Saturday, October 8, 2011

SEKADAR LUAHAN BUKAN KELUHAN

Posted by erienaerin at 3:34 AM
bukan untuk meraih simpati sesiapa....sekadar berkongsi kesedihan aku sekeluarga....

Dah 15hari mak menjadi penghuni ICU HSI....dan 15hari jugak la kitaorg adik beradik berulang alik melawat mak.walaupun masing2 ada kewajipan,kitaorg pastikan setiap kali waktu melawat,kami bergilir hadir untuk bersama dengan mak.tapi hari ini,07/10/2011,agak sukar nak membuat keputusan mengizinkan mak membuat pembedahan kecil di tenggorokan nya.effect dari bantuan pernafasan yang mak guna,sekarang paru2 mak dah di jangkiti kuman yg serius...jantung mak agak lemah....dan buah pinggang yang menghampiri kegagalan melakukan tugasan yg telah Allah tetapkan....

Abah semakin sesak untuk berfikir ditambah lagi kesedihan dia melihat pasangan hidup yang sentiasa susah senang bersama dengan nya.hati abah sudah tidak sukar untuk ditafsir bila kesedihan dan kemurungan itu jelas2 terpancar dari muka abah. jadi keputusan biarlah kami adik beradik yang buat dan kami yang tanggung.Aku tak mahu orang lain menyalahkan abah sekiranya pembedahan ni akan lagi teruk jejaskan mak......

99% mak bergantung pada VENTILATOR MEKANIK....suatu alat yang di cipta untuk membantu sebahagian atau mengambil alih seluruh fungsi pertukaran gas paru-paru untuk mempertahankan hidup....paru2 mak dah tak boleh mengepam dengan baik seperti dulu jadi untuk bernafas dengan baik adalah suatu perkara yang sukar..

Setiap hari melihat mak terbaring lesu,hanya sedikit respon bila dipanggil dan ketika mak merasa sakit di tambah lagi kekerapan mak demam dgn suhu paling tinggi hari ini...kemarin aku fikir,bila mak dah sadar,mak dah boleh masuk wad biasa dan beberapa hari lagi boleh balik kerumah...tapi semuanya hanya harapan kami sahaja.....

Mula2 mak masuk ICU,keluarga di singapore memberi cadangan untuk transfer mak ke sana.Kakak sedara pun tolong survey kan ambulance.tapi bila berbincang semula,kitaorg memang kena batalkan hasrat tu....mmg betul perubatan di sana agak class tapi kitaorg takut andai umur mak x panjang,kitaorg x dpt nak buat apa2...dengan abah yang memang x dapat masuk kesana,dan ada diantara kami xde pasport.jadi bole bayangkan apa yang kami akan hadapi seandainya mak kat sana?

Sepanjang aku hidup,mak memang bekerja keras membantu abah yang hanya seorang nelayan.....kerja kilang dan pernah part time sebagai cleaner.tubuh badan mak dh dikerah bekerja selama ni.masa mak kerja permanent pagi,pukul 4pagi abah akan hantar mak ke masai untuk tunggu bas....hari2 ulang alik ke singapore...bila sampai rumah,dah malam....bertahun2 mcm tu.bila adik2 aku dah besar,mak tukar plak permanent malam.

Setiap hari lepas isya,mak akan tunggu bas depan masjid masai.balik kerja pagi,adik aku amek mak kat bus stand masai dalam kol 8pagi...bila umur mak dah melebihi 50,daya kecergasan makin kurang.lagi ditambah kurang tidur masa malam.....kesian bila tgok mak tdo....tdo di dalam kepenatan yg amat sangat.....

Dan akhirnya...tahun 2009,diabetes mak semakin teruk.tapak kaki mak dah x berasa.kadang2 bila mak berjalan,selipar tercicir pun mak x perasan.sehinggalah,kaki mak tercucuk paku payung dan mak langsung x rasa tau2 lukanya dah berbau.adik aku mama dan farah cucikan luka tu.alhamdullilah pulih tetapi lepas mak terpijak mainan,kaki mak jadi bengkak.aku tgok bengkak di bawah kaki mak,ada 1 lubang yang kecil warna kuning tapi kelilingnya dah bengkak.bila hantar mak ke hospital....2jari mak terpaksa dibuang...gara2 kuman dah merebak cepat hingga ke tulang.lama jugak mak cuti....xlama lepas tu,mak kena buat pembedahan mata di singapore.selepas pembedahan tu,penglihatan mak semakin teruk...ada masa mak terus tak nampak.....

Dalam masa mata x berapa nampak dan kaki yang berdengkot,mak masih berkeras nak kerja...dari muda dah kerja,jd dia x selesa duduk rumah.sampai satu masa,mak dah xbole buat kerja dgn baik....reject terlepas,target x dapat,mak kecewa....lastly,mak amek keputusan untuk berhenti...mak bekerja dikilang yang mengeluarkan barang2 yang digunakan di hospital,contoh;bag air@darah,peralatan untuk dialisis dsbnya....mak cakap,kalau dia masih pentingkan diri sendiri nak bekerja,apa jadi pada org yg akan gunakan produk tu andai kata dia lepaskan byk reject....pasti membahayakan org lain........

Tak sampai 3 bulan mak berhenti,awal tahun ni mak kena serangan stroke...x sanggup aku tengok mak nangis kecewa depan kitaorg pada hari pertama dia kena stroke...mak x dpt imbangkan badan.bila bangun,mak tersungkur.bila kitaorg bantu,mak marah....dengan air mata yang berjurai,mak paksa badan dia untuk berdiri tapi gagal.mak terduduk menangis kecewa......kitaorg hanta mak ke HSI,2minggu mak kat sana.ditemani farah yang selalu menjadi peneman mak bila mak di wad.

Lepas kena serangan stroke,mak jadi takut untuk makan macam2....kalau kitaorg nak makan yang sedap2,kitaorg sembunyikan dari mak.Lepas adik aku masuk ILP,abah yang masak kan untuk mak.balik dari laut,abah akan masak,mak pulak teman kan abah di dapur.hujung minggu,aku dan kakak akan bergilir bawa mak tidur di rumah kami.Kalau mak makan,apa yang kita hidangkan,itulah yang akan dia makan.kalau tidak ada sesiapa di rumah,mak akan ambik je apa2 yang ada dalam periuk.ada ke xde lauk,mak akan senduk.biasanya kalau mak senduk nasi tapi nasi nya di letak atas meja di tepi pinggan.tuang air tapi airnya x masuk ke gelas tapi ke lantai.aku x pernah marah dan x akan sesekali tinggi kan suara bila mak makan terabur.lantak la nak terabur ke apa.janji mak makan dan mak selesa bila kat rumah aku.jahat aku pun,x akan aku herdik mak aku.bukan nak berlakon baik tapi itu mmg kenyataan kami adik beradik....

Setiap hari mak bergantung pada ubat dan insulin.bila guna insulin pun,mak memerlukan seseorg untuk inject mak...setiap bulan berulang alik untuk g check up...then,sebelum puasa sekali lagi mak masuk wad tapi di singapore...gara2 kegagalan buah pinggang,badan2 mak jadi bengkak.tapi mungkin mak serasi dengan ubat disana sbb xde plak jd bengkak2 pas mkn ubat dari hospital sana...hospital sana bagi complete,dapat ubat untuk jantung dan buah pinggang.tapi bila je ubat mak dari sana habis,mak ambil ubat di klinik pasir gudang tanpa ubat untuk jantung dan buah pinggang(tidak disediakan untuk warga asing).hanya dapat ubat untuk darah tinggi dan insulin....x sampai 2 minggu,badan mak mula membengkak......

Dan akhirnya mak sesak nafas dan sekarang terlantar di ICU gara2 kegagalan paru2 dan jantung.....bila2 masa Allah boleh menarik nikmat yang telah di kurniakan....aku redha.....tapi aku berharap agar dapat berpeluang bersama2 mak lagi.kami semua belum kuat untuk hadapi kehilangan mak.aku rindukan sangat untuk berbual dengan mak,peluk mak,bercerita dengan mak sampai ke subuh bila tdo dengan mak....sungguh aku berharap mak sihat dan boleh bersama2 dengan kami semula....





0 comments:

Post a Comment

 

AL-KISAH....ERIENA WORLD Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting