Friday, May 18, 2012

FARAID DAN EPF

Posted by erienaerin at 11:58 PM
Awal bulan ni aku sibuk ulang alik masuk singapore g uruskan duit CPF arwah mak.adeh,malu la plak nak cerita bab duit ni.hmm,tapi bukan nak cerita pasl duit sepenuhnya la.cuma nak cerita macam mana cara2nya kalau ada sesiapa yang nak g menguruskan CPF kat singapore.

Ok,arwah mak aku meninggal 03/02/2012....x sampai seminggu,pakcik aku dah wat report kat singapore yang mak aku dah meninggal.jadi,dalam masa 3minggu,sepatutnya ada antara waris kena g uruskan CPF arwah mak.disebabkan kitaorang masih didalam kesedihan,kitaorang wat xtau jela urusan ni.

Jadi,selepas 2bulan pemergian mak,kakak aku g singapore untuk settlekan urusan ni.di sebabkan dah lebih masa iaitu 3minggu,duit arwah mak bukan lagi urusan CPF tapi dah di ambil alih oleh Public Trustee.tapi,SEKIRANYA urusan di buat dalam masa kurang dari 3minggu,terus je g kat office CPF.tapi pastikan segala dokumen lengkap.Sijil kematian,surat nikah simati,sijil kelahiran anak2 dan IC anak2.JIKA tiada nama pewaris,kena uruskan dulu SIJIL FARAID.

Ok,di sebabkan kes arwah mak dah lebih masa,aku kena g office Public Trustee,bagitahu yang aku ni waris yang akan menguruskan semua ni.urusannya mudah,pastikan sijil kematian ada,sijil kelahiran dan IC ada.pastu apply sijil faraid melalui MAHKAMAH SYARIAH.tunggu 3hari bekerja,pastu dah boleh collect kat Mahkamah sana.bayaran hanya $46...nak masuk mahkamah sana,kena scan IC untuk dapatkan ID Card.dahtu,badan plak kena scan,macam kat airport plak.nak amek no giliran pun guna IC,scan IC baru keluar no giliran.pas dapat sijil,bayaran dibuat melalui CASH CARD,bukan bayar cash ye,huhuhu.....jadi,kalau nak wat urusan kat sana,sebaiknya bawa orang yang ada IC Singapore.kalau x,aku pun xtau cara nak uruskannya,hahaha.....

Bila dah dapat sijil,apply plak melalui Public Trustee,yang ni plak nak kena ada Sing Pass untuk apply.ni untuk yang malas nak g office nya lah,kalau xde Sing Pass seeloknya biar pekerja diaorang yang isikan.lagipun bayarannya juz $10.ok,permohonan ni untuk diaorang keluarkan cheque(untuk bukan warganegara singapore),urusannya dlm 2bulan.klu warganegara singapore,x silap aku 2minggu,terus masuk account.mudah kan?

Bila dah siap semua,rasa lega sangat.mn xnya nak berulang alik tu leceh gila.sesatnya x payah cerita la,sampai adik aku pun dah hafal jalan sana.di sebabkan sesat,masa jadi terhad.terpaksa la berulang alik.duit jangan cerita la,RM100 kita baru berapa sangat kat sana.nak kena top-up Auto Pass lagi,makan,ticket parking lagi....pergh,kalau aku duduk sana boleh sawan ar.tapi cara diaorang melayan customer mmg boleh puji melambung...hmmm,tiba2 malu plak pk layanan di tempat sendiri.ops,x semuanya x elok,ada sesetengahnya je....

Teringat plak ms abah aku g kat ******** cni untuk mohon sijil faraid.hmm,lain yg diminta lain plak yg di jawab.jawapannya,pasang lawyer untuk fight kes arwah mak kat sana...hmm,jauh sekali nyimpangnya.nk mohon sijil tp di suruh pasang lawyer.

Tapi kalau ada yang saje2 nk membuat pengiraan mengikut sistem faraid,boleh tgok kat cni MAHKAMAH SYARIAH SINGAPURA atau MAHKAMAH SYARIAH JOHOR BAHRU.dan kalau sesiapa yg byk duit simpanan ke,EPF ke,jgn lupa letak nama pewaris.maklum ler,kalau bab duit ni,orang boleh bermusuh.xpun yg hilang keperimanusiaan,boleh membunuh beb.aku?EPF aku x delah berkoyan,cuma beriban je,hahaha....waris?dh ada dah.oh ye,kalau ada yang g kat KWSP,nak letak nm waris kena ada saksi.disebabkan aku x bwk saksi,duit KWSP aku,bubuh nm anak2 aku sbb nm hubby xleh letak gara2 dia jd saksi.ngerti ngak?

Walaupun peninggalan arwah mak x seberapa,tapi ianya amat bermakna untuk kami semua.bila kita wat pembahagian secara adil,insyaAllah xkan ada masalah.biasanya masalh akan datang dari orang yang tamak.lagi satu,bila kita ikut sistem faraid,mereka yang benar2 berhak je yang layak menerimanya.adeh,malu plak aku rasa nak cte panjang lebar bab duit ni,hmmm....adios...

0 comments:

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting