Sunday, November 27, 2011

Melepak sebentar

Posted by erienaerin at 1:52 PM 0 comments
mak oi,sudah hampir sepurnama aku x belai mesra blog aku ni.aiceh....ayat ko.rindu tahap gaban dah ni,paling aku rindu,nak mengepo kat blog kengkawan,hikhikhik......tapi nak wat camne,masa dan keadaan terlalu mencemburui aku,sob~sob~sob.....

Wat masa ni,aku x dapat nak kepo2 sbb aku agak bz.bukan bz body tapi bz,busy,bz...huhuhu...oh ye,mak aku dah balik dari spital dekat 2 minggu.keadaan mak masih lagi lemah.mak belum boleh bergerak,hape tah lagi untuk berdiri.kesian mak......jadi,sekarang ni aku bergilir2 dengan adik aku uruskan mak.aku dah jadi jururawat peribadi mak aku,hehehe...

Maklum ler,aku ni surirumah sepenuh masa+ada 2 org baby cotet ni+membantu mak,jadi aku x berapa sempat nak ngadap blog.tapi kan,serius...best tau uruskan org tua kita sendiri.yang penting,aurat org tua,kita sendiri yang tau n jaga jd x perlu cerita,huhuhu......masa mula2 bawak mak balik,mmg agak kekok tapi bila dh 2,3 kali uruskan,senang je nak wat.aiceh,kerek beb!

Tapi kesian kat mak aku,bila time aku penat giler,mak panggil mmg aku x sadar.tdo ke pengsan,xtau la nk cakap.masa malam mak x tdo sangat sbb luka belakang mak wat mak sakit+x selesa.mak pun kerap haus.selalu gak mak sesak nafas,kadang2 mak muntah.jadi mak kena ada peneman masa tdo untuk pantau mak.yelah,mak aku dah xleh bangun ditambah lagi tangan kiri yang kena stroke,silap2 boleh lemas masa muntah.

Eh,aku citer ni bukannya apa.saje je nak citer perkembangan mak aku.yela,sebelum ni n3 aku kan pasal mak aku kat spital,xkan tetiba nak senyap je.betul x?tapi serius,apa yang aku wat untuk mak,adalah ikhlas.keikhlasan seorang anak untuk mak nya.kalian doakan aku untuk kuat hadapi dugaan dari Allah ini.doakan semoga aku tetap sabar melakukan tanggungjawab ni dan doakan juga untuk kesihatan mak aku....AMINN....

Last sekali,ada masa ti aku kepo2 lagi ye....jeng~jejeng~.....lari macam jebon.






Tuesday, November 1, 2011

CE BACA NOVEL TU

Posted by erienaerin at 11:30 PM 2 comments
Novel....buku cerita yang tebal tanpa perlu ada gambar yg berdialog mcm komik doraemon.tapi sebagai peminat novel yang menjiwai habis watak dalam novel tu,mesti ada rasa sakit hati,sedih,suka dsbnya.betul x?kalau xde  rasa mcm tu,ko ni,baca ke kira muka surat,wehwehweh....

Aku mmg minat membaca.sampai ada satu tahap,aku rasa mcm stress kalau x membaca,dpt baca citer kat surat khabar koyak sikit yang wat bungkus sayur tu pun jadi la.x pasti lak org len,ada x rasa mcm ni?

Novel pertama yang aku baca ialah,JOY...masa tu aku darjah 4.aku tgok kakak aku baca mcm best je,aku pun baca laa...serius aku x ingat citer tu,dan aku x ingat penulisnya.macam Ahadiat Akashah je?Pastu membaca sekadar utk mengisi buku Rekod Membaca kat sekolah.sape banyak baca,dapat hadiah tau.best kan?tapi x pernah nya aku dapat.

Satu hari tu,aku terbaca kat majalah remaja citer pasal OMBAK RINDU.ms ni aku sekolah menengah.mmg khusyuk abis la aku baca citer tu tapi stress sbb bersambung....nak cari novel,mcm byk plak duit aku.jadi,sabarkan hati utk tgu majalah remaja yg akan dtg.nak tgu sambungan.majalah remaja tu pun,sepupu aku g rembat kat kedai mana ntah.Hampeh.....

Macam hujung minggu yg sudah,aku g melepak kat rumah member aku.....nak g rumah dia kena menapak 500meter.di pendekkan cerita,aku ternampak novel OMBAK RINDU kat rumah dia.aku tanya dgn muka sopan,"Boleh x org nak pinjam?terbaca kat majalah remaja,mcm best sangat"....then,adik dia wat muka mcm kambing gurun koo...pergh,aku siap merayu tu,pas baca mlm ni gak aku hanta.dengan x merela kan,adik dia bagi gak...masa tu dah kol 4.30....aku ngan gumbiranya,balik kerumah.x sabar ko nak baca.sampaikan masa jalan tu aku membaca.teruk kan?

Sampai rumah,x sampai setengah jam,kawan aku ngan adik dia dtg.nak tau apa yg dia cakap?.."Kita nak novel,nak pulang pada member"....hah?member pnya?tiba-tiba plak.....mak oi,punya la sedih gila aku masa tu.start dari hari tu,aku nekad nak kumpul novel.

Aku kumpul duit,g beli novel OMBAK RINDU.dengan duit aku sendiri.janji,xnak pinjam lagi novel orang.terhina guwe!!!

Bermula dari penghinaan tu la,aiceh ayat...aku kumpul novel.bila aku tambah dan tambah harga2 novel tu,dah jejak ribu gak.pergh...kayo makcik!!eh silap,bukan aku yang kaya.aku kaya buku n kaya cerita jela.

Disebabkan aku ni seorang yang beremosi tinggi bila membaca,aku pernah membaling novel gara2 aku sakit hati sangat2 dgn watak dalam citer tu.nak tau novel apa?TAK SEINDAH MIMPI dan TAK SEMANIS IMPIAN.pergh!!aku pnya panas hati tu,mcm nak tumbuk2 je adik siNorjinah tu dgn Norjinah sekali.huhuhu..


.

Novel yang wat aku kemaruk sampai aku ngan adik aku jadi biol.kitaorg terlalu menghayati sgt,sampai kitaorg ckp kitaorg tgok movie,padahal kitaorg baca je.siap adik aku tanya,channel berapa ar kita tgok citer tu.channel kepala lutut mu!kita baca la weh...Nak tau citer apa?


Tapi novel bagaikan puteri tu dah kena rembat.cipan tol la...ada lagi novel2 aku tapi xkan aku nak tayang semuanya.ye x?hikhikhik.... Novelis yang paling aku minat ialah,Fauziah Ashari,Norhayati Berahim n Ramlee Awang Murshid.Kalau ada novel mereka bertiga ni,aku tolak dulu novel yang len,hihihi....

Aku mmg sayang gila kat novel2 aku.sesiapa yang nk meminjam,mmg byk pantang larang ye...
  1. Dah pinjam ngan aku,xleh pinjam kan pada org lain
  2. Masa stop membaca,jangan lipat muka surat...penanda ada la dol
  3. Sebelum aku sampul novel,jangan ada sesiapa yg baca sbb aku xkan baca selagi novel aku x sampul.
  4. Jangan letak novel semasa terbuka dgn cara telungkup kan.faham ?ti novel senget.aku x suka.
  5. Dah baca jangan wat macam harta sendiri.x pulang2,letak kat koleksi sendiri plak.
  6. Jangan sampai novel tercomot.kang pulang kena air la,sambal la...hampeh
Haaa,banyak songeh kan aku ni?huhuhu....x kisah nak cakap aku apa,aku beli guna duit aku,suka hati aku la nak letak pantang larang mcm mana.....

Tapi pas kahwin,aku dah kurang la beli novel.novel terbaru pun aku xtau dah.yang aku tau sekarang,bulan ni anak aku kena g check up bape hari bulan,hahaha......tapi pasni,nak kena ikut saranan MADAM MISAE,1 bulan 1 buku.....bulan ni dah beli,start bulan depan,nak kumpul semula novel2 RAMLEE AWANG MURSHID yang aku miz.

Yang paling aku xleh lupa,budak yang kedekut ngan aku novel OMBAK RINDU tu,dtg rumah nak pinjam novel2 aku...dengan jayanya,aku katakan,"KALAU NAK BACA,BACA KAT SINI JE".....baru padan muko ekau...huahuahua!!!!



 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting