Friday, December 16, 2011

KERANA MULUT SENDIRI BINASA

Posted by erienaerin at 10:58 PM
Sepasang suami isteri berjalan2 di tepi sungai...mereka kelihatan amat lesu sekali.si isteri yang kepenatan menarik tangan suaminya untuk duduk di bawah pohon yang teramat besar.sambil bersandar si isteri berkata,

"Besar nak mampuih ha pokok ni kan pak nya.pokok ke KLCC ni?hahaha!!!"....si isteri ketawa dengan rabaknya.
"Awak ni mak nya,mulut tu cakap biar la elok sikit.dah la kita tumpang berteduh di bawah pohon ni,awak lagi nak mengomel bukan2....pasal mulut awak ni la kita selalu dapat malang.duduk diam2 kat situ,jangan nak memeningkan kepala hotak berjambul saya ni"........balas si suami yang telah duduk bersandar sambil cuba melelapkan mata.

Si isteri terasa bengang kerana suaminya tak melayan omelannya.sambil duduk2,matanya meliar kesana sini.kepalanya memikir2 dimana mereka akan bermalam hari ini.hidup mereka tidak tentu hala setelah di halau oleh orang kampung gara2 mulut si isteri yang mcm puaka tebing biru ni.ada ke patut dia fitnah bini imam ada skandal dengan bai jual karpet.biasanya fitnahnya terhadap org kampung menjadi tapi tidak untuk kali ini.di sebabkn tidak tahan dgn kerenahnya,penduduk kampung sepakat menghalau mereka suami isteri.

Tiba-tiba mata keponya terpandang benda yang berkilau....

"Eh,apa kejadah tu?"....dengan gelojohnya dia meluru.
"Pergh.....telur puyuh emas tuuu!!!!pak nya,mari sini.awak tengok ni,telur puyuh emas"...katanya dgn gumbira.
"Mana awak jumpa ni?pulangknla.bukan hak kita pun"...balas si suami
"Awak ni gila ke bodoh?dahla kita tgh merempat,kebulur...kita jual je,mesti kaya!!"...sergah isterinya.
"Jadi manusia tu,biarlah jujur...merempat pun merempatlah janji kita tak ambil hak orang"....

Tidak semena2 terdengar suara garau berkata,

"WAHAI MANUSIA,KAMU AMAT BERTUAH KERANA TERJUMPA TELUR PERMINTAAN.GUNAKANLAH IA SEBAIK MUNGKIN.1 TELUR,1PERMINTAAN...GUNA LAH KETIGA2NYA UNTUK KEBAIKAN KAMU............"

Si isteri dengan gembiranya dan x sabar2 nk menggunakan telur itu.di bersungguh2 inginkan 1set barang kemas HABIB SEWEL yang mahal.si suami menasihatinya agar berfikir dgn bijak.baik minta wang ringgit untuk kaya,dah confirm bole beli banyak2.tapi isteri ttp berdegil,mereka bertekak dan terus bertekak.sampai telur pun naik retak.

Disebabkn hilang sabar,si suami terlepas kata,"ko ni,xde mulut lagi bagus ar!!bosan aku dengar ko memekak!hari2 nak bertekak ngan aku"....dengan tidak sengaja,sebiji telur permintaan jatuh ke tanah dan pecah.lalu.......

PLING!!!!

Uit?mulut isterinya hilang?hahaha,si suami ketawa terbahak2 melihat isterinya meronta2 sambil menangis tapi xde suara yang dengar sbb mulutnya xde.si suami gembira sambil berzapin kerana inilah pertama kali dalam hidupnya dia merasa aman...........tetapi tidak lama.di pandang isterinya penuh kasihan.di tenung telur yang berada di depannya....tinggal 2,apa yang patut aku buat?pentingkan diri sendiri atau pulihkan isterinya?dia berkira2...si isteri datang menumbuk badannya.dengan nekad,si suami meminta,

"Aku minta mulut untuk isteriku!!"....

PLING!!!!

Terdengar dengungan seperti lebah di depannya....hah!!!badan si isteri penuh dengan mulut.mukanya juga.OMG!!!apa yang aku minta ni...si isteri membebel dengan mulut yang banyak itu.aduhhhhh,pening kepala si suami.1 mulut dia tak tahan ini kan pula mulut yang penuh 1 badan.di ambil telur yang tinggal lagi sebiji tu,si suami meminta...

"Aku minta,mulut isteri ku kembali sedia kala!!"....

PLING!!!!

Mereka memandang sesama sendiri.isterinya telah kembali normal....tetapi masing2 di landa kekesalan.tidak tahu mahu salahkan siapa.suami yang salah atau isteri yang salah.hrmmm,suami memikir,kenapala aku menghampakan isteri ku.si isteri pula,memikir kenapala dia x pernah bersyukur memiliki suami yang penyabar dan tidak mementingkan diri sendiri.akhirnya,mereka diam seribu bahasa dan bersandar kembali dipokok yang besar itu.

Hmmm,ni la akibatnya kalau dah xde idea....merapu je la kejenya....tapi,aku x suruh pandang merapu tu,sila pandang isi tersurat dan tersirat ye.oh yea....MAHARAJA LAWAK MEGA dah start.adios!!nanti aku merapu lagi ye,PEACE YOOO!!!


2 comments:

Aida Omar on December 25, 2011 at 11:20 AM said...

hahaha...aduiyai lawak betul cerita nie. tapi pengajarannya tetap ada.. hahaha.. tak boleh tahan rasa nak gelak lagi. good job la..

erienaerin on December 31, 2011 at 3:09 AM said...

hihihi....yang penting,pengajaran kisahnya :)

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting