Tuesday, October 4, 2011

Perjalanan ku hari ini

Posted by erienaerin at 10:35 PM
Pergi isnin selasa kembali,
Selepas selasa rabu pula,
Apa aktiviti aku hari ini,
Mestila ke hospital melawat bonda.

Aiceh,berpantun la plak...huhu....rini aku dok menyibuk naik keta kakak aku.malas nak drive(save minyak,huhu).lagipun parah gak kalau tgh drive Aqilah mengaruk nak susu.Nak sampai ke spital tu,banyak benor tempat yg di singgah.Keluar rumah g rumah kakak aku,dah tu g BAKEWELL beli barang kuih....jalan depan sikit,g KIPMART,keluar KIPMART,lorh...g kedai RM2 plak?hmm.....nasib baik bukan aku yang drive.penat beb!!

Sampai spital,dah kol 4.40ptg...aku naik dulu.adik,kakak n anak2 aku tinggal.Dalam ICU,pak busu aku dari singapore dah ada....Aku dok dalam 45minit gak dlm ICU.bersihkan muka mak,bibir mak dah terkopek2...

Petang ni keadaan mak x berapa baik.siap kena masuk darah lagi.dah 11hari mak x makan hanya bergantung pada susu je.Feeding bag hanya bole di gunakan 24hours sahaja.itu yang aku nampak diaorg wat note kat white board tapi tubing tu aku x pasti.

Sebelum ni Feeding tube tu diaorg salurkan melalui hidung tapi hari ni dh tukar melalui mulut.Jadi mulut mak memang sentiasa terbuka.Sebelah kanan tubing oksigen,belah kiri mulut mak,feeding tubing.Mungkin ada bahan pelali diaorg bg pada mak masa nak tukar laluan tubing tu sbb mak mcm mamai.Mata mak berat je nak buka tapi dia dengar masa kita panggil.

Dari pandangan aku,mak dah x selesa...mau x nya,dah 11hari terbaring.Mengiring pun masa nak tukar pakaian je.Pak Busu aku panggil mak,mak cuma buka mata sekejap je.

Nak melepak lama2 aku x boleh,x fair la kan....bg akak dgn adik aku plak naik.masa aku melepak kat cafe,Pak Busu(adik abah),isteri n anaknya sampai.aku x sempat jumpa.cuma Mak Usu call tanya wad mak.Jadi,hari ni kedua2 pak busu aku datang melawat,hihihi.....

Bila tengok waktu dah mencemburui kami,aiceh....balik la jawabnya.Hanta Pak Busu(adik mak) ke Pandan.Nak beli cd katanya.Pastu singgah la plak ke GIANT....teman kan adik aku ke COURTS MAMMOTH n beli barang kat GIANT.keta kakak aku dah macam keta org thailang jual periuk la plak.dengan rice cooker,iron,stroller,barang2 kuih aku,kitaorg berlima....kalau naik keta comel aku,maunya muka aku anak beranak melekat kat cermin sbb ditimpa barang2 tu semua.

Sampai rumah dah 9.30mlm....dah malam pun,apa lagi?x reti2 nak tidur?huh!!!

0 comments:

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting