Saturday, July 24, 2010

PEREMPUAN ITU LEMAH?

Posted by erienaerin at 12:58 PM
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
celik mata pagi ni,aku berkira2 sendiri.ahad ke sabtu ni?aisey,sabtu laa...so kena kerja."PENDEK KATA,SELAGI TAK TUTUP MATA,KERJA,KERJA,KERJA".dialog MR LABU,hihi...mcm biasa la rutin aku,hanta zikry sebelum g kerja.semua kena wat sendiri beb.hubby balik kerja dh penat,biasala kerja mlm.
bersyukur sangat dilahirkan sbg PEREMPUAN kat dunia ni dan dikuriakan kpd aku suami yg peyayag dan bertanggungjawab.PEREMPUAN?nampak lemah tp memiliki kelebihan yang byk sgt dari kaum lelaki.lgpun ramai lg PEREMPUAN kat luar tu sama je rutin mcm aku.hanta anak,g kerja,amek anak,g pasar,masak,kemas rumah,basuh & lipat pakaian,jg anak jg suami,eh tu jg lain,hihi.celik je mata bgun pg lakukan bnd yg sama hari2.tp perbezaan kami cuma,bekerja@suri rumah,bil anak dan tanggugjawab suami pd keluarga.selagi diberi kesempatan untuk melakukan yg terbaik untuk keluarga,aku akan lakukan yg paling terbaik.mcm org indon kata "PALING NGETOP".jgn nnt bila aku dah terbaring sakit baru aku nak terfikir apa yg aku dh abaikan pd keluarga.selagi gelaran mulia sbg ISTERI msih aku guna,InsyaAllah,aku xkan khianati cinta dan tanggungjawab aku pd suami.walau sesusah mana aku kena harungi,aku pasti,aku bole buat.sbb PEREMPUAN tu kuat,peyabar,penyayang,pe..bla~bla~bla...

Kalau suami mempunyai hak dan kewajipan terhadap isterinya, maka isteri juga mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suaminya. Sesungguhnya tugas seorang isteri terhadap suaminya adalah sangat penting dan mesti dipatuhi sehingga pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”

(Hadis Riwayat At-Turmizi)

Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya. Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :
a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
f) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)

0 comments:

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting