Wednesday, May 16, 2012

sama macam tajuk orang lain,:SELAMAT HARI GURU!!!!"

Posted by erienaerin at 12:54 AM
Selamat Hari Guru....hmm,lama dah aku tinggalkan sekolah.serius,aku x pernah pun nak ingat bila tarikh hari guru ni masa sekolah.yang sibuk aku ingat,bila la nak cuti sekolah sbb boleh la aku bedal semua buku2 yang ada tu untuk aku wat main cikgu2 kat belakang rumah bawah pokok jambu air,hahaha.....

Dalam hidup aku,guru pertama aku semestinya la mak abah aku.betul la kan,xkan lahir je terus g sekolah.ye tak?hehehe...aku mula kenal sekolah n guru masa tahun 1990.masa tu tadika x banyak macam sekarang kot.nama sekolah tu,TADIKA SINARAN.aku memang ingat sangat ngan cikgu aku ni,namanya CIKGU ZAINI.cikgu ni x garang,lembut je orangnya...A untuk API,B untuk BOLA,C untuk bla~bla~bla....kat tadika ni la juga aku mula mengucapkan,GOOD MORNING TEACHER,SELAMAT PAGI CIKGU,ASSALAMUALAIKUM USTAZAH FIZAH,walaupun ustazah fizah x pakai tudung,hahaha.....

Yang 2 dari kiri tu aku la....yang mata sepet tu,hahaha....

Dari tahun 1991-1996,aku belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1....aku boleh ingat lagi lagu sekolah ni.hmm,maknanya x semua wayar dalam otak aku dah putus.sekolah ni la yang paling hampir dgn rumah aku.jalan kaki boleh,berbasikal boleh,naik keta lagi la boleh.cikgu kat sekolah ni mmg best2 belaka.

 Ni gambo aku masa darjah 6.nama cikgu ni CIKGU ABD RASHID..ada dari mereka ni yang sekarang dah jadi cikgu dan mengajar di sekolah tempat kami sama2 belajar dulu.rindu zaman ni.aku yang mana?erkk!!yang muka selenga tu la aku,2 dari kanan,haha...tapi 2 dari kanan cikgu tu,sama2 tadika ngan aku.

Bermula tahun 1997-2001,aku belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2...masa form 1,aku ngan kawan2 aku anti gila ar ngan sorang cikgu ni.cikgu ni pompuan tapi nama dia nama lelaki.x payah ler sebut nama dia ek.dia ni boleh di kategorikan cikgu yang xde perasaan simpati pada mereka2 yang sengal bab Algebra.kamu jahat!!mmg dah jadi perkara normal bila tengok buku kengkawan aku terbang keluar.walaupun ko kejam,ko la yang mula2 mengajar Algebra kepada zebra2 macam kami,hahaha...!!!

Form 2,aku sayang ngan sorang cikgu ni.nama dia SABARIAH.tapi dia x lama mengajar kelas aku.masa tu dia mengajar kemahiran hidup.cikgu ni pindah sekolah lain x salah aku.

Masa form 3,antara cikgu yang mengajar aku,PUAN MASMERAH(B.I),PUAN UNGKU AINUN(AGAMA),ENCIK SELAMAT(SAINS),PUAN FADILAH(MATH)....cikgu math ni paling berangin ngan aku.mau x,dah ler aku sengal math,boleh plak masa percubaan PMR,aku x datang masa exam math.pergh!!dia punya haruk...tapi,aku leh wat muka tembok masa tu,hahaha...!!
 
Masa form 4,aku dapat kelas aliran Akaun.adeh,bab ni mmg mata aku mula la terbuntang.lagi2 la bila tengok kalkulator kawan2 aku yang size macam tauke kedai runcit kira hutang.bila je PUAN NORMAH masuk,awek2 kelas aku jd semangat,tp aku?dh lembik atas meja.cikgu ni comel je sizenya.tapi suara dia,kelas lain pun boleh dengar....wahhh cikgu,tetiba aku terbayang muka mu!!

Selain cikgu Normah,cikgu yang mengajar aku masa ni PUAN ROGAYAH....cikgu ni pun comel je sizenya.dia mengajar sastera.masa tu kitaorg semua pakat xnak amek sastera.kitaorg nak amek geografi.adeh...cikgu ni sampai menangis n jumpa pengetua.last2,budak melayu kelas kitaorg WAJIB ambil sastera.

Yang cumil ni,USTAZAH HASNAH....


Guru kelas aku masa form 5,PUAN LATIFAH....cikgu ni mengajar perdagangan.tp x lama belajar ngan dia sbb dia sakit.jadi di ganti dgn PUAN AFIDAH.dia pun mengajar perdagangan

Yang ni,PUAN HASNAH juga......dia mengajar math

Ramai lagi cikgu2 lain.tapi aku x dpt nak tulis semuanya..(sorry yer cikgu).walaupun aku bukan ler bdk yg "terkenal" di kalangan cikgu,tp cikgu rumah pasukan Wira(biru) akan ingat nama aku(ms hari sukan je).sebabnya?dh tentulah aku salah seorang "penyibuk" yang menyumbangkan pingat untuk rumah pasukan dlm acara olahraga,hahaha... 

Walaupun seumur hidup aku,hanya cikgu yg terpilih je dpt hadiah,itupun bunga ros yang dijual oleh kauselor.hah?ada ke patut?huhuhu.....tp sungguh,jasa2mu cikgu sampai bila2 akan di kenang.kalau xde cikgu,xdela engineer,polis,hakim,peguam dan banyak lagi.semoga semua para guru di rahmati Allah dan di kurniakan kesihatan yang baik.ikhlas dari ku,SELAMAT HARI GURU!!

0 comments:

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting