Thursday, December 15, 2011

GADIS YANG DIGELAR MAHADEWI MALAS

Posted by erienaerin at 8:39 PM
Pagi-pagi lagi telah terdengar pengumuman di hujung kampung .semua penduduk kampung di minta berkumpul di balai raya.penduduk kampung yang tercengang2 mula berkumpul.ada yang tidak berselipar,mata yang masih terpisat2,aik?yang berjalan sambil memberus gigi pun ada?hmm,semua sedia maklum dengan perangai gonjeng ketua kampung itu.sesuka hati beliau bila ingin memanggil penduduk untuk berkumpul.tak kira waktu plak tu.hatta di awal pagi pun beliau sanggup,semata2 untuk meminta penduduk mencari gigi emasnya yang hilang.huh!!

Setelah penduduk Kampung Lalang  berkumpul,tak kira la yang duduk atas tanah lot atau tanah setinggan.semua berdiri tegak ala-ala ingin menyanyikan lagu negaraku.kelihatan kepala ketua kampung yang tersenguk2 kerana kepenatan menunggu anak2 buahnya datang.bila tersedar,beliau pun berdiri dengan gaya macho sambil menyikat misainya yang melentik macam A.Galak tu.

"Pada hari ini,saya ingin membuat pengumuman,bahawa saya ingin mengadakan pertandingan.gadis2 yang merasakan dirinya malas tahap kodok ngorok,sila tampil kehadapan!!!"......suasana sepi seketika.hanya kedengaran bunyi angin bertiup sepoi2 budi bahasa."Ulang suara,sesiapa yang rasa dirinya malas,sila tampil kehadapan!!sesiapa yang menang,hadiahnya amat menarik,tertarik,memang da boom!!berbaloi untuk jejaka kampung"........kelihatan,separuh anak gadis dari keseluruhan bilangan anak gadis kampung tampil kehadapan.

Ketua kampung merasa malu tahap pokok semalu.beliau memikir2 sambil tersenyum bajek hensem.pasti kali ini,agenda beliau menjadi.hihihi...."untuk kesejahteraan kampung,aku mesti bertindak".begitulah kata hati kecil beliau yang hanya boleh didengar oleh dirinya sendiri.

Setelah melalui ujian saringan ,hanya 3 yang benar2 layak ke pusingan akhir dan akan di gelar MAHADEWI MALAS....!!hahaha.......ketiga2,gadis itu diberi tempat penginapan selama 7hari 7malam,complete dengan makan free yang di hantar tuu.baju2 yang cukup,serta dapat menonton ASTRO B-YOND dan boleh melanggan ASTRO FIRST ikut suka hati diaorang.fuhh!!mmg selesa la untuk,seminggu.

Setelah pertandingan bermula,semua penduduk balik ke rumah masing2.mereka tidak sabar menunggu 7hari itu berlalu.ini bukan rancangan MASTER CHEF atau AKADEMI FANTASIA jadi tak perlu pasang CCTV di tempat penginapan..........

7hari telah berlalu,masing2 menunggu dengan debar.sebab ada plak penduduk yang sempat betting sape yang menang.di pagi jumaat yang ceria itu,ketua kampung berjalan menuju ke arah mereka.dengan lafaz Bismillah....pintu bilik dibuka............

BILIK PERTAMA
Kelihatan gadis itu sedang bersarapan.kain baju kotor terkumpul didalam bakul.pinggan mangkuk x berbasuh,berlonggok di atas sinki,lantai x bersapu.nak mop?lagi hampeh.ops,bilik airnya bersih."gadis ini rajin bangun pagi tapi malas mengemas"...begitulah ketua kampung berkira2.

BILIK KEDUA
Ish,teruknya bilik!!kain baju bersepah,pinggan mangkuk kat atas sinki,x bersapu,tempat tidur siap ada makanan.bakul sampah xde sampah tapi sampahnya kat atas lantai.bilik air dah macam tandas awam.gadis itu?sedang tidur laaa.apa yang dia boleh buat ni??betul2 malas.

BILIK KETIGA
Biliknya berhabuk,bau masam peluh terpempam....bilik air kotor.biliknya gelap,air cond tidak  terpasang.kelihatan makanan yang di hantar,tidak terusik.aik?gadis itu sedang menggigil diatas katil.adakah dia sakit?ketua kampung masuk bersama isterinya.beliau bertanya,"adakah kamu sakit?"....geleng..."apakah makanan itu tidak sedap?"....geleng lagi...."jadi?mengapa kamu tidak makan?"........jawab si gadis poyo bermuka cun gila itu dengan terketar2...."sesungguhnya saya sangat lapar,teringin menonton tv LED itu,teringin merasa kesejukan air-cond itu tetapi..........SAYA SANGAT MALAS UNTUK MENYUAP MAKANAN,MALAS MENGAMBIL REMOTE TV DAN AIR-COND ITU......"ketua kampung terbuntang biji mata!!

Selepas keluar dari bilik itu,ketua kampung dengan lantangnya bersuara bahawa baliau telah bertemu dengan pemenangnya......hadiahnya ialah,"KO BERAMBUS DARI KAMPUNG NI.AKU MENYAMPAH TENGOK MUKA ORANG PEMALAS MACAM KO!!BINAWE BETUL.TAK PERNAH AKU JUMPA ORANG YANG PEMALAS MACAM KO NI,HARAP MUKA JE CUN TAPI??.....ARGH,X PENTING SEMUA TU.YANG PENTING,KO NGAN KELUARGA KO,NYAH HARI INI JUGA!!!"

Haaaa,moral citer ni ialah,G SEKOLAH BELAJAR PENDIDIKAN MORAL LA,hahaha....aku?malas yang biasa2 aje.xdelah cenggini ko....biasala,mana ada org yang super duper rajin.dah penat,aku relax ar tdo.xkan aku nak kerah tenaga aku macam buruh paksa plak 24jam,huhuhu....hmm,cukupla aku melalut rini.ti aku melalut lagi,hihihi.....

2 comments:

Qil_H0shi on December 15, 2011 at 11:09 PM said...

haha.,dye yg wat ptndgn.,dye nx halau.,
*sngt2 mls yg last skli tuh :)

erienaerin on December 15, 2011 at 11:38 PM said...

yeah!!malas tahap gaban

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting