Thursday, September 29, 2011

BEZA MALAM JUMAAT DULU2 DAN MALAM INI

Posted by erienaerin at 9:21 PM
Khamis malam jumaat mmg di label kan sebagai malam yg agak menyeramkan.kalau tak,tak kan la budak2 sampai wat lagu untuk malam jumaat.contoh lagu yang biasa di nyanyikan budak2 pas balik ngaji;
~MALAM INI MALAM JUMAAT,MALAM ESOK MALAM SABTU~
~MALAM INI AKU JUMPA MAYAT,MALAM ESOK AKU JUMPA HANTU~
hahaha....motif di nyanyikan,untuk takutkan member tp nape ayat dia AKU ea?hmm,tapi walaupun mcm tu,lagu tu kira glamour la.hmm,lagi satu cite tahyul dulu,jangan tangkap kunang2,atau nama gelarannya kuku cina mampos.aduh,biol jap klu igt2 balik,lucu pun ya jugak.kata budak2 dulu2,klu tangkap kunang2 tu nanti pinggan kat rumah pecah.haish,mengarut tol la.

Bila waktu2 sekarang ni dulunya abah akan panggil kami adik beradik.masa tu ber empat je.duduk bersila depan abah...soalan yg akan abah kemuka kan,aiceh,mcm g kursus nikah plak
1)MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH
2)RUKUN ISLAM
3)RUKUN IMAN
4)BACAAN RUKU`
5)BACAAN SUJUD
6)AL-FATIHAH
7)NAMA2 MALAIKAT DAN TUGASNYA
8)NAMA 25 RASUL
9)SOLAT FARDHU
DAN BEBERAPA SOALAN ASAS
Masa mula2 abah ajar ni aku 6 tahun.kalau x tanya soalan2 ni,abah akan suruh ulang balik apa yg di baca masa mengaji.

Dipendekkan cerita,satu malam tu,aku tgh ralit main jadi model ngan adik aku.gelak2 mcm esok x pyh g sekolah.kitaorg pakai baju tido sepasang.baju tu berbutang di depan n ada seluar pendek paras lutut.jadi,adik aku buka baju tu dan pakai secara terbalik.maksudnya,butang tu ke belakang.boleh bayangkan mcm mana rupa pakai baju terbalik tu?dgn labelnya naik ke dagu.tiba2 bapa aku panggil.....SAYANG ABAH....DUDUK SINI.adik aku pun terlari2 g depan abah.waktu ni,aku 8tahun,adik aku 6tahun...

Seperti lazimnya,soalan yg dh biasa diberi di soalnya.kena turn mama abah tanya rukun iman,di bantainya rukun islam.mengucap dia baginya selawat.apa lagi,abah aku pun naik angin la.x perlu rotan,x perlu tali pinggang.cukup kata2 ringkas abah bg,adik aku terus melalak.biasa la,baru 6tahun...kepala ingat nak main je.betul tak?

Yang wat aku x boleh lupa kejadian malam tu,bayangkan budak kecik 6tahun yg tembam,berkulit seperti anak india,gigi lopong+ada gigi emas yg kecik2 tu(rosak),rambut rata depan,pakai baju terbalik tengah menangis,mulut merabak....serius,bg aku kelakar gila.(tgh ketawa mcm org biol jap)

Walaupun bapa aku bukan ustaz tapi hanya seorg nelayan,dia x lupa nak ajar kitaorg.bagi org lain itu hanya soalan2 biasa tp pernah x korg terjumpa,org yg x tau mana satu selawat dan kalimah syahadah?mengungkapkn ALLAH SAW BUKAN ALLAH SWT.....pernah x korg jumpa?bila terjadi kejadian ni,mak aku sampai menangis x percaya bila tengok bakal pengantin yg tgh menghadap tok kadi x tahu tentang ni.bukan terlupa ye tp TAK TAHU....tiba2 aku terasa beruntung ada abah yg x bersekolah dan x pergi darjah khas,masih punya masa mengajar kami tentang asas ini.berapa ramai org yg akan duduk dengan anak2 sambil duduk berbual tentang perkara2 ni?sungguh,aku rindukan waktu itu....terima kasih abah.

0 comments:

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting