2 yang patut aku buat kalau mak kena macam ni lagi.aku xtau nk citer apa lg sbb aku tgh blur skrg ni.risau mak kena lagi mcm td.skrg ni,mak masih blm ok sgt.

Apa2 pun,aku berterima kasih pada cik nura n ikhmal,cik ling n suami,cik ju n miera,asit sekeluarga,mak uda n azam.terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat mak tadi.mudah2an mak cepat sembuh.berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.karam singh walia,TV3......eh,eh,eh silap plak.ingat ni program BERSAMAMU?hampeh...yg penting,MOM,I LOVE U!!!


Tuesday, December 6, 2011

AKU ANAK NELAYAN

Posted by erienaerin at 11:30 PM 0 comments
Kol 10 pagi sepatutnya dah kena ada kat klinik tapi kol11 aku baru sampai.biasanya waktu2 camni x ramai org.tapi tidak untuk hari ini,aiceh....lama gak aku melangok kat klinik.JK ada 3org je,yg nak di periksa ramai.mana nak nak check baby,nak check org mengandung lagi.jadi,kena tunggu ngan sabar.diaorg layan dengan senyuman beb.xkan nak wat muka cam haramjadu plak kan?huhuhu....

Aqilah kena injection untuk kali yang ketiga rini.caya lah anak Ummi,wat muka selamba je,huhuhu...Zikry yang takut tengok adik dia kena inject.Masa zikry,hubby suruh wat checkup kat klinik panel,mmg jauh la beza.aku rasa kat klinik kerajaan lagi best la kot.injection dah semestinya free pastu diaorg tgok keadaan dan perkembangan baby.jadi,x payah ler bawak anak g klinik panel,membazir.....!

Balik dari klinik,dok melangok pk nk masak apa,aku dengar mcm bunyi pelik kat bwh sinki.mmg suspen gila ar.nak kata anai2,ganas sangat.jeng~jeng~jeng...sekali je,siput sedut daaa....aku lupa gilos semalam aku beli siput.memang dh tua sangat aku ni,hikhikhik....maklum ler,jarang masak siput jd mcm janggal la dengar bunyi2 siput tu.lauk aku rini ialah SIPUT SEDUT MASAK LOMAK CILI PADI...nyum~nyum,sedap kan?memang la sedap,tapi nak sepit kan ekornya tu yang wat eden lomah tu.

Masa kecik2 dulu,kalau nak makan siput sedut ni,abah aku g cari.tapi mak ngan adik aku x makan siput ni.mungkin sbb tu,abah malas nak cari lagi.dulu2 memang best la,nak makan udang ngan ketam pun senang je.ti abah aku g laut mcm g pasar.mmg confirm ada bwk balik pnya.tapi sekarang,sungai sini dah x cantik.kena korek sana sini.kena tambak lagi,jadi ikan,udang ngan ketam dah bawa anak,cucu cicit diaorg lari.

Jadi anak nelayan ni best.ye ar,org lain nak mkn seafood kena kuar duit berpuluh2,beratus2...tapi anak nelayan dapat mkn free je.agak nak makan sedap mcm kat kedai,bawak jela menatang tu suruh org kedai tu masak.ti bayar upah masak je.jadi,dapat la nak kerek sikit kat org meja sebelah,hihihi...

Abah aku dah lama jadi nelayan.sejak sebelum kahwin lagi.kakak aku klua dari perut mak aku pun,kat surat beranak dh tulis abah aku nelayan.sekarang kakak aku dah 31tahun,lama kan?kalau kerja darat,abah dah boleh kuar EPF pun.kakak aku pernah tanya kat abah,xnak ke kerja jadi security guard?abah gelak je,ti mesti dia cakap,"NAK SURUH ABAH JADI GUARD KE NAK SURUH ABAH G KERJA PASTU TIDO?"....x mencabar la maksudnya tu,huhuhu...

Tapi sekarang ni,musim hujan.cuaca pun memang x elok la.kesian abah,x kelaut.tu jelah mata pencarian abah.kalau sebelum2 ni,mak ada untuk membantu abah.tapi sekarang,mak terlantar sakit.abah susah mcm mana pun,dia xkn minta anak2 duit.minta makan jauh sekali.nasib baik la,adik ngan kakak aku ada.kalau x,teruk juga abah kena kuar duit belanja untuk pampers mak.aku?hmm,aku x bekerja jadi aku kurang membantu dari segi kewangan tapi ditukar kepada tenaga menjaga mak.

Tapi alhamdullilah,walau sukar mencari nafkah,mak ngan abah dah membesarkan kami 6beradik.berjaya atau x kitaorg,bukan urusan org lain dan bukan salah mak ngan abah.yang penting,kitaorg jadi manusia bukan jadi org2 yang kat sawah tu,huahuahua....!!menagarut je la kerja aku.






Saturday, December 3, 2011

NAK RACE KE NAK PENAMPOR 125Z?

Posted by erienaerin at 4:38 PM 0 comments
"Hujan oh hujan kenapa engkau turun?mcm mana aku tak turun,katak panggil aku"...huh,mengarut sungguh!katak plak yg panggil.klu cmtu,tempat yg tgh banjir skrg ni,bnyak katak la kot,huahuahua....eh,udah,udah ler tu katak.

Aku tgh penat gaban dh ni.sape kata surirumah x penat.aku SURIRUMAH BUKAN SURIHANI,hehe...dh bape hari hujan kat tmpt aku.Alhamdullilah....klu x,mlm nk tdo bahang gilos weh...ms mcm ni la tdo rasa xnk bangun je.nk berbungkus kat katil tu.mak oi?kang terus kena bungkus ikat 5 baru tau.ish....

Berbalik kpd kepenatan aku tadi.aku kepenatan keluar masuk angkat jemuran+wat keje rumah+basuh pinggan mangkuk+basuh baju.eh,tahan aku semua nk citer..wawawawa....tgh penat pun on9?mestila...hilangkn stress kejap.rasa cemburu plak tgok anak aku tdo.cuma Aqilah ni,dia tdo tapi terkuit2 kat dlm buai.baru aku nk lelap,muncul  plak manusia yg baik budi pekerti ni bakar2 motor.bukan bakar hangus tu,klu tu senang hati aku xdelah memekak lagi lubang telinga aku.ni bakar2,pulas minyak...x kira waktu plak tu,pagi,tghri,petang n mlm.aku apalagi,buka je pintu,"OI,XDE OTAK KE APA?SUKA2 HATI KAU NK MEMEKAK.KLU AKU NI PEKAK XPELA KO NAK MEMEKAK!!eh?aku mrh ke jual pantun?hihihi...tapi tu dlm hati je.aku ni waras lg.xde nya nk sound org tapi jgn sampai sabar aku hilang sudah.maunya ke sabah budak ni kang aku terajang.klu ikut kepala otak aku,mmg mkn maki la ko hari2.nasib baik mengenangkn aku dok cni lama.klu x,petak kepala kau hari2 aku maki.

Normal la hidup berjiran ya x?tapi kalau berjiran ngan org yang xde sensitif ni susah la der....respect sikit ar kan.dahla mak aku tu terlantar sakit,x payah ar ko nk memekak ngan motor ko tu hari2.apa?mentang2 rini sabtu mlm minggu,ko nak memekak ngalahkan org setting motor nak men JMC?cipan...x puas hati jom ar open!!hahaha...ayat ko,x hengat.ish,udahla tu.toksah nak mengepo pasal jiran2.x baik...PERINGATAN UNTUK AKU YANG ALPA.tapi aku bengang siot ngan dia...eh!aku kata sudah tu sudahla.x reti2 bahasa ke?x ingat ke?Jiran muafakat mendapat umpat berkat.hmm,yela2.....

Dan akhirnya,diwaktu ini,aku tgh terkebil2 mengenangkan masa yang dh terlepas.kenapa?sayang la weh x tdo td.tu kan hobi aku!!sob~sob~sob....oh hujan,turun la lagi.OI KATAK!!CEPAT LA PANGGIL HUJAN LAGI.BIAR MALAM KANG HUJAN LEBAT!!huhuhuhu....nak balas dendam tdo aku ni..kuikuikui...


Thursday, December 1, 2011

DISEMBER@DECEMBER

Posted by erienaerin at 11:22 PM 2 comments
Masuk je December,maknanya hampir ke penamat 2011 dah.masa tahun lepas,waktu2 mcm ni aku tgh mabuk2 daa.bukan mabuk laut tapi mabuk ngada2 org mengandung.hikhikhik.....aku cuma mabuk masa masak je ok.bau goreng2 tu memualkan.tu pun sebulan je.pastu aku ok.kembali normal n kuat mkn.

Hari ni plak,Alhamdullilah....Aqilah sihat dan x byk ragam.29hb,November.2011,Aqilah genap 5bulan.perkembangan?dh merangkak sikit2.tapi di dera dek hero cilik aku ni.baik2 nak merangkak terus melalak.dtg geram dia,habis Aqilah kena gigit.

Zikry plak nk dekat 3tahun.perkembangan?dh boleh berbual walaupun ayat dia x brp nk faham,huhuhu....dah tahu guna tandas klu nk buang air kecik@besar,tau warna hijau,pink,biru,tau nama ahli keluarga,kira 1-10 tapi ikut mood dia.kalau dtg angin x baik dia sebut hentam je mcm nak bagi no ekor,huhuhu...kalau g kedai,pas amek brg mesti dia letak duit kat cashier walaupun duit tu RM1.kira oklah tu kan.sekurang2nya dia faham nak beli barang kena ada duit.kadang2 klu ada 50sen pun dia ajak ayahnya g KFC,hahaha....!!!

Minggu depan kena bawa Aqilah g check-up.ntah berapa la berat anak aku ni,huhuhu....jgn x naik sudah.kadang2 rasa mcm x percaya je aku ada 2org anak.bila Zikry dtg kat aku,ti dia ckp,"UMMI,NK CIUM"...ti aku jawab"EH,ANAK SAPE NI?ANAK APEK EA?".......ti Zikry marah,"BUKAN!!ANAK AYAH!!"...hahaha....

Syukur Alhamdullilah.pada usia yg hampir bertambah lagi,zuriat pun dh bertambah.mudah2an,kesabaran aku pun akan bertambah.aik?banyaknya ayat bertambah?hahaha!!!hmm,rasanya sampai sini jela aku merepek.ntah apa2 jela n3 aku rini.apa2 pun,adios!!






 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting