Tuesday, October 23, 2012

U KNOW WHAT?MENYEBALKAN

Posted by erienaerin at 11:30 PM
Ntah apa2 la tajuk aku ni.apa yg aku nak merepek ni bukan la nak cari pasal dgn sorg hamba Allah ni.tapi aku xtau  napela dia ni boleh wat aku ni jd stress.MOTIF,bukan nak buruk2kan dia tapi sekadar nak menyibukkan kisah dia kat blog aku,huahuahua.......

Bila je tiap kali aku buka FB,walaupun x sekerap aku ngadap kartun OGGY dan KECOWAK ataupun UPIN&IPIN,pasti aku turn off chat bila aku nampak nama hamba Allah ni.mungkin org lain pun buat kot bila nampak nama aku,maklum aku ni suka nyibuk,kuikuikui.....

Mula2 sekali bila dia add,aku confirm kan jela.maklum,kenalan lama.tapi bila tiap kali chat,alamak.....serius ar kepala aku serabut.aku memang rasa TERGANGGU ar bila org ajak join itu ini,bisnes itu ini.

Masa mula2 dia ajak aku join,aku dah tolak cara baik.cuba fikir la kalau tiap kali aku on9 dan dia nak chat semata2 nak cerita pasal bisnes,rasa TERGANGGU ok.tau la motif dia nak membantu kawan2 tapi cuba la plak faham perangai org lain.kalau aku dah kata x minat,xpayahla nak try.lain plak jadinya kang.contohnya macam sekarang ni lah,dh terpaksa aku taip cerita ko yg wat aku sebal amat!!

Aku malas nak chat ngan dia 1 hal,rini dia boleh plak msg aku tanya lagi benda yang sama.pergh!!!plak tu aku tgh tunggu adik aku keluar dari asrama dengan kadar waktu yg buat aku hilang sabar.maklum ler,mmg suka terhegeh2.aku x suka menunggu ok dengan bahang panas petang waktu asar ni.faham la eh.lagi tambah bahang otak aku dgn msg ko walaupun ringkas tu.

Tak salah berkongsi untuk kebaikan bersama dan aku x nafikan semua org nak hidup senang.lagi2 bila nampak pulangan tu mmg lumayan tnpa perlu bersusah payah bersengkang mata.mcm yg dia update kat status FB dia rini,tentang org x memikirkan kehidupan lagi 20tahun.mmg ler aku ni suri rumah sepenuh masa.tapi otak aku belum tepu lagi dok rmh sampai x boleh nak fikir pasal masa depan.otak aku ni masih boleh berfungsi dgn baik ok.

Tolonglah hormat perasaan org lain,x perlulah mendesak kalau org dah kata xnak.mmg la wat kuih ni leceh.bisnes yg ko jln kan tu plak x payah kerah tenaga tapi kalau dah baking tu minat aku,xkan la ko nak kata membaking ni melecehkan.yg buatkan aku,aku  x minta ko dtg tlg pun kalau aku x tersiapkan order.

Setiap org kan ada minat masing2.jadi kalau dah minat ko kearah situ,x semestinya minat aku pun sama.cubalah faham.....ko kan masih ramai lagi kawan2 jadi x payah kerap sangat mengajak aku yg sememangnya x berminat ni.pleaseeee.......

Aku tau tujuan ko baik nak sama2 senang dgn kawan2.tapi buat masa ni,aku masih bersyukur dgn rezeki yg Allah kurniakan kpd aku.Alhamdullilah,aku masih mampu untuk berkongsi dengan org lain dan aku masih mampu untuk bersedekah.mungkin rezeki yg `terbanyak` bukan untuk aku dan hubby tapi InsyaAllah,rezeki tu untuk anak2 kami.

Memang nafsu untuk memiliki macam2 tu tinggi tapi aku dah cuba belajar dari hubby,bersyukur apa yang ada.hubby pun kerja macam biasa,xdelah sampai nak kena cari part-time untuk selesaikan pinjaman rumah ataupun kerja lebih masa semata2 nak belanja ntah apa2.

Tolong ler jangan cerita lg pasal bisnes ko ngan aku sbb aku masih lg tgh belajar utk menjadi org yg bersyukur dan redha.nnt bila aku dah rasa pass ngan ujian bersyukur aku ni,insyaAllah ko boleh ajak aku semula.

Mudah2an lepas ni,ko makin di murahkan rezeki.aku xnk join tp aku akan mendoakan kejayaan ko tp jgn lupa ya bersedekah dan berzakat.mudah2an nikmat mendapat rezeki tu lebih terasa bila di kongsi bersama mereka yg lebih memerlukan.adoyai...mcm iklan coca-cola la plak.dan akhir sekali,andai ko terbaca la apa aku merepek ni,minta maaf ler banyak2.sekadar luahan aku yg mmg malas nak fikirkan benda yg wat aku rasa terganggu,ok.peace yoo~



0 comments:

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting