Tuesday, December 6, 2011

AKU ANAK NELAYAN

Posted by erienaerin at 11:30 PM
Kol 10 pagi sepatutnya dah kena ada kat klinik tapi kol11 aku baru sampai.biasanya waktu2 camni x ramai org.tapi tidak untuk hari ini,aiceh....lama gak aku melangok kat klinik.JK ada 3org je,yg nak di periksa ramai.mana nak nak check baby,nak check org mengandung lagi.jadi,kena tunggu ngan sabar.diaorg layan dengan senyuman beb.xkan nak wat muka cam haramjadu plak kan?huhuhu....

Aqilah kena injection untuk kali yang ketiga rini.caya lah anak Ummi,wat muka selamba je,huhuhu...Zikry yang takut tengok adik dia kena inject.Masa zikry,hubby suruh wat checkup kat klinik panel,mmg jauh la beza.aku rasa kat klinik kerajaan lagi best la kot.injection dah semestinya free pastu diaorg tgok keadaan dan perkembangan baby.jadi,x payah ler bawak anak g klinik panel,membazir.....!

Balik dari klinik,dok melangok pk nk masak apa,aku dengar mcm bunyi pelik kat bwh sinki.mmg suspen gila ar.nak kata anai2,ganas sangat.jeng~jeng~jeng...sekali je,siput sedut daaa....aku lupa gilos semalam aku beli siput.memang dh tua sangat aku ni,hikhikhik....maklum ler,jarang masak siput jd mcm janggal la dengar bunyi2 siput tu.lauk aku rini ialah SIPUT SEDUT MASAK LOMAK CILI PADI...nyum~nyum,sedap kan?memang la sedap,tapi nak sepit kan ekornya tu yang wat eden lomah tu.

Masa kecik2 dulu,kalau nak makan siput sedut ni,abah aku g cari.tapi mak ngan adik aku x makan siput ni.mungkin sbb tu,abah malas nak cari lagi.dulu2 memang best la,nak makan udang ngan ketam pun senang je.ti abah aku g laut mcm g pasar.mmg confirm ada bwk balik pnya.tapi sekarang,sungai sini dah x cantik.kena korek sana sini.kena tambak lagi,jadi ikan,udang ngan ketam dah bawa anak,cucu cicit diaorg lari.

Jadi anak nelayan ni best.ye ar,org lain nak mkn seafood kena kuar duit berpuluh2,beratus2...tapi anak nelayan dapat mkn free je.agak nak makan sedap mcm kat kedai,bawak jela menatang tu suruh org kedai tu masak.ti bayar upah masak je.jadi,dapat la nak kerek sikit kat org meja sebelah,hihihi...

Abah aku dah lama jadi nelayan.sejak sebelum kahwin lagi.kakak aku klua dari perut mak aku pun,kat surat beranak dh tulis abah aku nelayan.sekarang kakak aku dah 31tahun,lama kan?kalau kerja darat,abah dah boleh kuar EPF pun.kakak aku pernah tanya kat abah,xnak ke kerja jadi security guard?abah gelak je,ti mesti dia cakap,"NAK SURUH ABAH JADI GUARD KE NAK SURUH ABAH G KERJA PASTU TIDO?"....x mencabar la maksudnya tu,huhuhu...

Tapi sekarang ni,musim hujan.cuaca pun memang x elok la.kesian abah,x kelaut.tu jelah mata pencarian abah.kalau sebelum2 ni,mak ada untuk membantu abah.tapi sekarang,mak terlantar sakit.abah susah mcm mana pun,dia xkn minta anak2 duit.minta makan jauh sekali.nasib baik la,adik ngan kakak aku ada.kalau x,teruk juga abah kena kuar duit belanja untuk pampers mak.aku?hmm,aku x bekerja jadi aku kurang membantu dari segi kewangan tapi ditukar kepada tenaga menjaga mak.

Tapi alhamdullilah,walau sukar mencari nafkah,mak ngan abah dah membesarkan kami 6beradik.berjaya atau x kitaorg,bukan urusan org lain dan bukan salah mak ngan abah.yang penting,kitaorg jadi manusia bukan jadi org2 yang kat sawah tu,huahuahua....!!menagarut je la kerja aku.






0 comments:

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting