Friday, October 5, 2012

ABAH DAH BEBAS...SEKIAN

Posted by erienaerin at 10:45 PM
Abah dah bebas yeh...abah dah bebas yeh....bebas dari apakah?huhuhu.....abah dah x perlu guna urine bag lagi.dari hari raya ke-3,sampai la ke hari ni,baru la abah bebas dari membawa urine bag tu kemana2.mengapakah?err....aku sebenarnya x brp suka nak kongsi cerita kalau bab2 menjaga mak abah aku yg sakit.maklum ler....ada org ni perangai aneh2.kita ikhlas pun org kata nak menunjuk baik?WTH.....hmmm,dah tentu mak abah aku....bukannya mak abah ko,huh!!.

Ok,mcm ni citernya.abah aku ni selalu mengadu sakit perut.sebenarnya dah lamaaaaaaaaa sangat.tapi bila kitaorg ajak g spital,mesti dia menolak.masa tu arwah mak belum sakit lagi.abah kerap mengadu sakit perut,sukar utk buang air kecil.

Sampaila mak berulang masuk spital,kitaorg paksa juga abah g buat pemeriksaan kat spital waktu lepas melawat mak.tapi abah berkeras.....kat rumah abah kata ok utk g check bila sampai spital,banyak alasan abah.bila perut abah dah terlampau sakit,abah g klinik sajork.dpt amek ubat tahan sakit,abah rasa lega.

Disebabkan dh terlalu lama tahan sakit,perut abah dah jd kembung.badannya kurus tapi perutnya buncit.jadi,kawan2 abah pun kata la yg abah aku ni kena batu karang.gara2 sukar buang air kecil.mcm2la petua diaorg bagi suruh amalkan.mkn itu la ini la,rebus itu la ini la tp x ok2.

Jadi,satu hari tu....aku terbaca kat majalah tentang prostat.aku bgtau hubby mgkin abah kena penyakit ni memandangkan faktor usia abah yang dah >50...tapi disebabkan abah kata batu karang,aku diam kan juga.akhirnya.....hari raya ke-2 kemarin....aku bawa abah balik ke rumah aku.masa tu abah mmg dah x dpt nak tahan sakitnya lagi.abah dah kata nak bwk g mana pun dia x kisah.dah beralah kiranya neh.

Hari raya ke-3....hanta abah terus ke HSI.....xde klinik2 lagi.lps kena periksa,doktor terus masukkan tubing kat saluran kencing.sekali dpt keluar 6liter urine.patutla perut abah besar.lepas seminggu kena g spital semula.cukup je seminggu pergi smula spital.sekali je diaorg kata kena dtg semula pd 22/10/2012 plak sbb org ramai.,raya kan......adoyai.....lama sangat.tapi tarikh tu hanya utk pemeriksaan.bukannya dah confirm sakit abah.bayangkan,dgn urine bag,abah ke hulur hilir tapi blm tau kata putus.dahtu,selang 2minggu,kena g klinik kerajaan utk tukar urine bag.

Last2,abah bincang ngan kitaorg abah nak g spital swasta.jadi call la spital2 swasta yg berdekatan.spital regency xde doktor utk bahagian UROLOGY.mula2 abah nak g WISMA MARIA tp aku minta abah g KPJ Johor Specialist.lepas wat pemeriksaan,baru la dpt tahu saluran kencing abah sempit(PROSTAT) dan pundi kencing abah dah rosak....oh man...mmg sedih tengok abah.pas abah dh setuju utk dibedah,selasa lepas 25/09/2012,masuk ler abah kat bilik pembedahan.perghh...perut abah kena belah....tapi lepas di bedah keadaan abah x stabil,terus kena masuk ICU.mmg aku kaget jap.dhla tahun lepas,24th.SEPTEMBER.2011 arwah mak masuk ICU,ni...25th.SEPTEMBER.2012,abah plak.....

Lepas pindah dari ICU,abah kena tahan kat wad 3hari.tapi pas klua spital,ngatkan dh bole bubye kat urine bag tu,rupanya kena guna lagi seminggu.jadi,hari ni dengan jayanya tubing tu di cabut,dan benang kat jahitan abah ditanggalkan.argh....aku yg ngeri.nyilu plak perut aku.hmm,hari yang berikut ni,aku la nurse abah sampai luka perut abah tu kering.aku bg abah minum pati ikan haruan,x sangka aku pati ikan haruan tu baunya menyengat giler!!!!bertambah kembang hidung aku terbau air tu,bluweekkk!!

Mudah2an,pundi kencing abah yang rosak tu dapatla pulih.kesian abah,dahla x berteman...bila sakit,xde teman nak berkongsi kisahnya.klu masa arwah mak masih ada,mak la penasihat,pendengar dan pencerita untuk abah.Al-fatihah untuk mak dan semoga abah cepat sembuh.sayang abah!!

0 comments:

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting