Saturday, December 31, 2011

U KNOW MERAPU?HUH...........

Posted by erienaerin at 10:00 PM 2 comments
bila tengok tarikh.......fuhh...lama dah x wat entry.aku mmg bz bangat deh...lagi pun dok terperuk kat rumah,idea pun x mai g....aku xtau nak citer pasal apa.nak citer pasal kucing,aku x bela kucing.nak citer pasal ikan emas ke kumbang berlaga pun,aku x ternak menatang tu.

Hmmm,nnt cari mood lebih2 sikit,baru bole kepo2 g.menulis sbb suka2,jadi....update blog time suka2 la jugak,huhu......arghhhh!!aku benci wat entry masa xde mood.macam budak tadika jwb peksa spm plak.hampeh....

Friday, December 16, 2011

KERANA MULUT SENDIRI BINASA

Posted by erienaerin at 10:58 PM 2 comments
Sepasang suami isteri berjalan2 di tepi sungai...mereka kelihatan amat lesu sekali.si isteri yang kepenatan menarik tangan suaminya untuk duduk di bawah pohon yang teramat besar.sambil bersandar si isteri berkata,

"Besar nak mampuih ha pokok ni kan pak nya.pokok ke KLCC ni?hahaha!!!"....si isteri ketawa dengan rabaknya.
"Awak ni mak nya,mulut tu cakap biar la elok sikit.dah la kita tumpang berteduh di bawah pohon ni,awak lagi nak mengomel bukan2....pasal mulut awak ni la kita selalu dapat malang.duduk diam2 kat situ,jangan nak memeningkan kepala hotak berjambul saya ni"........balas si suami yang telah duduk bersandar sambil cuba melelapkan mata.

Si isteri terasa bengang kerana suaminya tak melayan omelannya.sambil duduk2,matanya meliar kesana sini.kepalanya memikir2 dimana mereka akan bermalam hari ini.hidup mereka tidak tentu hala setelah di halau oleh orang kampung gara2 mulut si isteri yang mcm puaka tebing biru ni.ada ke patut dia fitnah bini imam ada skandal dengan bai jual karpet.biasanya fitnahnya terhadap org kampung menjadi tapi tidak untuk kali ini.di sebabkn tidak tahan dgn kerenahnya,penduduk kampung sepakat menghalau mereka suami isteri.

Tiba-tiba mata keponya terpandang benda yang berkilau....

"Eh,apa kejadah tu?"....dengan gelojohnya dia meluru.
"Pergh.....telur puyuh emas tuuu!!!!pak nya,mari sini.awak tengok ni,telur puyuh emas"...katanya dgn gumbira.
"Mana awak jumpa ni?pulangknla.bukan hak kita pun"...balas si suami
"Awak ni gila ke bodoh?dahla kita tgh merempat,kebulur...kita jual je,mesti kaya!!"...sergah isterinya.
"Jadi manusia tu,biarlah jujur...merempat pun merempatlah janji kita tak ambil hak orang"....

Tidak semena2 terdengar suara garau berkata,

"WAHAI MANUSIA,KAMU AMAT BERTUAH KERANA TERJUMPA TELUR PERMINTAAN.GUNAKANLAH IA SEBAIK MUNGKIN.1 TELUR,1PERMINTAAN...GUNA LAH KETIGA2NYA UNTUK KEBAIKAN KAMU............"

Si isteri dengan gembiranya dan x sabar2 nk menggunakan telur itu.di bersungguh2 inginkan 1set barang kemas HABIB SEWEL yang mahal.si suami menasihatinya agar berfikir dgn bijak.baik minta wang ringgit untuk kaya,dah confirm bole beli banyak2.tapi isteri ttp berdegil,mereka bertekak dan terus bertekak.sampai telur pun naik retak.

Disebabkn hilang sabar,si suami terlepas kata,"ko ni,xde mulut lagi bagus ar!!bosan aku dengar ko memekak!hari2 nak bertekak ngan aku"....dengan tidak sengaja,sebiji telur permintaan jatuh ke tanah dan pecah.lalu.......

PLING!!!!

Uit?mulut isterinya hilang?hahaha,si suami ketawa terbahak2 melihat isterinya meronta2 sambil menangis tapi xde suara yang dengar sbb mulutnya xde.si suami gembira sambil berzapin kerana inilah pertama kali dalam hidupnya dia merasa aman...........tetapi tidak lama.di pandang isterinya penuh kasihan.di tenung telur yang berada di depannya....tinggal 2,apa yang patut aku buat?pentingkan diri sendiri atau pulihkan isterinya?dia berkira2...si isteri datang menumbuk badannya.dengan nekad,si suami meminta,

"Aku minta mulut untuk isteriku!!"....

PLING!!!!

Terdengar dengungan seperti lebah di depannya....hah!!!badan si isteri penuh dengan mulut.mukanya juga.OMG!!!apa yang aku minta ni...si isteri membebel dengan mulut yang banyak itu.aduhhhhh,pening kepala si suami.1 mulut dia tak tahan ini kan pula mulut yang penuh 1 badan.di ambil telur yang tinggal lagi sebiji tu,si suami meminta...

"Aku minta,mulut isteri ku kembali sedia kala!!"....

PLING!!!!

Mereka memandang sesama sendiri.isterinya telah kembali normal....tetapi masing2 di landa kekesalan.tidak tahu mahu salahkan siapa.suami yang salah atau isteri yang salah.hrmmm,suami memikir,kenapala aku menghampakan isteri ku.si isteri pula,memikir kenapala dia x pernah bersyukur memiliki suami yang penyabar dan tidak mementingkan diri sendiri.akhirnya,mereka diam seribu bahasa dan bersandar kembali dipokok yang besar itu.

Hmmm,ni la akibatnya kalau dah xde idea....merapu je la kejenya....tapi,aku x suruh pandang merapu tu,sila pandang isi tersurat dan tersirat ye.oh yea....MAHARAJA LAWAK MEGA dah start.adios!!nanti aku merapu lagi ye,PEACE YOOO!!!


Thursday, December 15, 2011

GADIS YANG DIGELAR MAHADEWI MALAS

Posted by erienaerin at 8:39 PM 2 comments
Pagi-pagi lagi telah terdengar pengumuman di hujung kampung .semua penduduk kampung di minta berkumpul di balai raya.penduduk kampung yang tercengang2 mula berkumpul.ada yang tidak berselipar,mata yang masih terpisat2,aik?yang berjalan sambil memberus gigi pun ada?hmm,semua sedia maklum dengan perangai gonjeng ketua kampung itu.sesuka hati beliau bila ingin memanggil penduduk untuk berkumpul.tak kira waktu plak tu.hatta di awal pagi pun beliau sanggup,semata2 untuk meminta penduduk mencari gigi emasnya yang hilang.huh!!

Setelah penduduk Kampung Lalang  berkumpul,tak kira la yang duduk atas tanah lot atau tanah setinggan.semua berdiri tegak ala-ala ingin menyanyikan lagu negaraku.kelihatan kepala ketua kampung yang tersenguk2 kerana kepenatan menunggu anak2 buahnya datang.bila tersedar,beliau pun berdiri dengan gaya macho sambil menyikat misainya yang melentik macam A.Galak tu.

"Pada hari ini,saya ingin membuat pengumuman,bahawa saya ingin mengadakan pertandingan.gadis2 yang merasakan dirinya malas tahap kodok ngorok,sila tampil kehadapan!!!"......suasana sepi seketika.hanya kedengaran bunyi angin bertiup sepoi2 budi bahasa."Ulang suara,sesiapa yang rasa dirinya malas,sila tampil kehadapan!!sesiapa yang menang,hadiahnya amat menarik,tertarik,memang da boom!!berbaloi untuk jejaka kampung"........kelihatan,separuh anak gadis dari keseluruhan bilangan anak gadis kampung tampil kehadapan.

Ketua kampung merasa malu tahap pokok semalu.beliau memikir2 sambil tersenyum bajek hensem.pasti kali ini,agenda beliau menjadi.hihihi...."untuk kesejahteraan kampung,aku mesti bertindak".begitulah kata hati kecil beliau yang hanya boleh didengar oleh dirinya sendiri.

Setelah melalui ujian saringan ,hanya 3 yang benar2 layak ke pusingan akhir dan akan di gelar MAHADEWI MALAS....!!hahaha.......ketiga2,gadis itu diberi tempat penginapan selama 7hari 7malam,complete dengan makan free yang di hantar tuu.baju2 yang cukup,serta dapat menonton ASTRO B-YOND dan boleh melanggan ASTRO FIRST ikut suka hati diaorang.fuhh!!mmg selesa la untuk,seminggu.

Setelah pertandingan bermula,semua penduduk balik ke rumah masing2.mereka tidak sabar menunggu 7hari itu berlalu.ini bukan rancangan MASTER CHEF atau AKADEMI FANTASIA jadi tak perlu pasang CCTV di tempat penginapan..........

7hari telah berlalu,masing2 menunggu dengan debar.sebab ada plak penduduk yang sempat betting sape yang menang.di pagi jumaat yang ceria itu,ketua kampung berjalan menuju ke arah mereka.dengan lafaz Bismillah....pintu bilik dibuka............

BILIK PERTAMA
Kelihatan gadis itu sedang bersarapan.kain baju kotor terkumpul didalam bakul.pinggan mangkuk x berbasuh,berlonggok di atas sinki,lantai x bersapu.nak mop?lagi hampeh.ops,bilik airnya bersih."gadis ini rajin bangun pagi tapi malas mengemas"...begitulah ketua kampung berkira2.

BILIK KEDUA
Ish,teruknya bilik!!kain baju bersepah,pinggan mangkuk kat atas sinki,x bersapu,tempat tidur siap ada makanan.bakul sampah xde sampah tapi sampahnya kat atas lantai.bilik air dah macam tandas awam.gadis itu?sedang tidur laaa.apa yang dia boleh buat ni??betul2 malas.

BILIK KETIGA
Biliknya berhabuk,bau masam peluh terpempam....bilik air kotor.biliknya gelap,air cond tidak  terpasang.kelihatan makanan yang di hantar,tidak terusik.aik?gadis itu sedang menggigil diatas katil.adakah dia sakit?ketua kampung masuk bersama isterinya.beliau bertanya,"adakah kamu sakit?"....geleng..."apakah makanan itu tidak sedap?"....geleng lagi...."jadi?mengapa kamu tidak makan?"........jawab si gadis poyo bermuka cun gila itu dengan terketar2...."sesungguhnya saya sangat lapar,teringin menonton tv LED itu,teringin merasa kesejukan air-cond itu tetapi..........SAYA SANGAT MALAS UNTUK MENYUAP MAKANAN,MALAS MENGAMBIL REMOTE TV DAN AIR-COND ITU......"ketua kampung terbuntang biji mata!!

Selepas keluar dari bilik itu,ketua kampung dengan lantangnya bersuara bahawa baliau telah bertemu dengan pemenangnya......hadiahnya ialah,"KO BERAMBUS DARI KAMPUNG NI.AKU MENYAMPAH TENGOK MUKA ORANG PEMALAS MACAM KO!!BINAWE BETUL.TAK PERNAH AKU JUMPA ORANG YANG PEMALAS MACAM KO NI,HARAP MUKA JE CUN TAPI??.....ARGH,X PENTING SEMUA TU.YANG PENTING,KO NGAN KELUARGA KO,NYAH HARI INI JUGA!!!"

Haaaa,moral citer ni ialah,G SEKOLAH BELAJAR PENDIDIKAN MORAL LA,hahaha....aku?malas yang biasa2 aje.xdelah cenggini ko....biasala,mana ada org yang super duper rajin.dah penat,aku relax ar tdo.xkan aku nak kerah tenaga aku macam buruh paksa plak 24jam,huhuhu....hmm,cukupla aku melalut rini.ti aku melalut lagi,hihihi.....

Saturday, December 10, 2011

AKU XNAK CERITA TAPI....HMM PERLU KE?

Posted by erienaerin at 11:59 PM 0 comments
Gila babeng pnya penat daa arini.aku rasa klu washer machine tu bernyawa,maunya dia muntah terbelahak ar.mau taknya,dari pagi tadi aku membasuh.segala yang aku rasa patut dibasuh,aku sumbat.yang tak patut pun,aku humban jgk.last2 dh kering,aku plak yg rasa nk muntah ngadap nk melipat baju.kenapa la xde org cipta mesin melipat pakaian,confirm semua surirumah minta laki diaorg beli.

Aku xde xtvt rini,tu yang memenatkn badan.sementara ada adik aku,lala ada kat rumah bantu aku uruskan mak,aku g alihkn almari,katil,meja makan,ice box,susun balik bilik tamu,ntah apa2 la gilos aku ni.dah nk kol6 keje x siap lg.last2  aku stop dulu.surrender utk arini.sok sambung lg.sbbnya,Aqilah dah nyanyi lagu mentari merah di ufuk barat,hahaha.....

Bila dh petang,sibuk plak ngan anak,last2 pokok bunga aku x berjirus.ops lupa plak,aku ada ternak pokok bunga...ternak?hahaha...hubby nk ada pokok bunga kat rmh,jadinya,aku la yg kena peliharakan.mak aih,aku gak jd mangsa.nasib baik bunga orkid laa...jd lasak sikit.

Mula2,idok la teman berkenan ngan bebunga ni.bila dh ada kat rumoh,teman layan jela.hikhikhik....ok,sebenarnya dalam banyak2 bunga,antara jenis bunga yang aku suka ialah bunga orkid ngan mawar.tapi mawar ni bunganya x tahan jadi,x payah la nak menyemak kat rumah.kang,semua pokok togel je xde bunga.jadi,baik letak orkid.pokok yang lasak,bunga pun tahan lama.ti ada masa,sebelum kuntum2 bunganya arwah,aku tayang bebunga aku,tu pun kalau aku rajin la ye.

Aku kat rumah lebih suka tengok kartun,tido n masak.memang malas nak bercampur sangat ngan org.maklum ler,x semua org ni hati,isi perut baik.bak kata bob bawal power,mulut manis j***r masam.pagi bila dah bangun,aku mmg x buka tingkap dulu.aku wat apa yang patut.nak masak,baru aku buka pintu tingkap.jadi aku tau la sape yang bersarapan umpat org.berlenggang kangkung di pagi hari bertandang rumah jiran.lepas sorg,sorg di umpatnya.aik?aku yang x campur org pun kena?ni kan plak,yang bersembang ngan dia tiap2 petang....huhuhu kesian...poning2.
 
Hmm,sayang...solat,insyaAllah x tinggal siap terpekik2,ei dot,dot,dot sembahyang!!!....,mengaji Quran,alhamdullilah rajin tapi bab mengata,menyindir tu jadi kebiasaan kat mulut yang dah kerepot.x boleh tinggal.kenapa mesti nak jadi manusia yang suka mencari salah manusia lain?sedangkan bukan tugas kita untuk memberi markah tentang kebaikan dan keburukan org lain.apa?kiri kanan ko,ko yang catit sendiri ye?

Ish,aku ni teremosi plak.hmm,aku x kisah apa pun.ko nak mengata ke nak menyindir ke lantak ko la.mulut jamban kan,ada t**k isi la penuh2..kita hidup pun,bukan tau bila matinya...kang tgh sedap2 mengata anak org,mati katak plak.x sempat nak minta maaf.dh tua pun,xkn x khatam g bab hidup berjiran?aku?ish mls nk citer,kang korang kata aku ni ikut ajaran sesat plak,hahaha.....

Apa2pun,aku tulis ni sekadar untuk meningatkn diri aku sendiri yg mudah alpa.jangan la menyakiti hati jiran kita.seandainya senyuman yang aku beri membuatkan modal untuk ko mengumpat aku,sumpah aku xkan senyum ngan ko lagi.kalau aku senyum pun ko dah boleh wat modal mengumpat,apatah lagi kalau aku bersembang.adeh.....x faham la manusia macam ko ni.DAHLA RINA OI....AKU LAGI X FAHAM NGAN KO NI,TADI CITER POKOK,KNP PLAK KO NGUMPAT ORG NI???hmm,yela2 baik aku membuta lagi baik.kang terlebih plak ngumpat org.

Thursday, December 8, 2011

SENJA YANG MENDEBARKAN

Posted by erienaerin at 11:50 PM 3 comments
Pas mandikan mak petang tadi,aku suap mak makan mcm biasa sambil tu aku bercerita la ngan mak aku.pastu,aku tengok mak macam lain cara percakapannya.aku tenung mak lama2,confirm!!aku x faham butir tutur kata mak.aku panggil2 mak,mak x sahut.mak bercakap lagi tapi aku masih x faham.tangan ngan kaki mak x boleh gerak,makanan yang dalam mulut makin perlahan di kunyah,akhirnya terhenti.............

Kol 6petang,aku call adik ngan kakak aku tapi x dapat.aku call abah suruh siap2 ti aku amek kol6.30.kebetulan plak adik aku,mama sampai.aku terus g rumah abah.sampai je kat rumah abah,makcik aku nak ikut.aku bawa la sekali,tapi tiba2 mama call sambil menangis.aku kaget!!mama jarang menangis bab hal remeh temeh tapi kenapa dia menangis??

Sampai je rumah,bilik mak dah terabur barang2.cadar,bantal ngan tilam basah kena muntah.mak lemas sbb muntah masuk hidung,mak kena kancing gigi lagi.patutla mama menangis.....keadaan mak agak teruk berbandingkan semalam.sedih tengok mak macam ni.

Aku xtau kenapa keadaan mak macam ni.mak lapar ke?mak penat ke?lambat makan ubat ke?mak jatuh?hmmm,xde plak.nanti aku nak cari kat GOOGLE,kenapa keadaan macam ni boleh terjadi dan langkah2 yang patut aku buat kalau mak kena macam ni lagi.aku xtau nk citer apa lg sbb aku tgh blur skrg ni.risau mak kena lagi mcm td.skrg ni,mak masih blm ok sgt.

Apa2 pun,aku berterima kasih pada cik nura n ikhmal,cik ling n suami,cik ju n miera,asit sekeluarga,mak uda n azam.terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat mak tadi.mudah2an mak cepat sembuh.berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.karam singh walia,TV3......eh,eh,eh silap plak.ingat ni program BERSAMAMU?hampeh...yg penting,MOM,I LOVE U!!!


Tuesday, December 6, 2011

AKU ANAK NELAYAN

Posted by erienaerin at 11:30 PM 0 comments
Kol 10 pagi sepatutnya dah kena ada kat klinik tapi kol11 aku baru sampai.biasanya waktu2 camni x ramai org.tapi tidak untuk hari ini,aiceh....lama gak aku melangok kat klinik.JK ada 3org je,yg nak di periksa ramai.mana nak nak check baby,nak check org mengandung lagi.jadi,kena tunggu ngan sabar.diaorg layan dengan senyuman beb.xkan nak wat muka cam haramjadu plak kan?huhuhu....

Aqilah kena injection untuk kali yang ketiga rini.caya lah anak Ummi,wat muka selamba je,huhuhu...Zikry yang takut tengok adik dia kena inject.Masa zikry,hubby suruh wat checkup kat klinik panel,mmg jauh la beza.aku rasa kat klinik kerajaan lagi best la kot.injection dah semestinya free pastu diaorg tgok keadaan dan perkembangan baby.jadi,x payah ler bawak anak g klinik panel,membazir.....!

Balik dari klinik,dok melangok pk nk masak apa,aku dengar mcm bunyi pelik kat bwh sinki.mmg suspen gila ar.nak kata anai2,ganas sangat.jeng~jeng~jeng...sekali je,siput sedut daaa....aku lupa gilos semalam aku beli siput.memang dh tua sangat aku ni,hikhikhik....maklum ler,jarang masak siput jd mcm janggal la dengar bunyi2 siput tu.lauk aku rini ialah SIPUT SEDUT MASAK LOMAK CILI PADI...nyum~nyum,sedap kan?memang la sedap,tapi nak sepit kan ekornya tu yang wat eden lomah tu.

Masa kecik2 dulu,kalau nak makan siput sedut ni,abah aku g cari.tapi mak ngan adik aku x makan siput ni.mungkin sbb tu,abah malas nak cari lagi.dulu2 memang best la,nak makan udang ngan ketam pun senang je.ti abah aku g laut mcm g pasar.mmg confirm ada bwk balik pnya.tapi sekarang,sungai sini dah x cantik.kena korek sana sini.kena tambak lagi,jadi ikan,udang ngan ketam dah bawa anak,cucu cicit diaorg lari.

Jadi anak nelayan ni best.ye ar,org lain nak mkn seafood kena kuar duit berpuluh2,beratus2...tapi anak nelayan dapat mkn free je.agak nak makan sedap mcm kat kedai,bawak jela menatang tu suruh org kedai tu masak.ti bayar upah masak je.jadi,dapat la nak kerek sikit kat org meja sebelah,hihihi...

Abah aku dah lama jadi nelayan.sejak sebelum kahwin lagi.kakak aku klua dari perut mak aku pun,kat surat beranak dh tulis abah aku nelayan.sekarang kakak aku dah 31tahun,lama kan?kalau kerja darat,abah dah boleh kuar EPF pun.kakak aku pernah tanya kat abah,xnak ke kerja jadi security guard?abah gelak je,ti mesti dia cakap,"NAK SURUH ABAH JADI GUARD KE NAK SURUH ABAH G KERJA PASTU TIDO?"....x mencabar la maksudnya tu,huhuhu...

Tapi sekarang ni,musim hujan.cuaca pun memang x elok la.kesian abah,x kelaut.tu jelah mata pencarian abah.kalau sebelum2 ni,mak ada untuk membantu abah.tapi sekarang,mak terlantar sakit.abah susah mcm mana pun,dia xkn minta anak2 duit.minta makan jauh sekali.nasib baik la,adik ngan kakak aku ada.kalau x,teruk juga abah kena kuar duit belanja untuk pampers mak.aku?hmm,aku x bekerja jadi aku kurang membantu dari segi kewangan tapi ditukar kepada tenaga menjaga mak.

Tapi alhamdullilah,walau sukar mencari nafkah,mak ngan abah dah membesarkan kami 6beradik.berjaya atau x kitaorg,bukan urusan org lain dan bukan salah mak ngan abah.yang penting,kitaorg jadi manusia bukan jadi org2 yang kat sawah tu,huahuahua....!!menagarut je la kerja aku.






Saturday, December 3, 2011

NAK RACE KE NAK PENAMPOR 125Z?

Posted by erienaerin at 4:38 PM 0 comments
"Hujan oh hujan kenapa engkau turun?mcm mana aku tak turun,katak panggil aku"...huh,mengarut sungguh!katak plak yg panggil.klu cmtu,tempat yg tgh banjir skrg ni,bnyak katak la kot,huahuahua....eh,udah,udah ler tu katak.

Aku tgh penat gaban dh ni.sape kata surirumah x penat.aku SURIRUMAH BUKAN SURIHANI,hehe...dh bape hari hujan kat tmpt aku.Alhamdullilah....klu x,mlm nk tdo bahang gilos weh...ms mcm ni la tdo rasa xnk bangun je.nk berbungkus kat katil tu.mak oi?kang terus kena bungkus ikat 5 baru tau.ish....

Berbalik kpd kepenatan aku tadi.aku kepenatan keluar masuk angkat jemuran+wat keje rumah+basuh pinggan mangkuk+basuh baju.eh,tahan aku semua nk citer..wawawawa....tgh penat pun on9?mestila...hilangkn stress kejap.rasa cemburu plak tgok anak aku tdo.cuma Aqilah ni,dia tdo tapi terkuit2 kat dlm buai.baru aku nk lelap,muncul  plak manusia yg baik budi pekerti ni bakar2 motor.bukan bakar hangus tu,klu tu senang hati aku xdelah memekak lagi lubang telinga aku.ni bakar2,pulas minyak...x kira waktu plak tu,pagi,tghri,petang n mlm.aku apalagi,buka je pintu,"OI,XDE OTAK KE APA?SUKA2 HATI KAU NK MEMEKAK.KLU AKU NI PEKAK XPELA KO NAK MEMEKAK!!eh?aku mrh ke jual pantun?hihihi...tapi tu dlm hati je.aku ni waras lg.xde nya nk sound org tapi jgn sampai sabar aku hilang sudah.maunya ke sabah budak ni kang aku terajang.klu ikut kepala otak aku,mmg mkn maki la ko hari2.nasib baik mengenangkn aku dok cni lama.klu x,petak kepala kau hari2 aku maki.

Normal la hidup berjiran ya x?tapi kalau berjiran ngan org yang xde sensitif ni susah la der....respect sikit ar kan.dahla mak aku tu terlantar sakit,x payah ar ko nk memekak ngan motor ko tu hari2.apa?mentang2 rini sabtu mlm minggu,ko nak memekak ngalahkan org setting motor nak men JMC?cipan...x puas hati jom ar open!!hahaha...ayat ko,x hengat.ish,udahla tu.toksah nak mengepo pasal jiran2.x baik...PERINGATAN UNTUK AKU YANG ALPA.tapi aku bengang siot ngan dia...eh!aku kata sudah tu sudahla.x reti2 bahasa ke?x ingat ke?Jiran muafakat mendapat umpat berkat.hmm,yela2.....

Dan akhirnya,diwaktu ini,aku tgh terkebil2 mengenangkan masa yang dh terlepas.kenapa?sayang la weh x tdo td.tu kan hobi aku!!sob~sob~sob....oh hujan,turun la lagi.OI KATAK!!CEPAT LA PANGGIL HUJAN LAGI.BIAR MALAM KANG HUJAN LEBAT!!huhuhuhu....nak balas dendam tdo aku ni..kuikuikui...


Thursday, December 1, 2011

DISEMBER@DECEMBER

Posted by erienaerin at 11:22 PM 2 comments
Masuk je December,maknanya hampir ke penamat 2011 dah.masa tahun lepas,waktu2 mcm ni aku tgh mabuk2 daa.bukan mabuk laut tapi mabuk ngada2 org mengandung.hikhikhik.....aku cuma mabuk masa masak je ok.bau goreng2 tu memualkan.tu pun sebulan je.pastu aku ok.kembali normal n kuat mkn.

Hari ni plak,Alhamdullilah....Aqilah sihat dan x byk ragam.29hb,November.2011,Aqilah genap 5bulan.perkembangan?dh merangkak sikit2.tapi di dera dek hero cilik aku ni.baik2 nak merangkak terus melalak.dtg geram dia,habis Aqilah kena gigit.

Zikry plak nk dekat 3tahun.perkembangan?dh boleh berbual walaupun ayat dia x brp nk faham,huhuhu....dah tahu guna tandas klu nk buang air kecik@besar,tau warna hijau,pink,biru,tau nama ahli keluarga,kira 1-10 tapi ikut mood dia.kalau dtg angin x baik dia sebut hentam je mcm nak bagi no ekor,huhuhu...kalau g kedai,pas amek brg mesti dia letak duit kat cashier walaupun duit tu RM1.kira oklah tu kan.sekurang2nya dia faham nak beli barang kena ada duit.kadang2 klu ada 50sen pun dia ajak ayahnya g KFC,hahaha....!!!

Minggu depan kena bawa Aqilah g check-up.ntah berapa la berat anak aku ni,huhuhu....jgn x naik sudah.kadang2 rasa mcm x percaya je aku ada 2org anak.bila Zikry dtg kat aku,ti dia ckp,"UMMI,NK CIUM"...ti aku jawab"EH,ANAK SAPE NI?ANAK APEK EA?".......ti Zikry marah,"BUKAN!!ANAK AYAH!!"...hahaha....

Syukur Alhamdullilah.pada usia yg hampir bertambah lagi,zuriat pun dh bertambah.mudah2an,kesabaran aku pun akan bertambah.aik?banyaknya ayat bertambah?hahaha!!!hmm,rasanya sampai sini jela aku merepek.ntah apa2 jela n3 aku rini.apa2 pun,adios!!






Wednesday, November 30, 2011

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Posted by erienaerin at 6:30 PM 0 comments
Aku dh tua laaa....sampai dah cuti sekolah pun aku lupa.sebab?adik bongsu aku masih g sekolah...maklum ler SPM.tu yang aku lupa dah cuti sekolah.patutla aku tengok ramai sangat bebudak kat rmh jiran2 aku.kat depan rumah ni ha,men basikal ke hulu hilir.men kejar2 sambil ketawa riang.

Hmm,rasa rindu plak masa2 mcm ni.yelah,aku pernah sekolah per...kalau dulu,waktu mcm ni confirm aku dah men cikgu2.x pun men pondok2....mula la buku2 sekolah semua keluar dari simpanan.yang untuk conteng lain,wat lukis kartun len,kalau buku kotak2 tu,wat men perang2.

Bila waktu air pasang pagi,aku ngan sedara2 aku g mandi sungai.mulanya abah aku wat ternak ikan siakap kat sungai ni.kira di jadikan kolam ikan la mcm tempat mancing tu cuma xlah luas sangat.tapi disebabkan kat kawasan sungai tu banyak ular air,habis anak2 ikan kena bedal dek ular air tu.kolam dah xde ikan,kitaorg g mandi manda la.dari air nak naik,sampai air nak kering kitaorg mandi.kulit pun naik legam mcm anak org africa.

Kalau tak mandi sungai,kitaorg men guli,men galah panjang,teng2,rounders,baling selipar,men kejar2,men bola sepak,ceper,batu sembat,mancing.arrr....banyak lagi la.normal budak kampung pnya game.yang x masuk akal pun kitaorg men.contohnya,amek gelen challenge sape yang bole berjalan atas gelen tu masa gelen berguling.xpun,masuk dalam gelen tu pastu ada yang gulingkan.kerja bodoh ek?rasanya kalau anak aku men camtu nanti,confirm aku belasah dia,hahaha....

Kadang2 bila sedara mara xde,aku men berdua ngan adik aku.ada 1 hari tu,dah boring xtau nak men apa,aku ngan adik aku tarik plywood,sandarkan kat dinding wat cam gelongsor.pastu tarik getah paip,buka air.macam kat tempat mandi2 tu kitaorg buat.punya la kesukaan aku ngan adik aku.terlupa kan mak aku ada.maklum ler,mak aku tu garang gila,xleh wat benda yang x kena kat mata dia confirm kena bedal.

Tiba2,mak aku selak langsir tingkap!!pergh...rasa nak keras kat situ juga.tengok seluar dah colour mcm tempat pengesat kaki.kotor gila sbb seret kat plywood.apa lagi...birat la badan aku kena bedal.hahaha...kelakar.masa men,x hengat.....dah kena bedal,tadah je la.nak nyesal tu,xpernah terlintas.biasalah,bebudak.

Disebabkan aku ni terlebih aktif sangat,bila cuti sekolah panjang,mak hantar aku balik singapore.kat singapore kena kurung jela...bangun pagi,mandi,sarapan,tengok tv sampai petang....kalau dah boring sangat,ti pakcik aku bawak g taman permainan xpun g TOY R US.klu mak ada masa,dia bawak g swimming pool.klu x,aku ngan adik mcm org dlm jel.tercanguk kat grill.kesiannn....

Bila dok singapore,terkurung.....cerah balik kulit aku.pernah aku ngan adik aku menapak kat tambak johor.gara2 duit tambang x cukup.sengal tertinggal kan  duit.nasib baik pakcik aku tunggu kalau x,memang jadi anak pelarian la.

Huwaaaaa.......aku rindukan waktu2 itu!!!.hmm...xperlu fikirkan mcm2 hal.bangun untuk g sekolah je.sekarang ni umur pun dah dekat je ngan 30....huhuhu...rindu!rindu!rindu!.....doraemon!!datang cni bawak aku g zaman dolu2....!!!kwang~kwang~kwang....korang camne?rindu x?kalau x rindu tu,maknanya korg hidup dalam tekanan kot?huahuahua.....

Monday, November 28, 2011

AKU TAHU KORANG DAH TAHU

Posted by erienaerin at 11:56 PM 0 comments
Isnin kembali lagi.....hari pertama bekerja untuk org yg shift pagi.kalau masa bekerja dulu,hari isnin je muka dah macam kambing kena mandi.kalau masa sekolah,kena ngadap perhimpunan,nyanyi lagu NEGARAKU!!!huhuhu....

Tapi rini bukan nak citer pasal kambing atau lagu NEGARAKU ye,xde kena mengena,huhu....hmm,dari malam semalam rumah jiran belah kanan aku agak riuh sedikit.maklum la,hendak menyambut kepulangan orang tua mereka dari Tanah Suci jadi ahli keluarganya berkumpul ler....keluarga jiran aku ni agak besar la juga.kalau hari raya atau kenduri,mmg berderet la kenderaan diaorg kat depan rumah ni ha.

Alhamdullilah....nyai selamat pergi menjadi tetamu Allah dan kembali bersama keluarga.disaat2 kudrat yang x berapa terdaya,sempurna sudah rukun islam  nyai...tau x rukun islam?kalau xtau,aku ingatkan ni ha,
  1. MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH
  2. SOLAT 5 WAKTU
  3. BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
  4. MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH
  5. MENUNAIKAN HAJI BAGI YANG BERKEMAMPUAN
Tau kan?bagus2.....yelah,ni untuk org yg x tau,kalau dah tau tu bagusla.cuma rini,aku nak berkongsi cerita tentang Rukun Islam ni.keluarga aku ada mengenali seorang pakcik ni(PAKCIK POKCIK,BUKAN NAMA SEBENAR)haha....dari penampilannya,insyaallah korang akan kata pakcik ni normal.mula2 pakcik ni datang melepak kat rumah abah aku sambil bercerita perkara2 yang menarik tentang agama islam sambil dijamu air kopi 1telap besar.mcm biasa,bila mata segar,semangat bercerita tu tinggi beb!!hahaha....memang best citer2 dia.aku yang dok dalam bilik pasang telinga.dah namanya best,jadi layanzzz.....

Mula2 kisah2 yang di kongsi tu memang menarik minat la untuk didengar.tapi,dia x banyak bercerita tentang Rasullah sebaliknya bercerita tentang nabi2 sebelum rasullah......x kisah,layan kan jela.lagipun sambil dengar tu,aku sibuk men sms.

Tiba2,pakcik ni masuk bab Rukun Islam.....punya la banyak yang dah dia ceritakan,sampai air kopi kena wat lagi 1 telap,tup2 penghabisannya sebelum dia balik,dia kata,SEBENARNYA KITA NI X PERLU SOLAT,CUKUP DENGAN NIAT.....APA YANG PENTING SEKALI,MENGUCAP.SEBAB,MENGUCAP TU PERKARA PERTAMA DALAM RUKUN ISLAM.YANG LAIN TAK BUAT PUN TAK APA.......lorh?kok,cenggitu sih?

Ntahla ye,mungkin ilmu dia dah tinggi gila kot?huahuahua.......!!!kalau hanya sekadar mengucap,maknanya tak perlu solat,berpuasa dan berzakat....betul x?hihihi...nape la pakcik ni x niat je nak minum kopi tanpa meminumnya,confirm x payah abah wat lagi 1telap.muahahaha!!!!!!eh,penting ea?

Mata aku dah ngantuk gaban la plak...kekenyangan bedal karipap-karipap x perlu cinta,kena plak minum teh tarik kaw pnya,1 jag habis.huhu...datang ke rajin,petang tadi wat karipap.jadi,makan malam dengan karipap la.uish,bape banyak ayat karipap daaa....nasib baik hubby makan nasi,kalau x membazir lauk ngan nasi.

Oklah,aku nak tido dulu....kecik besor kecik besor je aku tengok lappy ni.sebaiknya aku tdo dulu.kang x memasal air liur meleleh ni.bubye....



Sunday, November 27, 2011

Melepak sebentar

Posted by erienaerin at 1:52 PM 0 comments
mak oi,sudah hampir sepurnama aku x belai mesra blog aku ni.aiceh....ayat ko.rindu tahap gaban dah ni,paling aku rindu,nak mengepo kat blog kengkawan,hikhikhik......tapi nak wat camne,masa dan keadaan terlalu mencemburui aku,sob~sob~sob.....

Wat masa ni,aku x dapat nak kepo2 sbb aku agak bz.bukan bz body tapi bz,busy,bz...huhuhu...oh ye,mak aku dah balik dari spital dekat 2 minggu.keadaan mak masih lagi lemah.mak belum boleh bergerak,hape tah lagi untuk berdiri.kesian mak......jadi,sekarang ni aku bergilir2 dengan adik aku uruskan mak.aku dah jadi jururawat peribadi mak aku,hehehe...

Maklum ler,aku ni surirumah sepenuh masa+ada 2 org baby cotet ni+membantu mak,jadi aku x berapa sempat nak ngadap blog.tapi kan,serius...best tau uruskan org tua kita sendiri.yang penting,aurat org tua,kita sendiri yang tau n jaga jd x perlu cerita,huhuhu......masa mula2 bawak mak balik,mmg agak kekok tapi bila dh 2,3 kali uruskan,senang je nak wat.aiceh,kerek beb!

Tapi kesian kat mak aku,bila time aku penat giler,mak panggil mmg aku x sadar.tdo ke pengsan,xtau la nk cakap.masa malam mak x tdo sangat sbb luka belakang mak wat mak sakit+x selesa.mak pun kerap haus.selalu gak mak sesak nafas,kadang2 mak muntah.jadi mak kena ada peneman masa tdo untuk pantau mak.yelah,mak aku dah xleh bangun ditambah lagi tangan kiri yang kena stroke,silap2 boleh lemas masa muntah.

Eh,aku citer ni bukannya apa.saje je nak citer perkembangan mak aku.yela,sebelum ni n3 aku kan pasal mak aku kat spital,xkan tetiba nak senyap je.betul x?tapi serius,apa yang aku wat untuk mak,adalah ikhlas.keikhlasan seorang anak untuk mak nya.kalian doakan aku untuk kuat hadapi dugaan dari Allah ini.doakan semoga aku tetap sabar melakukan tanggungjawab ni dan doakan juga untuk kesihatan mak aku....AMINN....

Last sekali,ada masa ti aku kepo2 lagi ye....jeng~jejeng~.....lari macam jebon.






Tuesday, November 1, 2011

CE BACA NOVEL TU

Posted by erienaerin at 11:30 PM 2 comments
Novel....buku cerita yang tebal tanpa perlu ada gambar yg berdialog mcm komik doraemon.tapi sebagai peminat novel yang menjiwai habis watak dalam novel tu,mesti ada rasa sakit hati,sedih,suka dsbnya.betul x?kalau xde  rasa mcm tu,ko ni,baca ke kira muka surat,wehwehweh....

Aku mmg minat membaca.sampai ada satu tahap,aku rasa mcm stress kalau x membaca,dpt baca citer kat surat khabar koyak sikit yang wat bungkus sayur tu pun jadi la.x pasti lak org len,ada x rasa mcm ni?

Novel pertama yang aku baca ialah,JOY...masa tu aku darjah 4.aku tgok kakak aku baca mcm best je,aku pun baca laa...serius aku x ingat citer tu,dan aku x ingat penulisnya.macam Ahadiat Akashah je?Pastu membaca sekadar utk mengisi buku Rekod Membaca kat sekolah.sape banyak baca,dapat hadiah tau.best kan?tapi x pernah nya aku dapat.

Satu hari tu,aku terbaca kat majalah remaja citer pasal OMBAK RINDU.ms ni aku sekolah menengah.mmg khusyuk abis la aku baca citer tu tapi stress sbb bersambung....nak cari novel,mcm byk plak duit aku.jadi,sabarkan hati utk tgu majalah remaja yg akan dtg.nak tgu sambungan.majalah remaja tu pun,sepupu aku g rembat kat kedai mana ntah.Hampeh.....

Macam hujung minggu yg sudah,aku g melepak kat rumah member aku.....nak g rumah dia kena menapak 500meter.di pendekkan cerita,aku ternampak novel OMBAK RINDU kat rumah dia.aku tanya dgn muka sopan,"Boleh x org nak pinjam?terbaca kat majalah remaja,mcm best sangat"....then,adik dia wat muka mcm kambing gurun koo...pergh,aku siap merayu tu,pas baca mlm ni gak aku hanta.dengan x merela kan,adik dia bagi gak...masa tu dah kol 4.30....aku ngan gumbiranya,balik kerumah.x sabar ko nak baca.sampaikan masa jalan tu aku membaca.teruk kan?

Sampai rumah,x sampai setengah jam,kawan aku ngan adik dia dtg.nak tau apa yg dia cakap?.."Kita nak novel,nak pulang pada member"....hah?member pnya?tiba-tiba plak.....mak oi,punya la sedih gila aku masa tu.start dari hari tu,aku nekad nak kumpul novel.

Aku kumpul duit,g beli novel OMBAK RINDU.dengan duit aku sendiri.janji,xnak pinjam lagi novel orang.terhina guwe!!!

Bermula dari penghinaan tu la,aiceh ayat...aku kumpul novel.bila aku tambah dan tambah harga2 novel tu,dah jejak ribu gak.pergh...kayo makcik!!eh silap,bukan aku yang kaya.aku kaya buku n kaya cerita jela.

Disebabkan aku ni seorang yang beremosi tinggi bila membaca,aku pernah membaling novel gara2 aku sakit hati sangat2 dgn watak dalam citer tu.nak tau novel apa?TAK SEINDAH MIMPI dan TAK SEMANIS IMPIAN.pergh!!aku pnya panas hati tu,mcm nak tumbuk2 je adik siNorjinah tu dgn Norjinah sekali.huhuhu..


.

Novel yang wat aku kemaruk sampai aku ngan adik aku jadi biol.kitaorg terlalu menghayati sgt,sampai kitaorg ckp kitaorg tgok movie,padahal kitaorg baca je.siap adik aku tanya,channel berapa ar kita tgok citer tu.channel kepala lutut mu!kita baca la weh...Nak tau citer apa?


Tapi novel bagaikan puteri tu dah kena rembat.cipan tol la...ada lagi novel2 aku tapi xkan aku nak tayang semuanya.ye x?hikhikhik.... Novelis yang paling aku minat ialah,Fauziah Ashari,Norhayati Berahim n Ramlee Awang Murshid.Kalau ada novel mereka bertiga ni,aku tolak dulu novel yang len,hihihi....

Aku mmg sayang gila kat novel2 aku.sesiapa yang nk meminjam,mmg byk pantang larang ye...
  1. Dah pinjam ngan aku,xleh pinjam kan pada org lain
  2. Masa stop membaca,jangan lipat muka surat...penanda ada la dol
  3. Sebelum aku sampul novel,jangan ada sesiapa yg baca sbb aku xkan baca selagi novel aku x sampul.
  4. Jangan letak novel semasa terbuka dgn cara telungkup kan.faham ?ti novel senget.aku x suka.
  5. Dah baca jangan wat macam harta sendiri.x pulang2,letak kat koleksi sendiri plak.
  6. Jangan sampai novel tercomot.kang pulang kena air la,sambal la...hampeh
Haaa,banyak songeh kan aku ni?huhuhu....x kisah nak cakap aku apa,aku beli guna duit aku,suka hati aku la nak letak pantang larang mcm mana.....

Tapi pas kahwin,aku dah kurang la beli novel.novel terbaru pun aku xtau dah.yang aku tau sekarang,bulan ni anak aku kena g check up bape hari bulan,hahaha......tapi pasni,nak kena ikut saranan MADAM MISAE,1 bulan 1 buku.....bulan ni dah beli,start bulan depan,nak kumpul semula novel2 RAMLEE AWANG MURSHID yang aku miz.

Yang paling aku xleh lupa,budak yang kedekut ngan aku novel OMBAK RINDU tu,dtg rumah nak pinjam novel2 aku...dengan jayanya,aku katakan,"KALAU NAK BACA,BACA KAT SINI JE".....baru padan muko ekau...huahuahua!!!!



Monday, October 31, 2011

11 GAME BUKAN GHOST GAME

Posted by erienaerin at 10:30 PM 2 comments
Tengah blur2 katak malam ni....terperasan plak yang aku ni telah di tag oleh miss NAEMAH....panjat boboi...ahakz....klu nak men game ni,x tag org len,masih dinamakan game ke?huhuhu.....


...rules...

ngerti ngak?

ok,nampak x rules no 2 tu?haaa....ni dia,jeng~jeng~jeng....11 perkara pasal aku
  1. Minat gila kat citer kelakar....kalau citer lawak bodoh x payah suruh aku tgok k.
  2. Ada 2 org baby yg comel,alhamdullilah....hah?x comel?lantak ko la.emangnya guwe pikirin.
  3. X pandai nak bersuai kenal tapi nak kenal memang sesuai,huhuhu....
  4. Mak aih,menyampah gila kat orang yg sibuk jaga tepi kain org....g jaga spender sendirila.
  5. Suka membaca sambil berlari marathon
  6. Minat pada game yang mencabar minda aku...tapi klu  xdpt selesaikan aku nangis,wakaka...
  7. Aku suka makan mee hotplate,nasi ayam penyet,mee bandung,nasi USA.sebenarnya x kisah pun janji yg sedap.x sedap,pulang balik kat org kedai tu.
  8. Mencari org yang paling handal di dunia ni yang boleh mencipta mesin melipat kain baju...Mak aih,part ni la yg paling den rasa mencabar sikit cik senah oiii.dh melipat,hero aku teraburkn semula...adehhhh
  9. Pantang gila orang masuk ke kamar beradu aku....memang dari bujang aku x suka ni kan plak dah kahwin.
  10. Kalau rasa diri tu lalang atau talam 18muka,jgn jd kawan aku...kang,ni makan dia(corner kick beb)
11.Teramat geli kan spesis ulat....kecuali ulat gongok.....rumah makcik ulat bulu xde,ulat gongok banyak.


nak tau lagi ke?udah2 la tu ye dak?kang nyampah pulak,hikhikhik....dan ini plak soalan percubaan SPM yang aku dapat dari Miss Naemah kita ni ye....

1- pagi-pagi anda bangun tido pukul berape?
=bangun mengikut waktu bangunnya suri rumah Jepun

2- kalau anda marah apa yang anda buat?
=Kembang kempis kan hidung yg kembang ni,sambil kunyah chopstick

3- pernah orang tuduh anda ni seorang yang "batu api"?
=Hah?sape yg tuduh tu?nak dapat BATU NISAN ke apa?

4- sukan kegemaran?
=Lari dalam guni sambil makan SLURPEE....

5- team bola sepak dlm malaysia & team luar malaysia yang anda minat?
=Team ESTET,coachnya MAMAT KHALID and team SHAOLIN SOCCER,STEPHEN CHOW....

6- kalau geng lawan anda sumbat @ masukkan gol.apa reaksi anda?
=Kira je la berapa gol yg diaorg dh masuk kan

7- kalau tengah tension,anda buat apa?
=Wat poco-poco di iringi lagu kartun BEAUTY AND THE BEAST

8- masa anda zaman kanak2 kan..anda masuk TADIKA ke PASTI?
=saya PASTI jawapan saya TADIKA....

9- anda boleh lesen motor ketika tu umur brapa?
=Lesen motor xde,lesen TV ngan RADIO nak x?

10-  anda ni seorang yang....???
=Baran tapi tak gila

11- ape tindakan anda bila boyfren/girlfren anda curang..heee?^_^
=Alamak...saya dah kahwin la.....tapi bagi juga jawapan,KALAU BOPREN CURANG,semestinya kena curang balik,huahuahua....
Dan akhir sekali....aku bagi soalan aku plak

  1. Sebelum korang tido,berapa lama korang gosok gigi?
  2. Cerita/rancangan apa yg korang sanggup tunggu sambungannya di minggu hadapan?
  3. Kisah misteri apa yang sentiasa wat korang masih menjadi tanda tanya?
  4. Berapa panjang kuku ibu jari kaki dan bulu ketiak sebelum di out of service?
  5. Korang senyum nampak gigi ke tidak?kenapa?
  6. Kalau dapat dating ngan artis,ngan saper yang korang nak?
  7. Idamkan gaji di bayar dengan nilai mana?rupiah?dollar?euro?dsbnya....
  8. Kalau jadi doktor pakar,pakar apa yg korang pilih?
  9. Koleksi apa yang korang ada sekarang?
  10. Cita-cita jiran sebelah kiri rumah korang? 
  11. Apa yang korang baca sebelum tidur?
adeh....macam nak mintak penerajang ek soalan aku ni....nama pun game kan.nak jawab,jawab la....xnak jawab xdapat nak soal orang lain plak,huahuahua....mangsa yang seterusnya ialah......tre..tre..tre..cing!!

Misae
Sukasuki 
Aizat 
Teared 
shabery 
krul 
Iqhwan 
shafiqahnajiha 
ninazahar 
shiteq 
minoromellow 

Tag suka2 je....men pilih secara rambang tangan,jangan marah ye gang.....yok men sama2


Sunday, October 30, 2011

JALAN-JALAN CARI PENAT

Posted by erienaerin at 11:50 PM 0 comments
Petang ni sessi merayap pas blik dari spital....g memenatkan kaki mengira bape byk kedai kat ANGSANA,huhuhu....haip,bkn merayap saje2 ye,xde maknanya nk wat bnd x berfaedah tu.aku ngan hubby g mencari buku laaa......nk beli novel,byk gila.mls plak nk membelek satu per satu. Buku yg kitaorg cari ni di gelar buku kuning....ada 764m/s dan harganya RM75....cantik kulitnya.buku ni tentang soal jawab menyentuh bab syariat yg merangkumi aspek2 ibadat,munakahat,muamalat dan jinayat.ni ha bukunya....
Rini ramai gila org kat kedai buku dah mcm pasar larkin ko....aku bukan boleh g tempat ramai2 org ni,serabut kepala otak aku,huhuhu....pas dah dpt buku,kitaorg g mkn kat kedai NASI AYAM PENYET kat LEVEL 3....sambalnya pedas gila ar....meleleh air mata+hingus aku.tapi sedap laaa cuma xleh challenge g sambal nasi ayam penyet makcik jawa kg pasir putih,huhuhu....
Zikry ngaruk....taknak balik katanya....hampeh

MAAFKAN AKU KERANA AKU SEDIKIT BANGANG!!

Posted by erienaerin at 11:18 AM 2 comments

Dari kemarin,sampai la ke tengahari ni......,aku dengan hati yang berat,hanya mampu melihat di SHOUT BOX,rakan meninggalkan pesan sambil pesanannya berbunyi begini..."HI..DONE FOLLOW,FOLLOW ME BACK"...."DAH FOLLOW AWAK,FOLLOW BALIK"...."FOLLOW ME JUGAK"............dan sebagainya berkaitan ~kejar daku~kejar daku~biar ku tangkap mu~


Arghh!!!tension aku!!!tension kuasa 1000 tau x?bkn sbb tension korang follow aku tapi aku tension sbb aku bangang!!bukan bengang ye,BANGANG!!tapi lom sampai tahap baghal.....

Kalau sesiapa yg rela nak bantu aku,tolong la bgtau aku,knp aku xleh nak tinggalkan anak jejak kat SHOUTBOX kalau ada yang kat bahagian tepi tu???yang klu kita klik tu,dia kuar slow malu2 tu.aku bole baca message je tapi yg bahagian bawah,NAME,URL,MESSAGE tu xleh tengok.....xleh tgok,mestila xleh isi,dah xleh isi mestilah xleh tinggal jejak,xleh tinggal jejak??huwaaaa!!!!bantu la aku ni yang super striker sengal plzzzz.....

Jadi dengan berbesar hati,jantung,paru2 dan ginjal,aku menyeru kepada warga emas blogger,bantu la aku tanpa perlu meminta di belanja cendol atau ABC di simpang jalan rumah mak temah....sekian..luv u bebeh!!

Saturday, October 29, 2011

BUNTING TANPA SUAMI...HUH

Posted by erienaerin at 11:50 PM 0 comments
Aku bukannya kejam sangat...tapi aku mmg benci ko!!!ko binatang!!jangan jejak lagi rumah aku!!kalau ko masih baby ke baru pandai ber tatih ke boleh la aku nk mengajar ke apa tapi ko dah besar,dah tua pun!!!

Datang x bagi salam,berani2 kenchinnngggg!!!ko ingat aku apa?maid ko?"mak angkat" ko panggil,ko sembunyi2 pastu lari ngan balak ko yg berpanau tu...huh,geli gila aku tgok...xde taste la ko ni.buruk rupa,buruk lantak....eee,selisih je!!

Aku punya la sabar ko berdating depan rumah aku....wah2,berani-berani buat taik plak!!!lu,bikin wa hati panaaaas je.hei,kang aku cakap lebih2,"mak angkat" ko kecik hati plak...mak aih,nasib baik "mak angkat" ko tu jiran aku tau,kalau jiran kepada jiran aku,memang ni makan dia....(sambil angkat kaki wat corner kick)

Nak belagak dengan aku ea?tau2 je dah bunting...hahaha!!!mana bapaknya?hah?x sure sape?baru padan dengan muka ko!!tu la...nak menggatal ko x kira jantan,semua ko sapu.sekarang tanggung la sendiri.x payah la nak wat muka sedih depan aku ea...x jalan la weh.

Ko tu patut sadar diri,ko tu anak yatim kematu,"mak angkat" ko kutip,bela ko...bagi makan,tempat tinggal,mcm ni ko balas?bunting tapi xde laki?kalau aku la yg bela ko,aku halau jela ko ni....bazir duit je bela,tapi perangai?ya ampunnnn!!!

DAN AKHIRNYA,AKU NAK TUNJUK KAN PERBUATAN KEJI BETINA NI!!!!












boleh ea ko tinggalkan anak ko?wat sibuk je kat rumah aku.....Zikry takut tau x?????dasar KUCING!!!hampeh...........

Friday, October 28, 2011

MARRYBROWN YANG RED

Posted by erienaerin at 10:46 PM 0 comments
Nak g spital td,ada kemalangan kat HIGHWAY.kesian,baru balik keje xcident plak.mcm teruk je...aku x berani nak tgok,ti mula la x tdo mlm...(acah je,hikhihik)...Motor mamat ni dah terbarai dah kat tepi jalan.xkan la plak aku nak ngambik gambo tuannya ye x?biadap namanya tu atau dalam bahasa mulia,TIDAK SOPAN.

Keadaan mak hari ni memuaskan...aku bole bg C+ berbanding dari kemarin,G-...serius.mak berbual mcm biasa cuma SORE ROCK KAPAK mak je x hilang lg.nurse kata mak aku dah nyanyuk,endas mu!relax je MEM aku tu bercerita.huh!!

Balik dari spital,mcm biasa...perut pun dah menari shuffle beb,apa lagi ~JALAN-JALAN CARI PASAL MAKAN~ mak oi Zikry,LU BIKIN INI FUNFAIR MARRYBROWN,SELUPA LU PUNYA!!!.

Tapi....Kau patut datang

Posted by erienaerin at 2:28 PM 2 comments
BILA KO DATANG
Zikry yang tgh syok main2,berlari lintang pukang....

BILA KO DATANG
Tengah sedap2 makan,selera pun hilang

BILA KO DATANG
Isnin,rabu dan jumaat,x kira waktu pagi ke petang

BILA KO DATANG
Terdengarlah suara makcik dan cucunya yang gembira dari rumah belakang

BILA KO DATANG
Ko humban tong hitam tu tunggang langgang

BILA KO DATANG
Aku berlari pecut mengirim "bungkusan" dari pagar berpalang

TAPI......BILA KO X DATANG
Tong hitam dah xde ruang utk di isi,
Anjing dan kucing berlumba-lumba menggali,
Hati panas tengok ulat menari-nari,
Oh di manakah ko lori yang penuh benda basi?


























Thursday, October 27, 2011

KENAPA AKU MENULIS??

Posted by erienaerin at 11:50 PM 0 comments
Dah setahun aku menceburkan diri menjadi suri rumah sepenuh masa.selain dari mengambil order wat cheese tart dan sewaktu dengannya,semestinya lah aku menjaga anak,hubby dan segala bagai dlm rumah...Betul x?hikhikhik.....aku x berapa minat sangat nak bergebang ngan jiran2.juz say "hi"...hikhikhik.....bukan xnak bercampur dgn jiran,biasala aku ni pompuan kalau dah sedap bercerita terpelecok plak lidah ni mengata org...ye x?hikhikhik.....

Jadi,dah pas penat memerah tenaga perambat zikry yg dah jadi jin notti ni + jadi tarzan terpekik kelolong sampai jiran2 aku tension,blog cikai ni la tmpt aku merepek reban raban.biasala kengkawan sekepala jauh plak nk ajak merepek.adik beradik aku plak bz.....so di sinilah bermulanya segala agenda tentang keluarga,kawan2,kenangan dan apa2 jela...

Senang citer,aku ni masih bangang lagi bab blogging ni....masa blm kahwin aku gila men sms skrg gila nk men blog.boleh ea ayat camni?hahaha!!!.....serius aku ckp,aku x tau pasal traffic ke earning ke hapa ke,yang aku tau menaip ikut rasa dan perasaan aku.so,apa yg korang baca itulah yg ikhlas kuar dari kepala lutut otak dan lubuk hati aku ni.chewahh....

Aku mula wat blog ni dari tahun lepas tapi aku stop dan hampir terlupa mengenai kewujudan blog cenonit ni di alam maya....kebetulan plak aku tgh gila cari resepi.terjah segala blog yang bombastic very fantastic,akhirnya aku teringat balik kat blog aku yg hampir jadi arwah ni,huahuahua!!

Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengetik kembali jari jemariku yang cantik ala2 miss world ni di lappy yg cute bagai tuannya,hikhikhik.....jadi,korang jgn muak sampai muntah kuning plak bila tgok blog aku ni ada N3 lebih dari 1x sehari.....kepo la katakan~ngeeee~

Pada hari ini,aku ERIENA ERIN dengan rasa bangganya,~tre~tre~tre~cing!!(bunyi drum),mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yg sudi terjah blog aku dan aku menghargai sangat2 kepada mereka yg menjadi followers aku~sob~sob~sob...hari ni followers aku dah bertambah penghuninya.jadi,bahagian tu dah berseri dengan adanya gambo2 korang yg femes tu.beribu bintang di langit aku hadiah kan kepada korang semua.luv u all!!!~hug~

Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu


HOBI AKU YG MEREPEK

Posted by erienaerin at 4:13 PM 0 comments
Hari ni ngan kereknya,aku ERIENA ERIN,nak citer tentang hobi2 aku....bukan CITA-CITA ye tapi HOBI-HOBI...ahakz...

Ingat x masa sekolah dolu2....mesti kena isi 1kpg kad kuning yg besau tu,cita2,hobi.....ingat?biasala bdk2...hobi yg paling famous amous mestila membaca....termasuk la aku...xkan aku nak tulis hobi aku yg sebenarnya.semestinya balik sekolah,hobi saya tido....."CIKGU SUKA MAIN BOLA,CIKGU SUDAH TIDUR MARI KITA MAIN".....haaa,lebih kurang la tu...tidur....xpun men cikgu2...geli je...

TAHUN 1993
Masa ni umur aku 9tahun....walaupun aku comel dan ketot tapi aku ada minat untuk bercucuk tanam.pokok2 yang aku tanam,pokok ubi,betik,serai,nenas,lada....tapi hasilnya,aku x dapat pun.kena kebas ngan org lain.rasanya klu aku masih mengekalkan minat aku tu,pasti aku dah jadi petani moden,hahaha!!!

TAHUN 1996
hobi yang aku yg agak serius iaitu mengumpul kad telefon....dulu2 kan ada kad yg guna kat public phone.aku x berapa minat ngan kad TELEKOM...balik2 gambo pemandangan,gambo bunga....hmmm.aku lagi suka kumpul SING-TEL punya....baru la gerek....ada gambo kartun WARNER BROS lagi ko.byk la aku kumpul.bila ada member yg se hobi ngan aku ajak bertukar kad,aku rasa serba salah plak.al-maklum ler,kad aku cumilz,kad diaorg gambo pemandangan.nak x nak,1kpg je aku tukar.tu pun sbb nak jaga hati member.

TAHUN 1998
bila umur aku14tahun,aku ada hobi baru iaitu BAKING.....tiap2 minggu aku lantak wat KEK MARBEL.mak aku pun dah naik muak tgok kek xpun aku g blajo silat ngan atuk aku....HAHAHA....akulah Jebat!!tapi sekarang,Jebat ntah kemana peginya tapi dok jadi tarzan plak terpekik kelolong marah Zikry yang dah pandai bg mak dia jd stress.

TAHUN1999
haaa,meningkat je umur aku 15tahun(dah besar sgt ke?),aku mula berminat2 g chatting dek terpengaruh rakan sekelas.agak bengang+bangang rasanya bila aku tanya diaorg,"CHATTING TU APA?"....pergh....kena gelak dol.sekali member aku bawak,dah terjebak la aku.....masuk channel apa?channel kampung.....hahaha....


TAHUN2000
Naik je tingkatan4,aku dah kemaruk camping.segala camping yg ada,aku join.....aku suka dok dlm hutan.suasana tu best...dengar bunyi unggas.maklum ler,aku x suka dgr bunyi memekak,aku bingit.caya x,tiap2 bulan aku g camping.kalau x ikut PENGAKAP sekolah,aku ikut PENGAKAP luar...lagi best aku ikut NAKHODA ADVENTURE yg di ketuai ABANG MAN.muka aku yang comel ni pun dah naik retung dek kena panas je.

TAHUN2001
bermula la tahun aku gila ngan MAJALAH UJANG NGAN GEMPAK!!!banyak gila aku kumpul tapi member aku pinjam terus jadi harta dia...sob~sob~sob....semua koleksi aku plak tu.


TAHUN2002
Disebabkan bekerja sebagai cashier yg hanya duduk melangok bagi token game,aku pun mengisi masa dengan membaca novel.Novelis paling aku minat ialah NORHAYATI BERAHIM,FAUZIAH ASHARI DAN RAMLEE AWANG MURSHID....best woo novel diaorg ni.tapi,sebahagian nya dah kena bedal dek anai2 dan ada juga yg telah di sedekahkn oleh adik aku yg bijak bistari(KALAU ANAK ORG LAIN PASTI AKU DAH BAGI TUMBUKAN PADU MAUT) ni pada cikgunya yang mungkin xde duit nak beli novel.alasannya ialah,CIKGU PINJAM...tapi hakikatnya,cikgu wat jadi harta sendiri.

TAHUN2006
hobi yang x berfaedah dan membazirkan duit....KARAOKE JAMBAN...ada RM10 pun sanggup pergi ngan BFF aku,LIZA bengong.bilik yg sempit,ngam2 utk kitaorg berdua je,hikhikhik....selang brp hari je mst kitaorg dah tercongok kat situ pas balik keje

TAHUN2010
tahun ni,bermula la semula minat aku untuk BAKING....BAKING yer bukan BENGKENG.





TAHUN2011
hobi membaca dtg semula dah....sekarang ni sibuk plak wat koleksi MAJALAH WANITA,PA&MA ngan RASA.biasala...pompuan normal kan,hikhikhik.....


PENUTUP:dalam banyak2 hobi paling aku suka sekali ialah membaca...aku x faham klu terjumpa org yg x minat membaca.sebelum kahwin,hubby x minat membaca tapi sekarang dia dh tersampuk sama.ish mcm pantun plak...kedua,semestinya merapu kat blog aku.biasa la suri rumah,blog ni jela jadi teman aku....nak melepak kat luar berbual ngan jiran2,ada masa tertentu je.So,moralnya?g sekolah blajo PENDIDIKAN MORAL.....kuikuikui.....

Wednesday, October 26, 2011

Pasir Gudang~HSI~Pasir Gudang

Posted by erienaerin at 6:30 PM 2 comments
Rini kan public,waktu melawat kn panjang,so g awal la.g amek adik aku dulu kat ILP wat teman jaga kan anak aku ti...di sebabkn g awal,x msk utk tghri ler cuma sarapan je kat rmh.

Nak sampai ke spital,perut aku dh lapo tahap dinasour tuuu!sampai spital,selipar lala koyak la plak.....dh terpaksa tinggalkn abah kat spital,biar abah temankn mak dulu.aku?aku bwk si farah g beli selipar kat TESCO TEBRAU...dekat je,blkg spital.


angry bird?hahaha....

Sampai spital,makan dulu...lapa gila bai.abah belanja,apa lagi,bedal je la...



ni la akibatnya xnk dengar ckp Ummi dia....dah senonggeng

ntah apa2 jela yg kitaorg tengok,hikhikhik....

Yang ni anak abang aku,dia nk ikut,so......angkut....

Balik dari spital,pas hnta abah aku bwk anak aku melepak kat tasik.....tasik lagi?huh...aku tgok zikry happy je terlari sana sini.maklum ler,kat rmh kena kurung je bila dpt lepas,gumbira la weh...



si tembam mengaruk,dh kena dukung dia sambil drive...hmmm

Sini la tempat adik aku belajar...amek course INSTRUMENTS.dah petang pun,campak la semula dia kat sini.dia dok kat asrama....

Oh ye,lupa nak citer....public ke apa ke,waktu melawat kat ICU,CCU atau BURN UNIT,sama je mcm hari biasa.kalau kat wad biasa,bermula dari 10.00am-7.00pm.....sekian,huhuhuhu.....

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting