Monday, September 23, 2013

AFAPAFA??

Posted by erienaerin at 3:00 PM
Hmmm....apa ke pelik tajuk aku ni ek?hehe...apalagi kalau bukan ayat rahsia zaman bebudak sekolah.sape x penah dengar tu mmg aku x caya la.mmg kebanyakan bebudak sekolah tau ler guna bahasa rahsia ni.silap2 boleh cakap laju gila sampai mulut berbuih,huhuhu......

Masa mula2 makcik aku guna bahasa rahsia ni,aku masih sekolah rendah.aku tanya2 makcik aku,"kita ni org melayu kan?nape perkataan ni mcm pelik je?"....dia cakap,"ni bukan bahasa kamus,ni reka sendiri"....oooooo.....jadi,aku minta la dia ngajo tapi dia kata x bole,ti dia nak cakap rahsia2 ngan suami dia depan kitaorg dh x bole,hahaha....

Lama2 aku dok  melangok apa yang dia bebel,aku jadi faham mcm mana nak guna perkataan ni.mula2 cakap ngan adik aku,siap kitaorg tulis kat buku mcm mana nak sebut.bila dah selalu guna,dah laju gila beb.
baru la boleh kerek kalau nak cakap apa2 kat depan kawan2.dahtu,sorg2 suruh ajar....yg senang faham kejap jela,yg susah nak faham,tulis banyak mana pun,cakap banyak mana pun,x faham2.....

Tapi lama kelamaan,mcm kelako plak.mana taknya,sampai sekarang ni aku masih bercakp ngan adik aku bahasa ni.ntah apa2 la aku ni,hahaha....disebabkan selalu sangat guna bahasa ni,Zikry pun dah faham apa yang kitaorg bualkan.cuma dia x tau guna je,hampeh.

Cuma bila dah lama dok kat rmh ni,aku rasa rugi sangat.mana taknya,aku dah x ingat bahasa tamil ngan jawa yang aku belajar dari arwah atuk ngan kawan kerja lama dulu.mungkin x dipraktikkan,jadi hilang mcm tu je.ibarat kata Ustazah sekolah aku dulu,"ADA ILMU MESTI AMAL".jadi aku fikir,pasni nak kena belajar lg bahasa lain selain dari bahasa melayu.pesan arwah atuk,elok belajar bahasa lain ni,jadi kita tak di bodoh2kan oleh org,x diumpat depan2 dek org.hmmm....betul tak?apa2 pun,belajar selagi boleh belajar.kata org,usaha tangga kejayaan.x gitu abg ton?hahahaha.....

0 comments:

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting